ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Menegakkan Kalimah Tayyibah dalam Masyarakat ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuran penulis panjatkan pada Allah SWT kerana masih lagi di beri peluang kepada penulis untuk terus menerbitkan entry dalam blog ini untuk dijadikan perkongsian semua. Suke untuk penulis merakamkan Jutaan terima kasih kepada Organisasi Surau Al Razi dan Rintihan Palestin kerana berjaya menganjurkan program yang begitu bermanfaat kepada MAHASISWA pada minggu ini. Syabas kepada Anda.

"Menegakkan Kalimah Tayyibah dalam Masyarakat". Inilah tajuk yang akan penulis kupaskan pada entry kali ini. KALIMAH TAYYIBAH ataupon ringkasnya KALIMAH SYAHADAH merupakan ikrar agung makhluk kepada Allah SWT. Kalimah agung ini merupakan akar tunjang kepada agama ISLAM. Kita sebagai MUSLIM diwajibkan melakukan pengabdian kepada Allah SWT bukan kepada manusia. Pengabdian ini bukan sahaja dibuktikan di dalam rakaat-rakaat solat tetapi dicerminkan sbg gaya hidup seharian samada secara INDIVIDU MAHASISWA atau MASYARAKAT KAMPUS. Keseluruhan aspek kehidupan perlu mengikuti ajaran ISLAM termasuklah muamalat, politik, dan sosial. Oleh itu, sebagai seorang MAHASISWA ISLAM perlulah kita menggunakan secare keseluruhan kaedah islam di kampus.

Masyarakat tanpa pelaksanaan dan tiada penjelmaan gaya hidup ISLAM tidak boleh di pandang atau digelar sbg MASYARAKAT ISLAM. Lebih malang lagi apabila MAHASISWA ISLAM sanggup mengamalkan gaya hidup selain daripada ISLAM. Mereka telah mempermainkan KALIMAH TAYYIBAH degan kemanisan kata-kata dan ada masa yang sama mereka mengharamkan diri daripada melaksanakan mal benci dengan kaedah ISLAM yang ade dlm Al Quran dan Hadith. Mereka lebih mempercayai hukum dunia ciptaan manusia daripada HUKUM ALLAH. Inilah manusia yang digelar bertuhankan nafsu yang hanyut dalam kehidupan jahiliyyah moden.

Penjelmaan KALIMAH TAYYIBAH dalam kehidupan realiti MAHASISWA ISLAM menandakan kemunculan keagungan iman dalam diri insani dan masyarakat kampus. Hidup kita untuk membina masyarakat ISLAM perlu diteruskan tanpa berpurus asa dan mundur walaupon dlm waktu yg sam kita berdepan dengan masyarakt jahiliyyah moden yang penuh dan tepu dengan kemungkaran dan maksiat. Sekarang kita menghadapi tradisi sosial yang pincang, keuasaan politik yang korups, perundangan yang bathil dan dengan realiti yang popular dan disukai masyarakat majoriti tetapi jelas bertentangan dengan konsep KEIMANAN ISLAM.

Penulis tertarik dengan kupasan khutbah pada minggu ini sewaktu penulis solat Jumaat di Masjid Al Azim. Ringkas disebut bahawa masyarakat kita seolah2 tidak pernah langsung menerima ajaran ISLAM. Lihat sajalah kiri, kanan, depan, dan belakang kita seolah2 masyarakat kita berada pada zaman Jahiliyyah. Kes pembunuhan, penzinaan, anak luar nikah, hiburan yang melampus sudah menjadi rutin harian malah di bangga2kan. ISLAM sudah dipandang seolah2 agama yang ketinggalan zaman dan lagsung tidak menghiraukan lagi mane HALAL dan HARAMnya.

Kini umat ISLAM berada dalam keadaan muflis daripada segala aspek kehidupan termasuk dalam politik, pendidikan, ekonomi dan sebgainya. Inilah padahnya jika umat ISLAM, khususnya MAHSISWA ISLAM kehilangan roh perjuangan yang sudah dinyalakan oleh Rasullullah SAW dan para sahabat. Rasullullah mendidik para sahabat dan umat ISLAM dengan suluhan Al Quran ttp sekarang umat ISLAM sendiri telah mencapur adukkan Al Quran dengan idealis ciptaan manusia. Umat ISLAM sekarang lebih selesa dengan menbaca tanpa amal dan tidak memahami arahan2 Al Quran bahkan ade diantara kita yang menolak ajaran Al Quran dengan alasan sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Celakalah golongan ini iaitu golongan yang mengejar kekafiran walaupon ditawar HIDAYAH kepadanya.


Wahai teman2 MAHASISWA, marilah kita menterjemahkan segala arahan dan perintah ALLAH dalm Al Quran ke dalam kehidupan kita. Kita harus mempunyai perasaan belajar untuk terus melaksanakan ajaran Al Quran tanpa alasan. Jangan jadikan Al Quran hanya sebyah teori tanpa praktikal. Untuk menghidupkan Al Quran ke dalam diri dan masyarakat kita, khususnya di kampus, MAHASISWA wajib mengamalkan budaya "Saya dengar, saya patuh" tanpa sebarang alasan.

Wahai sahabat2 MAHASISWA ISLAM, teruskan perjuangan kalian. Sesungguhnya kita berada dilandasan yang benar untuk menegakkan KALIMAH TAYYIBAH di Kampus khususnya sebagai pengabdian kita kepada ALLAH SWT. Wasslam..







0 comments: