ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: RAMADHAN DI PERANTAUAN::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183


Fuh..pejam pelik, mandi makan...round pagi on call....ropenye dah nak masuk Ramadhan...tinggal sehari je lagi....Ya Allah, hampir tidak sedar penulis akan kehadiran Bulan yg sememangnya dinanti-nanti oleh semua umat Islam...Bulan yang menjanjikan seribu dua rahmat dan keampunan buat hamba2nya.....

Betullah apa yg pernah diungkap sewaktu dikampus dahulu...alam pekerjaan adalah alam yg sebanar...disinilah anda akan berperang di medan peperangan yang sebenarnya......sungguh, jika sekiranya kesibukan dunia tidak mampu dikawal dengan sebetulnya, tidak mustahil bakal merosakkan diri sendiri...

Ya Allah, jauhkan diriku dari segala kesibukan dunia sehingga melupakan tanggungjawab terhadapMU.....

Terima kasih akakku di jalan Allah,
Siti Illani Hj Shahbudin atas coretan pesanan dan nasihat dari anda......semoga motivasi ini dapat mempersiapkan diri untuk berdepan dengna kehadiran Ramadhan Al Mubarak tahun ini.........JOm layanzzz....



Bila seketul daging itu terasa 'kehilangan' sesuatu...
Carilah kembali 'sesuatu' yang hilang itu... Kerana fitrahnya seketul daging itu...
Zahiriahnya ia tidak bernyawa... Namun lahiriahnya ia sebenarnya 'nyawa'...
...
Beruntung bagi mereka yang memilih untuk terus 'menghidupkan' ia...
Kerana seketul daging itu ibarat Raja kepada jiwa...
Benarlah Sabda Nabi tercinta kepada kita...
Andai baik seketul daging itu, maka baiklah seluruhnya...
AstaghfiruLlah...
Bagaimana hati itu di kala ini...
Adakah ia mudah untuk menangis tatkala terdengar nama2 Rabb-nya...
Ataukah sekadar diam membisu tanpa ruh di dalamnya...
Pesan buat diri khususnya... dan adikku Shaiful Nizam...
Terasa lama tidak berkongsi taujihat denganmu...
Dalam kesibukan bekerja sebagai Seorang Petugas Perubatan...
Berusahalah untuk menghidupkan ruh dalam hati itu...
Agar pekerjaanmu bisa mengakrabkan lagi hatimu dengan Pencipta kita...
kerana pekerjaanmu itu sendiri teramat mulia...
Memberi khidmat dan rawatan kepada pesakit yang lemah...
Pahala buatmu berpanjangan...
Selama hati itu Adik pelihara agar lurus niatnya seiring dgn amal kerana-Nya..
Andai di kala ini, adik merasakan 'kehilangan'nya...
Segera kembali ke pangkuan Yang Maha Mendengar rintihan hati hamba...
Hanya DIA Yang Maha Tahu isi hati kita...Adikku, Teruskan bermujahadah..
Kerana Allah amat menyintai Syabab yang memelihara DIA dalam diri dan urusan hidupnya... Seketul daging itu barangkali merindui sesuatu..
AlhamduliLlah Allah campakkan hidayah untuk adik merasa 'kehilangan' itu...
AstaghfiruLlahal a'dzhiim...
Sama2 kita kembalikan segalanya kepada Yang Maha Sempurna..
InsyaAllah DIA sentiasa 'menunggu' untuk 'berbicara' dengan kita!
Salam Mujahadah & Muhasabah!

*Ramadhan sudah sangat hampir, persiapkan perisai dan bekal yang secukupnya.
*Jadilah kita hamba Allah, bukan hamba Ramadhan semata-mata.
*Keep Istiqomah.

*Hargai dan sambutlah Ramadhan seperti menyambut kedatangan orang yang sangat kita cintai.


~~SALAM RAMADAN AL MUBARAK~~ Selamat berpuasa kepada sume kawan2..Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua..Selamat Berterawikh juga ye kawan2 (^____^) andainye ada salah silap sepanjang perkenalan,maafkan penulis....

BERBAKTI SELAGI MAMPU

p/s : Tahun nie sambut Ramdhan di Tawau....bersama kawan2 tersayang......huu

0 comments: