ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: BANTAH KONSERT ADAM LAMBERT..!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

BANTAH..!!!!BANTAH.!!!!!BANTAH KONSERT ADAM LAMBERT..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Siapakah manusia yg bernama Adam Lambert ini????????? Dia, seorang artis yang lebih suka memaparkan adegan-adegan yang tidak senonoh dalam klip video dan konsertnya di luar negara.

Adam Lambert sebelum ini banyak memaparkan budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu dalam konsertnya.


Artis itu juga telah dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.


Mahukah kita menjadi seperti sesetengah negara yang menghalalkan perbuatan gay dan menganggap ia merupakan sesuatu yang 'norm' atau kebiasaan dalam masyarakat?


Pastinya 'mencegah itu lebih baik dari mengubati.'


Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran dari sirah kaum Nabi Luth yang ditimpa bala daripada Allah SWT dek budaya songsang mereka.


Kesan peninggalan azab Allah SWt itu masih boleh dilihat di Bandar Sodom yang terletak di pinggir laut mati berhampiran dengan Jordan dan Palestine.


Jadi, sekali lagi kami ingin menyatakan bantahan kami ke atas penganjuran konsert Adam Lambert dan kami meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk membatalkannya.-iluv islam




ANAK MUDA BERSAMA BANTAH BUDAYA SONGSANG MENULAR..!!!!!!!!

ALLAHUAKHBAR!!!!!!!

JOM TURUN BANTAH DI STADIUM BUKIT JALIL PTG NIE...TURUN DENGAN PUTIH!!!!!!!!!!

KATEKAN TIDAK PADA MAKSIAT..!!!!!!!!

:: BERSABARLAH DEMI REDHANYA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak. Kadang kala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan. Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.

Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa. Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah sedang menduga. Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadang membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadang kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis olehNya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuanNya? Kadang kala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapanNya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...' 'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '

Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?



Subhanallah. Maha suci Allah... !
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna.. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayatNya.

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.


Ya Allah... kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
Ya Allah.. kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku.
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139) "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 12)

Ya Allah... bagaimana harus kuhadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Al-Baqarah : 45)

Ya Allah... apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..(At-Taubah : 111)

Ya Allah.... kepada siapa harus ku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah : 129)

Ya Allah...berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta? (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang Redha dan diredhai-Nya.

p/s : Khas buat teman2 yang merasakan berat untuk meneruskan hidup dek kerana ujian yg sentiasa melanda.......dan pada membe stdy group penulis, Tinesh....Cheer up frenz..!! take it positively...We learn from mistake..!! Nobody perfect in dis world..take it as your motivation okay???....

"BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: KEMBALI MENULIS ::


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

"O mankind, there has come unto you a direction from your Lord and a healing for the heart and for those who believe in guidance and mercy" (Quran 10:57).

Alhamdulillah, setelah hampir 1 bulan blog penulis tidak terusik, hari ini Allah telah memberi kekuatan semula pada penulis untuk kembali menulis untuk semua...Maaf penulis pinta diatas "kesepian" entry2 terbaru kerana ada beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan oleh penulis sejak akhir2 ini demi masa depan penulis...apakah itu?? Biarlah rahsia....... :)

Bagaimana ianya bermula tak penting bukan? Tapi yang paling penting adalah apa yang hendak disampaikan..Terima kasih kepada teman-teman blog dan pembaca-pembaca senyap blog ini yang sentiasa beri galakan kepada penulis untuk kembali aktif menulis. Sepanjang kehilangan penulis, ramai yang tertanye2 sehinggakan ade yang mengatakan bahawa penulis sudah berhenti dari arena bloggers...hehe...Terima kasih sekali lagi atas keperihatinan anda..


InsyaAllah, penulis cuba sedaya untuk kembali aktif menulis. Tangan ni memang dah gatal nak menulis tapi mungkin perlu cari keserasiannya kembali. Idea banyak tapi takut penyampaiannya yang lintang pukang. Yalah, nanti orang kate syok sendiri la pulek...kan??hehe
..

Penulis harap entri ini sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan teman-teman dan pembaca penulisan di blog penulis ini. Err, ada yang rindu ke!? hehe... :)


Ha, kenal x saper dlm gambr tu?? Klu nak tahu, nie salah sorang kawan penulis, name die Hafis Asyraf a.k.a. Hanz..Hari ini merupakan hari yang paling bersejarah buat beliau sebab akan diijabkabulkan dengan pasangannya tepat jam 10.30 pg nt..esok kendurinya...SELAMAT PENGANTIN BARU buat kamu..SEMOGA BAHAGIA DALAM RAHMAT ALLAH DAN BERCINTA HINGGA KE SYURGA.!!......eii, jelesnya penulis..bile pulak turn penulis nie..lepas sorang2 kawan penulis kawen..nt ujuang tahun ade lg....adoiii....nak kawen jugak......Ya Allah, permudahkan jodohku... :)


BERBAKTI SELAGI MAMPU