ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Tugas kamu hanya 5 sahaja?? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Sebagai penutup entry penulis pada bulan 12 ini, penulis ingin berkongsi satu artikel dengan teman2 semua. Artikelnya cukup mudah dan senang untuk di fahami tetapi mempunyai seribu satu makna. Pertama kali penulis membacenya, sedih dan pilu jiwa penulis kerana seolah2 terkena pada diri penulis sendiri.Jadi same2 lah kita muhasabah diri kita spya sedar akan tanggungjawab kita yang sebenarnya...


Kisah yang menarik ini telah diceritakan oleh seorang pakcik kepada saya. Ia merupakan sebuah analogi terhadap apa yang kita lakukan hari-hari.

Di sebuah kawasan peranginan, tinggal sepasang suami isteri yang kaya. Rumah mereka besar merangkumi taman dan kebun. Dalam kebun tersebut pula terdapat kolam. Suami isteri tersebut tinggal bersama anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun.

Pada suatu hari, orang gajinya berhenti kerja. Terus sahaja si suami mencari pengganti orang gaji pada hari tersebut juga.

Terjumpalah dia dengan seorang lelaki bernama Mustar(bukan nama sebenar)

“Tuan ingin bekerja sebagai orang gaji saya?” soal si suami.“Ya, tapi kalau boleh saya ingin tahu terlebih dahulu kerja apa yang bakal saya buat nanti?” balas Mustar.Tugas kamu hanya 5 sahaja.“Kerja kamu tidak banyak. Hanya lima perkara sahaja iaitu:

1) Jaga rumah

2) Jaga kebun

3) Basuh kereta

4) Bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon

5) Jadi pemandu kereta saya


Sejak hari itu, Mustar bekerja dengan pasangan kaya itu. Semua kerjanya dilakukan dengan cermat dan baik sekali.

Pada suatu hari, pasangan suami isteri itu keluar bersiar-siar. Anak perempuan mereka yang masih tidur ketika itu ditinggalkan di rumah. Ketika itu, Mustar berada di kebun, membersihkan daun-daun kering yang berguguran.

Tidak berapa lama kemudian, anak perempuan lelaki tersebut terjaga dari tidurnya. Melihatkan ketiadaan orang tuanya di rumah, dia pun bermain dan bermain. Dari dalam rumah dia bermain, dia menuju ke halaman rumah pula.

Mustar hanya memerhatikan sahaja gelagat si anak perempuan tersebut.

Dari halaman rumah, si anak perempuan itu menuju pula ke kebun. Dan Mustar hanya memerhatikan sahaja sambil melakukan kerjanya.

Semakin lama semakin dekat si anak perempuan tersebut dengan kolam. Mustar masih lagi memerhatikan dari jauh tanpa memberi sebarang amaran.

“Ah, ini tidak termasuk dalam senarai kerja aku!” getus Mustar dalam hati. Mustar pun beredar dari situ dan pergi ke sudut kebun lain yang perlu dibersihkannya.

Tanpa disedari Mustar, anak perempuan si kaya tersebut terjatuh dalam kolam dan lemas.

Apabila pasangan suami isteri kaya itu pulang ke rumah, mereka terkejut melihat anak mereka hilang. Dicarinya di halaman rumah juga tiada. Si suami pun memanggil Mustar dan bertanya samada Mustar nampak anaknya atau tidak.

“Tadi saya nampak dia bermain di tepi kolam sana,” jawab Mustar.

Si suami bergegas ke kolam tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat anak perempuan sudah kejang kaku di dalam kolam tersebut.

“Kamu nampak anak saya bermain di tepi kolam tadi?”

“Ya, nampak,” ringkas jawab Mustar.

“Kenapa kamu tidak larang anak saya daripada main di tepi kolam?” tanya si suami kepada Mustar dengan nada sedikit marah.

“Tuan, kerja saya hanya ada 5 sahaja iaitu:

1) Jaga rumah

2) Jaga kebun

3) Basuh kereta

4) Bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon

5) Jadi pemandu kereta saya

Tidak pula tuan menyuruh saya menjaga anak tuan,” jawab Mustar.

Kesimpulan


Agak-agak saudara pembaca semua, bolehkah jawapan yang diberikan Mustar memuaskan hati orang kaya tersebut?

Kisah ini hanyalah analogi terhadap apa yang kita lakukan setiap detik, setiap saat, dan setiap hari. Rata-rata kita hanya melaksanakan 5 perkara yang disuruh Allah:

1) Mengucap dua kalimah syahadah

2) Menunaikan solat lima waktu

3) Membayar zakat

4) Berpuasa di bulan Ramadhan

5) Menunaikan haji

Sedangkan ada lagi perkara lain yang sangat perlu dibuat – dakwah. Apa yang akan kita jawab nanti sekiranya Tuan kita bertanya, “Kenapa kamu tidak selamatkan si Hindu, si Buddha, si Kristian.”

Sanggupkah saudara menjawab, “Tugas saya hanya 5 sahaja Tuan.”

*Sumber daripada khutbah Jumaat di Hotel de Palma Ampang pada 16 Oktober 2009

Azree Hanifiah
17 Oktober 2009
Johor Bahru

P/s : InsyAllah, untuk entry pada Januari 2010, penulis akan fokus pada isu2 semasa yang berlaku dalam kampus sekarang :)



2 comments:

Anonymous said...

salam saif al nidham~

alhamdulillah!besh entry ni!saya suke!huhu..
betul3..islam kn luas,syumul..kne la meliputi semua aspek if nk berjaya dunia akhirat or selamt dunia akhirat!bukn setakat lksana 5 perkara shj..tp byk lg esp dakwah!tp,yg sedehnye..rata2 umat islam ckang xsedar itu semua..yg mereka tau hendonisme,feyenisme,wayangnisme~hehe..samala tu dgn hendonisme~

mg2 kte semua berubah jd lebeh baik dari sblumnyee n berusaha utk lakukan byk perkara yg digalakkn islam selain 5 perkara itu~

~pinkmuslimahdehearty10~

saif al nidham said...

Yup...
btol...Ramai yang ngaku dan percaya ngan ISLAM,
tp brape ramai yang Yakin dengn ISLAM??
tepuk dada tnyer iman.
ISLAM bukan hanye Agama semata2, ttp ISLAM adalah Cara Hidup yg meliputi semua aspek kehidupan..jgn sempitkan minda kita pasal ISLAM...
"ISLAM is the way of Life"