ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Pelampaukah Gerakan Mahasiswa ISLAM? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua......

Islam adalah Agama yang sederhana sehingga Rasulullah SAW melarang para sahabat yang hidup untuk beribadah semata-mata tanpa melakukan urusan untuk diri dan keluarga. Kita haruslah ingat bahawa manusia itu bukan saja hanya mempunyai hak terhadap Allah, bahkan Allah menetapkan hak terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakt dan makhluk yang lain.ISLAM bukannya seperti amalan Paderi Nasrani yang tidak berkahwin dan hanya bertapa di Gereja. ISLAM adalah agama yang selaras dengan Fitrah manusia dan kemampuannya. Disebalik fitrah ini, kita sebagai MAHASISWA ISLAM seharusnya kita tidak melupai tanggungjawab kita kepada masyarakat kampus untuk terus dan terus menyebarkan ISLAM.


Penulis dan Teman2 semua adalah MAHASISWA yang merupakan Pewaris Kepimpinan Negara dan Masyarakat kampus khususnya. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif Gerakan Mahasiswa bakal melahirkan PEMIMPIN yang berjiwa kental dalam sesebuah negara pada masa depan. Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah Reformasi dan Transformasi masyarakat melalui Revolusi dan secara Evolusi melalui penyertaan dalam Pertubuhan dan Persatuan di Universiti.

KENAPAKAH wujudnya Gerakan Mahasiswa Islam?. Mungkin inilah persoalan yang bermaen dibenak fikiran teman2 sejak penulis terbitkan entry berkenaan MAHASISWA. Seperti yang penulis jelaskan pada entry2 sebelum ini, dewasa ini, MAHASISWA ISLAM seolah2 telah kehilangan identity sebagai seorang MUSLIM. Cara hidup kita makin hari kian jauh dari gaya hidup seorang MUSLIM. Pergaulan kita sudah lagi tidak dihiraukan batas syariatnya.Couple seolah2 menjadi satu KEWAJIPAN kepada golongan MAHASISWA sehinggakan ade yang di pandang rendah jikalau masih lagi solo.Apatah lagi bila menyentuh isu AURAT, yang lebih terkena pada MAHASISWI, merasa BANGGA menunjuk dan menampakkan bentuk badan mereka kepada MAHASISWA. Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakt kampus sekarang. Jadi, atas faktor inilah munculnya Gerakan Mahasiswa Islam yang mane ingin melihat SYARIAT dan SYIAR ISLAM kembali di amalkan oleh seluruh Masyarakat kampus.


Namun, hari ini, MAHASISWA ISLAM sering ditomahkan sebagai anti-perpaduan, anti-toleransi, pemecah-belah mahasiswa dan fanatik Agama ataupon penulis dapat ringkas sebagai Golongan PELAMPAU . Sebenarnya fenomena pelampau dalam Gerakan Mahasiswa Islam bukanlah berpunca daripada ajaran ISLAM tetapi lebih tertumpu kepada masalah kontemporari berdasarkan situasi dan keadaan politik, sosial dan ekonomi Kampus . Dengan kata lain, ISLAM memberi panduan terhadap setiap tindakan manusia untuk memberi makna kepada kehidupan. Umumnya MAHASISWA ISLAM pencinta kedamaian.Sikap pelampau ini muncul apabila MAHASISWA ISLAM di tekan oleh musuh yang fasik dan kafir di kalangan umat ISLAM sendiri.



Gejala pelampau dalam Gerakan Mahasiswa Islam muncul ekoran kebiadapan Pemimpin Sekular terhadap ISLAM dan pendukungnya dengan mengeluarkan kenyataan dan meluluskan perkara yang boleh mengugat keimanan dan kesucian Seorang Mahasiswa Islam. Sebagai contoh penulis bawakan di sini ialah “Pegawai Universiti dan Kolej (PUK)( name yg penulis reka sendiri)” di kebanyakan Kampus di Malaysia, dengan mudah meluluskan Konsert hiburan berbanding program Tazkirah Agama. Perdebatan Ilmiah dan ceramah Agama yang menjemput tokoh arus perdana secepat mungkin di tolak dan dikenakan pelbagai syarat tetapi prgrm hiburan dengan mudah di benarkan. Inilah “kelemahan” yang ade pada PUK sekarang. Ade pula sesetengah PUK ini menghalang kuliah2 agama dan usrah2 dilaksanakan sedangkan mereka sendiri tidak menyediakn medium ini.


Disebakan faktor inilah penulis rasekan sebahagian daripada golongan Mahasiswa Islam bermatian-matian untuk mempertahankan ISLAM dengan sewajarnya di dalam Kampus. Keterlibatan MAHASISWA ISLAM dalam politik adalah satu kebiasaan bagi Gerakan ISLAM dan bagi penulis merupakan satu medium yang paling cantik untuk menyebarkan ISLAM. ISLAM dan POLITIK tidak dapat dipisahkan bahkan ia berkait antara satu sama lain. Politik atau Siasah adalah warisan para Rasul. Lihatlah sirah para rasul menghadapi cabaran berdepan dengan kerajaan dan pemimpin zaman masing2. Nabi Musa menghadapi Firaun, Nabi Ibrahim menghadapi Namrud, malah Hijrah Nabi Muhammad SAW sendiri telah membuktikan bahawa perlunya Kuasa Pemerintahan dalam menyebarkan ISLAM.

