ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Politik Islam VS Politik Sekular ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Alhamdulillah, same2 lah kita melahirkan rase syukur kite yang tidak terhingga kepada Sang Pencipta Alam kerana masih lagi memberi peluang kepada penulis dan teman2 utk meneruskan perjalanan hidup di "tempat persinggahan" yang sementare ini sebelum menuju Akhirat yang kekal abadi. Same2lah kita mencari bekalan sebaik mungkin dan pernah di nyatakan oleh Allah SWT sebaik2 bekalan menuju kehidupan Akhirat ialah TAQWA....

Sudah lame penulis rasekan tidak update blog penulis ini. Maaf di pinta kerana sibuk dengan urusan2 yang lain. Tapi Alhamdulillah, di saat dan waktu ini penulis berjaya mencuri sedikit mase utk same2 berkongsi coretan penulis dengan teman2 semua berkenaan dengan Tema yg telah penulis bawakan utk Bulan Januari ini...Jom layannn... :)

Jikalau pada entry sebelum ini penulis cuba bawakan Siapakah sebenarnye Gerakan Mahasiswa Islam dan kenapeMAHASISWA ISLAM perlu untuk memerintah Kampus. Jadi insyaAllah, untuk membuka lagi minda kita, berdasarkan komen2 hangat yg penulis terima di FB,penulis akan cuba untuk merungkaikan segala persoalan yang timbul. MAHASISWA harus memahami bahawa penguasaan POLITIK bermakna menguasai segala struktur pentadbiran sama ada politik, ekonomi mahupon sosial di kampus. Adalah wajib bagi MAHASISWA ISLAM lebih2 lagi kepada pendukung Gerakan Mahasiswa Islam menguasai POLITIK bagi melihat ISLAM itu MENTADBIR, bukannya ISLAM itu DITADBIR. Harus diingat kepada semua MAHASISWA ISLAM bahawa POLITIK hanyalah salah satu wasilah @ care untuk menegakkan ISLAM, bukannya kite gunakan ISLAM untuk mencari kekuasaan POLITIK..

Berani penulis nyatakan bahawa jikalau kita lihat di Malaysia sekarang, khususnya di kampus2 Nasional, POLITIK kampus pada hari ini dikuasai oleh segolongan manusia SEKULAR sama ada PEMERINTAH NEGARA ataupon PENTADBIRAN UNIVERSITI. POLITIK SEKULAR bermakna POLITIK yang menolak pemerintahan ISLAM di atas hak ALLAH berdasarkan AL Quran dan As sunnah ataupon memisahkan POLITIK dengan AGAMA. Dalam ISLAM, POLITIK yang sepatutnya di amalkan adalah PEMERINTAHAN yang selari dan sejajar dengan syariat dan syiar ISLAM mengikut acuan AL Quran dan As sunnah tanpa menolak even satu ayat dalam KALAM ALLAH walaupon logik akal kita mengatakan tidak sesuai pada zaman sekarang.Politik itu hendaklah di sandarkan di bawah kuasa Ilahi dan keperibadian suci Rasulullah SAW.

Wahai teman MAHASISWA ISLAM, kita juga haruslah memahami perjuangan POLITIK ISLAM adalah untuk menubuhkan NEGARA ISLAM bukannya NEGARA TEOKRASI. Ape sebenarya NEGARA ISLAM ini??. Ringkas penulis nyatakan bahawa NEGARA ISLAM adalah negara yang kuasa mutlaknya hanyalah pada ALLAH SWT yang menentukan syariatnya. Tunjang utama bagi NEGARA ISLAM ini adalah AKIDAH ISLAM yang mane pemerintahannya mengikut Ajaran Al Quran dan hadith, yang berbeza dengan NEGARA TEOKRASI yang menjadikan PADERI sebagai kuasa mutlaknya.

Universiti adalah wasilah dan tempat bagi MAHASISWA memupuk intelektualisme dan personaliti mereka. Ideal2 yang kita temui dalam pembacaan dan perbincangan samade dengan pensyarah ataupon teman2 kita menjadikan kita sebagai PENCETUS perkembangan fikiran dan kegiatan seharian kita. Janganlah kita mempersia-siakan hidup kita sebgai MAHASISWA yang hanya berbaki beberape tahun shj lagi hanya sibuk dengna urusan diri kita sahaja tanpa mengambil tahu dan peduli tentang perkembangan semase Kampus.



Suke untuk penulis membawa teman2 melihat sejarah kebangkitan Gerakan Mahasiswa Islam pada suatu ketika dahulu yang telah membawa pergolakan POLITIK akibat pertembungan aliran. Contohnya, di Mesir, MAHASISWA Al Ikhwan pernah bertempur dengan MAHASISWA sekular-nasionalis di Universiti al Azhar, bahkan dalam suatu lagi pembacaan penulis pernah jugak di sebut di Universiti Fuad 1, Mesir dan Universiti Kabul, MAHASISWA ISLAM telah menguasai POLITIK kampus dengan menewaskan golongan sekular. Natijahnya golongan sekular iaitu Gabungan MAHASISWA-penguasa Kampus-kerajaan telah merancang menjatuhkan kerajaan MAHASISWA ISLAM...

Jom kite lihat di negara kite pula, MALAYSIA. Kebangkitan MAHASISWA ISLAM di kampus-kampus Nasional jelas mencerminkan perjuangan menghidupkan POLITIK ISLAM dengan meruntuhkan dominasi POLITIK SEKULAR yang berprinsipkan hawa nafsu. Lihatlah aktiviti MAHASISWA sekular yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM. Mereka PRO-HIBURAN yang melampau dan menuduh golongan MAHASISWA ISLAM sebagai KOLOT, EKSTREM dan FANATIK tanpa meneliti hujah2 yang konkrit. Inilah tuduhan yang biasa diterima oleh MAHASISWA ISLAM, padahal jikalau diteliti semula, semuanya terkena pada batang hidung mereka sendiri.

Jadi, secara kesimpulannya, penulis menyeru kepada semua,wahai MAHASISWA SEDARLAH AMANAH kita sebagai golongan cerdik pandai yang berada di tengah2 masyarakat perlu berusaha bersunggu-sungguh untuk mengembalikan martabat MAHASISWA bagi kepentingan UMMAH. Haruslah sedar bahawa perjuangan kita bukanlah bertujuan untuk mencapai matlamat yang hanya bersifat sementara, tetapi ape yang lebih penting ialah menuju KHILAFAH ISLAMIYYAH. Oleh itu, perubahan yang besar perlulah bermula dengan perubahan dalam diri kita dan seterusnya masyarakat Kampus untuk membawa PERUBAHAN dalam PILIHANRAYA KAMPUS akan datang...wassalam..

0 comments: