ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Tips dan Doa Pre-exam, Intra-exam, dan Post-exam ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....



Bersesuaian untuk diri penulis dan teman2 satu batch ngan penulis (4 th year) yang bakal menghadapi FINAL EXAM bermula 2 Februari nanti, suke untuk penulis berkongsi dengan teman2 semua beberape tips ataupn peringatan untuk di amalkan agar kita mampu menghadapai EXAM dengan tenang, insyaAllah....Jom layann...... :)


1.Baiki hubungan dengan Allah (maklumlah, kadang2 waktu2 cam nie ramai yg hanya jaga hubungan dengan BUKU sahaja.kan? hehe...bley, tp x brape cantek...)

-Jaga solat 5 waktu sehari semalam, berjemaah tau.... :)
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa ibadah sunat len, eg : Qiam, dhuha..
-Memperbanyakkan doa
-Selalu Muhasabah diri

2.Agar doa makbul

-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

"Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih"


Mungkin ade juga di kalangan teman2 yang mengalami tekanan, maklumlah, exam dah dekat...so kat bawah nie penulis kongsikan sedikit care untk tenangkan diri dan perasaan..

Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk.

Jom kite layan satu kisah...Pada suatu ketika, seorang lelaki bertemu sahabat Rasulullah SAW, Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.”

Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar bacaan orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu sunyi. Contohnya, pada waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.

“Jika selepas melakukan semua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca al-Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

Benarlah firman Allah bermaksud: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)


Kat bawah nie, penulis ade juga sertakan beberape DOA yang mungkin dapat bantu kita pre-exam, intra-exam dan post-exam.. :)

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


Sebagai penutup, penulis menyusun 20 jari jemari penulis memohon ampun dan maaf kepada teman2 jikalau penulis pernah melukai hati teman2 secare langsung ataupon tidak..harap teman2 semua dapat maafkan penulis..

- PEACE NO WAR :) -

"Selamat menghadapi

Peperiksaan Akhir Semester pada semua :)

Doakan kejayaan kite bersama :) "

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian doa-doa2 tu..
insyaallah..dgn usaha, doa & tawakal kpd allah s.w.t kite pasti berjaya..
doakan untuk kejayaan kite sume...

dr: rakan seperjuangan medic 4th yr..

saif al nidham said...

:) InsyaAllah...