Kesimpulannya, ayuh teman2 semua. Lihatlah sekeliling kita, kebanyakan MAHASISWA ISLAM telah rosak agamanya. Sebagai seorang MUSLIM, wajiblah kita membersihkan elemen2 maksiat dalam kampus. Mahasiswa perlu melakukan proses pentarbiyyahan kepada Mahasiswa lain untuk mengembalikan identiti MAHASISWA ISLAM itu semula. Same2 lah kita berganding bahu untuk MELAKUKAN PERUBAHAN di KAMPUS..


:: Tugas kamu hanya 5 sahaja?? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Sebagai penutup entry penulis pada bulan 12 ini, penulis ingin berkongsi satu artikel dengan teman2 semua. Artikelnya cukup mudah dan senang untuk di fahami tetapi mempunyai seribu satu makna. Pertama kali penulis membacenya, sedih dan pilu jiwa penulis kerana seolah2 terkena pada diri penulis sendiri.Jadi same2 lah kita muhasabah diri kita spya sedar akan tanggungjawab kita yang sebenarnya...


Kisah yang menarik ini telah diceritakan oleh seorang pakcik kepada saya. Ia merupakan sebuah analogi terhadap apa yang kita lakukan hari-hari.

Di sebuah kawasan peranginan, tinggal sepasang suami isteri yang kaya. Rumah mereka besar merangkumi taman dan kebun. Dalam kebun tersebut pula terdapat kolam. Suami isteri tersebut tinggal bersama anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun.

Pada suatu hari, orang gajinya berhenti kerja. Terus sahaja si suami mencari pengganti orang gaji pada hari tersebut juga.

Terjumpalah dia dengan seorang lelaki bernama Mustar(bukan nama sebenar)

“Tuan ingin bekerja sebagai orang gaji saya?” soal si suami.“Ya, tapi kalau boleh saya ingin tahu terlebih dahulu kerja apa yang bakal saya buat nanti?” balas Mustar.Tugas kamu hanya 5 sahaja.“Kerja kamu tidak banyak. Hanya lima perkara sahaja iaitu:

1) Jaga rumah

2) Jaga kebun

3) Basuh kereta

4) Bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon

5) Jadi pemandu kereta saya


Sejak hari itu, Mustar bekerja dengan pasangan kaya itu. Semua kerjanya dilakukan dengan cermat dan baik sekali.

Pada suatu hari, pasangan suami isteri itu keluar bersiar-siar. Anak perempuan mereka yang masih tidur ketika itu ditinggalkan di rumah. Ketika itu, Mustar berada di kebun, membersihkan daun-daun kering yang berguguran.

Tidak berapa lama kemudian, anak perempuan lelaki tersebut terjaga dari tidurnya. Melihatkan ketiadaan orang tuanya di rumah, dia pun bermain dan bermain. Dari dalam rumah dia bermain, dia menuju ke halaman rumah pula.

Mustar hanya memerhatikan sahaja gelagat si anak perempuan tersebut.

Dari halaman rumah, si anak perempuan itu menuju pula ke kebun. Dan Mustar hanya memerhatikan sahaja sambil melakukan kerjanya.

Semakin lama semakin dekat si anak perempuan tersebut dengan kolam. Mustar masih lagi memerhatikan dari jauh tanpa memberi sebarang amaran.

“Ah, ini tidak termasuk dalam senarai kerja aku!” getus Mustar dalam hati. Mustar pun beredar dari situ dan pergi ke sudut kebun lain yang perlu dibersihkannya.

Tanpa disedari Mustar, anak perempuan si kaya tersebut terjatuh dalam kolam dan lemas.

Apabila pasangan suami isteri kaya itu pulang ke rumah, mereka terkejut melihat anak mereka hilang. Dicarinya di halaman rumah juga tiada. Si suami pun memanggil Mustar dan bertanya samada Mustar nampak anaknya atau tidak.

“Tadi saya nampak dia bermain di tepi kolam sana,” jawab Mustar.

Si suami bergegas ke kolam tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat anak perempuan sudah kejang kaku di dalam kolam tersebut.

“Kamu nampak anak saya bermain di tepi kolam tadi?”

“Ya, nampak,” ringkas jawab Mustar.

“Kenapa kamu tidak larang anak saya daripada main di tepi kolam?” tanya si suami kepada Mustar dengan nada sedikit marah.

“Tuan, kerja saya hanya ada 5 sahaja iaitu:

1) Jaga rumah

2) Jaga kebun

3) Basuh kereta

4) Bayar bil air, bil elektrik dan bil telefon

5) Jadi pemandu kereta saya

Tidak pula tuan menyuruh saya menjaga anak tuan,” jawab Mustar.

Kesimpulan


Agak-agak saudara pembaca semua, bolehkah jawapan yang diberikan Mustar memuaskan hati orang kaya tersebut?

Kisah ini hanyalah analogi terhadap apa yang kita lakukan setiap detik, setiap saat, dan setiap hari. Rata-rata kita hanya melaksanakan 5 perkara yang disuruh Allah:

1) Mengucap dua kalimah syahadah

2) Menunaikan solat lima waktu

3) Membayar zakat

4) Berpuasa di bulan Ramadhan

5) Menunaikan haji

Sedangkan ada lagi perkara lain yang sangat perlu dibuat – dakwah. Apa yang akan kita jawab nanti sekiranya Tuan kita bertanya, “Kenapa kamu tidak selamatkan si Hindu, si Buddha, si Kristian.”

Sanggupkah saudara menjawab, “Tugas saya hanya 5 sahaja Tuan.”

*Sumber daripada khutbah Jumaat di Hotel de Palma Ampang pada 16 Oktober 2009

Azree Hanifiah
17 Oktober 2009
Johor Bahru

P/s : InsyAllah, untuk entry pada Januari 2010, penulis akan fokus pada isu2 semasa yang berlaku dalam kampus sekarang :)