ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Penyelamat Dunia











Dulu masa kita kecik-kecik, ibu ayah itulah dunia kita. Kita merasa ibu ayah itulah ‘tempat’ yang paling selamat untuk kita, tidak kiralah apa jua bentuk ancaman di luar sana. Walau takut gerun macam mana pun, bila ibu ayah ada di sisi, rasa tak takut dah. Rasa selamat dah. Berani dah. Hebat dah. Confident dah. Come what may! Datanglah apapun! Begitu lagaknya. Ibu ayahlah SuperHero Penyelamat Dunia kita.
.
Tak tahu apa-apa, semua tanya ayah. Nak cakap apa-apa, semua cakap kat mak. Apa jenis soalan pun, semua kepada keduanyalah tempat kita melonggokkan kemusykilan, dengan perasaan yakin & keteguhan iman bahawa ibu ayah superheromesti tahu. Mereka mesti boleh jawab. Apa masalah pun confirm akan selesai. Dan mereka memang tidak pernah jemu menjawab dan menyelesaikan, walau merepek macam mana pun soalan kita dan macam mana rumit pun masalah dunia kita. Saya masih ingat suatu malam sewaktu dalam kereta dalam perjalanan balik kampung saya bertanya, “Ayah, kenapa bulan tu ikut kita? Pegi mana sume dia ikut!”
.
Physical support, emotional support, financial support…… semua pergantungan dan kepercayaan, 200% kita letakkan sepenuhnya kepada mereka. Fikiran gembira & cetek seorang kanak-kanak.
.
Menjejak alam dewasa, kita mula menyedari, ibu ayah tidak tahu segala perkara dalam dunia, ibu ayah juga punya perasaan risau & takut seperti kita, ibu ayah juga bukan manusia sakti yang boleh menumbuhkan duit dari pokok-pokok dan sentiasa kaya.
.
Lantas kita mula memahami erti pengorbanan. Mereka telah banyak berusaha, telah banyak menderita, telah banyak berhempas-pulas, demi untuk membahagiakan kita, sentiasa tersenyum untuk kita yang ketakutan, sentiasa tenang untuk kita yang kebimbangan, sentiasa berjimat untuk kita yang selalu meminta, selalu berpenat-lelah untuk kita yang banyak kerenah.
.
Semakin jauh kita melangkah, semakin dewasa umur kita, perlahan-lahan keadaan berubah. Pergantungan kita juga sudah beralih arah. Kita tidak lagi bergantung segala-galanya kepada ibu ayah. Kita sudah pandai berdikari. Kita sudah mula berdiri sendiri. Kita sudah ada kawan-kawan untuk emotional support. Kita sudah ada biasiswa atau gaji untuk financial support. Ada masalah apa-apa kita cuba handle sendiri. Lantas ada di antara kita mula merasa ’serba cukup’.
.
Ibu bapa pula kelihatan seolah-olah semakin hilang kewibawaannya. Mereka banyak tidak tahu perkara terbaru yang kita sudah tahu. Mereka mula banyak masalah dengan kesihatan. Mereka kadangkala bimbang dan tidak tenang. Sebahagian kita, duit pun lebih banyak dari mereka. Sungguhpun begitu, hakikatnya, kita orang muda ini hanya selalu berlagak pandai. Kita masih tetap memerlukan mereka, nasihat, bimbingan dan pengalaman, kerana mereka lebih dulu ‘makan garam’.
.
Namun, tidak dinafikan, perlahan-lahan roda dunia kita mula berpusing. Kita menjadi tempat mereka meluahkan rasa dan kebimbangan. Tempat mereka bersembang waktu kesepian. Tempat mereka berharap. Tempat mereka menuntut belaian & kasih-sayang. Adakalanya mereka bertanyakan kepada kita tentang pendapat dan pandangan, tidak kurang juga dari segi kewangan.
.
Dengan rasa rendah diri dan setinggi-tinggi hormat, kita mula memberi. Dengan tekad akan terus memberi hingga ke akhir hayat. Memberi segala-galanya, kalau boleh, biarlah SEBELUM mereka meminta. Kerana mereka mungkin tak akan minta. Kita patut malu jika mereka sampai perlu meminta dari kita. Itu tandanya kita sebagai anak telah lalai. Walau kita mengorbankan nyawa pun untuk memberi, jasa mereka berdua masih belum berbalas.
.
Tapi, macam mana pula dengan diri kita? Kadang-kadang kita rasa lost. Rasa seolah sudah tidak ada lagi tempat bergantung sepenuhnya macam dulu yang kita ada masa kecil. Dah tak ada SuperHero Penyelamat Dunia kita lagi. Banyaknya masalah tidak selesai. Banyak soalan tidak ada jawapan. Banyak benda yang mesti fikir sendiri, tanggung sendiri. Lagipun memang masalah sendiri, sendiri yang cari.
.
Kerana itulah…
Sewajarnya, pertambahan usia mesti setanding & sejajar dengan pertambahan iman. This should be our wish & our Doa on every birthday. Di usia ini, kita patut sudah mengerti, bahawa Tempat Bergantung sepenuhnya bagi diri kita, di sepanjang hayat kita, adalah Allah Subhanahu Wa Taala.
.
Kerana Allah sajalah yang terpaling sayang kita, Allah yang paling kuat, Allah yang paling terer, yang paling tahu apa yang terbaik untuk kita, boleh menjawab semua soalan kita, boleh menyelesaikan semua masalah dunia kita, menolong kita dalam semua situasi dan sangat-sangat faham semua pergolakan jiwa dan perasaan kita.
So turn to NO other but Allah alone.
InshaAllah kita tidak akan rasa ‘lost’ lagi. Perasaan selamat, berani, hebat dan yakin yang pernah kita rasai semasa kanak-kanak itu akan kembali. Kita masih ada ‘Penyelamat Dunia’. Come what may! Allah is with me. HE is my Availer, my Protector and the best of aid.
3173
“Allah is sufficient for us! Most Excellent is HE in Whom we trust!” (Surah Ali Imran : ayat 173)

0 comments: