ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Peringatan bagi yang lupa




Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)

Berbekalkan hadith Baginda Rasullullah S.A.W di atas, mungkin itulah sebab utama kenapa aku memberanikan diri menempuh alam blogger ini. Walaupon aku tahu apalah diriku jika utk dibanding kan dgn blog2 yang telah sedia ade, namun aku juga punya impian dan harapan utk memberi sumbangan kpd ISLAM walaupon tidak dgn harta dan wang ringgit, namun cukup lah sekadar menulis sesuatu spy diriku sentiasa dalam rahmat dan redha-Nya.

Dunia hari ini menyaksikan manusia semakin hari semakin jauh dari tujuan sebenar kehidupan mereka.Gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang semakin bermaharajalela sudah mejadi suatu kebiasaan dan menyedihkan lagi apabila ada yang menjadikan itu sebagai amalan hidup mereka.

Walaupon aku bukan seorang yang boley di gelar sebagai ustaz,namun aku bersyukur dengan kurniaan yang diberikan oleh Allah untuk sedikit sebanyak mengerti dan menghayati apa itu ISLAM..aku tidak mahu digelar manusia yang hanya ISLAM pada nama dan kad pengenalan, ataupon 'ISLAM warisan' , mak ISLAM,ayah ISLAM maka kite pon ISLAM ttp ape yg lebih penting aku mahu spy aku dapat menjadikan hidup dan matiku dalam penghayatan dan keagungan ISLAM..

"YA Allah,bantulah dan berikanlah kekuatan kepada hamba-MU dalam mengenal agamaMu yang mulia ini."

.


Firman Allah S.W.T.

Maksudnya:

"Kami ceritakan mereka kepada mu (Muhamad ) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata ‘Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran."

Al kahfi 13-14


1 comments:

nisa baik said...

salam gym..nisa ni:)

yey!jom same2 mencari keredhaanNya..berusaha ke arah yg lebih baik..teruskan perjuangan!:)