ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Celaka atau Bahagia yang di cari? ::



بسم الله الرحمن الرحيم


Salam sayang buat semua....

Suke untuk penulis memulakan entry penulis pada kali ini dengan memetik kata2 seorang tokoh Gerakan ISLAM yang memang terkenal, iaitu As syahid Hasan Al Banna yang pernah menyebut:

" Tugas kalian wahai sahabat MAHASISWA adalah menyebarkan ke tengah masyarakat tentang pemahaman keISLAMan yang tertutup oleh tirai sejarah. Ia tidak membawa teori-teori tertentu selain Al Quran yang setiap saat menjadi referensinya, namun itulah Al Quran yang menggerakkan kehidupan"


Kehidupan sebagai MAHASISWA dilihat pada pengakhiran hidup seseorang bukannya pada permulaan sesebuah kehidupan. Kenapa penulis berkata demikian? Ini kerana, di alam kampus la kita membina dan memasang impian yang sesuai dengan kapasiti diri, bagaimanakah diri kita 10 tahun yang akan datang . Sebagai MAHASISWA yang mencintai ISLAM, kita seharusnya memikirkan bagaimanakah dan kemanakah pengakhiran hidup kita. Jika kita mempunyai matlamat, biarlah matlamat kita melangkaui matlamat dunia unutk mengapai akhirat. Ini kerana Akhirat adalah mahkamah bagi membicara persoalan dunia yang kita lakukan.

Para Pengikut Gerakan MAHASISWA Islam haruslah sentiasa beringat dan jangan sesekali lupa terutamanya setelah berakhirnya perjuangan pada alam Kampus bahawa manusia akan berakhir dengan 2 keaadan. Jelasnya penulis memetik firman Allah yang bermaksud

" ...diantara mereka(manusia) ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia" (Hud : 105)

Jadi marilah kita berfikir dengan akal yang bijak yang dijernihkan oleh hidayahm Ilahi, mahu ke mana kita?? CELAKA atau BAHAGIA. Jika kita berusrah dan ditarbiah dengan baik, mengapa kita takut untuk bersama2 Gerakan MAHASISWA Islam dalam menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar? Mengapa kita selalu mencari alasan untuk tidak melibatkan diri dalam gerak kerja Gerakan MAHASISWA Islam? Janganlah di sebabkan takut kita di pandang hina oleh manusia lain kita tidak bersama Perjuangan ISLAM, kerana hina pada pandangan manusia, tidak menjamin hina pada pandangan Allah, ttp jikalau Allah telah memandang HINA pada kita, apa lagi yang mampu kita lakukan???.


Ayuh, Penulis ingin membawa teman2 semua untuk pandang 10 tahun ke hadapan, di mana pada waktu itu, insyaAllah ada antara kita yang sudah berstatus MO, Prof Madya, Professor ataupon Consultant. Walaupon kita gah dengan pangkat Ilmu yang kita miliki, namun ia tidak menjanjikan perjuangan kita lurus dan benar jikalau dengan gelaran DR itu, kita bongkak dengan ilmu dan menidakkan kelemahan dan menceritakan keburukan orang lain. Andai kata pada zaman Kampus kita takut untuk bersama Gerakan Mahasiswa Islam, mustahil bagi penulis untuk mengatakan kita akan bersama Perjuangan ISLAM di luar kampus.

Sewajarnya dengan ilmulah kita tingkatkan amalan dan memasuki Gerakan Islam kerana kita yakin dan percaya inilah satu2 nya Gerakan yang mendidik masyarakat untuk kembali pada Al quran dan Hadith. Sebagai contoh, Ulama Melayu yang terkenal dengan alim yang beramal iaitu Syeikh Daud al Fathani dan Abdus Samad al Falimbani berjuang dalam wasilah POLITIK dan medan tempur untuk menegakkan ISLAM. Penulis sangat sedih dan kecewa kerana terdapat segelintir MAHASISWA ISLAM yang bijak pandai, mempunyai kelebihan untuk menjadi pendokong perjuangan ISLAM, ttp tidak bersama2 Gerakan MAHASISWA Islam, malah ade yang menidakkan perjuangan Gerakan Mahasiswa Islam dan Gerakan Islam yang lain. Inilah manusia yang membuka kitab-kitab tetapi menyembunyikan KEBENARAN.



Oleh itu, sebagai penutup penulis menyeru pada diri penulis dan teman2 semua untukk sama2 BANGKIT bagi menyedarkan para MAHASISWA ISLAM tentang ISLAM sebagai cara hidup yang syumul, bukan Agama semata2. ISLAM ini bukan sempit pada IBADAT khususiyyah sahaja, tetapi mencakupi kelakuan kita daripada bangkit tidur sehinggalah kita tidur kembal. ISLAM juga merangkumi POLITIK, EKONOMI dan SOSIAL. Janganlah kita cuba untuk mengasingkan POLITIK dengan AGAMA, EKONOMI dengan AGAMA atau SOSIAL dengan AGAMA kerana boleh jatuh KUFUR bila kita berfikiran demikian. Janganlah di sebabkan ceteknya ILMU kita pada sesuatu bidang itu, kita terus menolah habis-habisan bidang tersebut. Rujuklah orang yang Alim tentang sesuatu ILMU atau BIDANG tersebut untuk mendapat penjelasan yang sepatutnya. Janganlah menggunakan LOGIK AKAL dalam membahaskan sesuatu perkara kerana akal kita sangat TERBATAS. Wassalam..

P/S : Kewujudan entry ini bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa, ttp hanya luahan perasaan penulis melihat MAHASISWA ISLAM di kampus yang seolah2 sudah hilang status ISLAM dalam hidupnya. Makin ramai MAHASISWA ISLAM yang tidak tahu tanggjawab dan tugas mereka selain BELAJAR. Makin ramai MAHASISWA ISLAM yang langsung tidak mengambil peduli akan perkara2 yang berlaku di sekelilingnya dengan membawa slogan " AKU dan DUNIAKU SHJ" .Moger penulis dan teman2 di beri kekuatan oleh Allah untuk terus beramal dengan agama ISLAM yang kita sayangi mengikut Syariat dan Syiar yang telah ditentukan.


0 comments: