ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Selamat Hari Ibu



Assalammualaikum...

Kita selalu menyesali sesuatu yang telah tiada, kita selalu tidak menghargai apa yang kita ada, kita selalu berfikir apa yang orang lain ada begitu baik dan alangkah bagusnya jika kita juga memiliki seperti yang dimiliki oleh orang lain ada. Baiknya sikap anak-anaknya, berbudi bahasanya isterinya, pandainya anak mengambil hati kedua ibu bapanya, cerianya wajah-wajah anak-anaknya dan berbagai lagi tanggapan yang kita berikan kepada orang lain yang ada di sekeliling kita.

Mengapa kita tidak berkata alangkah baiknya anak-anakku, betapa cerianya anak-anakku, betapa cantiknya anak-anakku, betapa baiknya isteriku, dan segala yang ada pada kita penuh dengan kegembiraan yang perlu kita kecapi untuk kehidupan yang sementara ini. Adakah kita sedar masa yang berlalu tidak akan kembali lagi dan masa yang dihadapan belum tentu milik kita lagi. Yang pasti masa sekarang adalah masa kita dan kita perlu melakukan pemilihan samada untuk bergembira dengan masa sekarang atau untuk berduka dengan masa yang ada sekarang.

Sekiranya kita memilih untuk gembira dengan apa yang telah kita lalui, walau pun dikatakan suatu yang derita oleh orang lain, ianya tetap akan menjadikan kita gembira kerana kita tidak akan binasa dengan apa yang dikatakan oleh orang atau apa yang dikatakan oleh semua manusia. Yang penting apakah yang dikatakan oleh hati kita, adakah hati kita menyatakan kita boleh gembira dan menikmati apa sahaja yang berlaku dengan suatu kemanisan pemberian dari Allah swt. Ramai orang yang buta tetapi ada yang buta dan sentiasa gembira, ramai orang yang cacat tetapi cacat itu tidak menyebabkan mereka perlu hidup dengan penderitaan, malah ada yang begitu berjaya dan menjadi jutawan. Sekiranya mereka berfikir dengan penuh penderitaan, adakah mungkin untuk mereka berjaya? Tentu tidak.

Lakukanlah yang terbaik sekarang untuk orang yang kita kasihi, lakukan yang terbaik agar mereka akan merasai apa yang ingin kita berikan sekarang. Hanya kita yang boleh melakukan kerana keputusan adalah milik kita, kita masih belum terlambat kerana kita masih diberikan waktu untuk melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu bermula dari hati yang mulia dan bersih kerana keikhlasan untuk melakukan tanpa mengharapkan balasan. Terlalu banyak yang boleh kita lakukan hingga kita mungkin tidak dapat mencatitkanya, namun Allah swt tetap akan mencatitkan untuk memberikan balasan di akhirat nanti. Tiada kerisauan untuk menanti balasan kerana balasan dari Allah swt tetap ada bergantung sejauh mana keikhlasan didalam kita melaksanakan amalan. Mari kita bermula sebelum terlambat kerana panggilan kematian akan memutuskan segala-galanya yang menjadikan dunia kita berbeza.

"Hargailah ibubapa anda sementara mereka masih lagi bersama anda, kelak sampai masa dimana mereka tiada lagi didunia ini,sudah tidak mampu lagi kita utk kita membalas semua jasa mereka kecuali hanyalah sekadar berdoa bagi anak2 yang soleh..."

0 comments: