ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: APA PERSAMAAN GURU, PEMERINTAH, ULAMA? ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

16 Mei seringkali mendapat perhatian, terutamanya bagi golongan PENDIDIK a.k.a. GURU. Mengapa? Kerana pada tarikh inilah MEREKA akan dirai dan dihargai atas segala usaha dan jasa MEREKA dalam MENDIDIK, terutamanya anak-anak bermula di bangku sekolah hinggalah menjejakakan kaki ke Menara Gading. Inilah hari yang di namakan HARI GURU. Tinggal 2 hari sahaja lagi, kita akan meraikan PERAYAAN HARI GURU ini. Jadi, di kesempatan ini penulis ingin berkongsi dengan teman semua berkenaan dengan satu tajuk iaitu " APA PERSAMAAN GURU, PEMERINTAH, ULAMA?.

Sebagai pendahuluan, suka untuk penulis memperbetulakan sedikit pandangan kita terhadap GURU. Bila berbicara mengenai GURU, kita seringkali didoktrin dan disempitkan pemikiran oleh fahaman-fahaman liberal yang mengatakan bahawa GURU itu hanyalah manusia yang mengajar mata-mata pelajaran di sekolah. Tidak lebih daripada itu. Inilah fahaman ataupun pemikiran yang perlu kita perbetulakan, lebih2 lagi Zaman Mutakhir ini.


Sepatutnya, sebagai seorang MUSLIM, kita haruslah memahami maksud dan peranan sebenar GURU a.k.a. PENDIDIK ataupun istilah yang paling tepat lagi ialah ULAMA' dalam proses untuk mendidik masyarakat. Sesuai dengan sepotong hadith Nabi SAW yang bermaksud: " Ulama adalah Pewaris Nabi ". Jadi, ringkasnya, GURU yang MUSLIM ataupon ringkasnya ULAMA sepatutnya berperanan untuk menyambung Risalah dan Perjuangan Nabi-nabi terdahulu dalam mengajak umat manusia untuk kembali kepada Allah. Inilah sepatutnya di tanam dan dipasakkan dalam Pemikiran dan Pemahaman sebagai seorang GURU.

Tetapi, Dewasa ini, Guru tidak lagi di anggap sebagai seorang ULAMA'. Bila diungkapkan GURU, maka secara automatik terlintas di fikiran masyarakat bahawa peranan mereka hanyalah berkisar dalam mendidik anak-anak tentang perkara-perkara Duniawi. Lain pula status yang dilabelkan ke atas seorang ULAMA' . Hari ini, ULAMA' hanyalah dikenali sebagai suatu golongan yang ekstrem ataupon lebih dikelai sebagai panggilan USTAZ, yang hanya berkuasa untuk berbicara mengenai perkara-perkara asas Agama. Bila menyentuh soal Pemerintahan, undang-undang Negara, Muamalat dan Munakahat, ULAMA' ini diketepikan atas alasan bahawa Pemikiran ULAMA' adalah pemikiran jumud dan ketinggalan zaman. Inilah realiti yang berlaku dala masyarakat kita sekarang.


Suka untuk penulis memberikan sedikit gambaran siapakah ULAMA'. Ringkas, ULAMA' ini adalah golongan Manusia yang fakih atau faham dalam sesuatu bidang yang diceburi secara mendalam, tidak hanya disempitkan kepada golongan2 yang mengajar Agama shj. Contoh ringkas, dalam Bidang Perubatan, Sebenarnya seorang Specialist ataupun Pakar Perunding boleh di katekan sebagai seorang ULAMA' kerana mereka sudah faham secara mendalam dalam ilmu Perubatan. Tetapi malangnya, kita sudah didoktrinkan bahawa fahaman2 yang salah.


Sebagai contoh, IBNU SINA, yang dikenali sebagai Bapa Perubatan. Mengikut sejarah asalnya, IBNU SINA dikenali sebagai seorang ULAMA' pada suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan AL FABI dan IBNU RUSH. Mereka semua diiktiraf sebagai ULAMA' oleh masyarakat pada ketika itu. Tetapi mengecewakan, dasawarsa ini, IBNU SINA hanyalah dikenali sebagai seorang Cendiakawan Islam, bukan lagi seorang ULAMA' yang hebat yang berperanan untuk meyeru Manusia menyembah Allah.


Jadi, sebagai seorang ULAMA' @ GURU @ PENDIDIK, ataupun lebih-lebih lagi sebagai seorang PEMERINTAH negara yang mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang Negara sepatutnya mempunyai ILMU yang tinggi kerana merekalah golongan yang sepatutnya menyebarluaskan Agama Islam yang sebenar, bukan mencipta sesuatu undang-undang baru yang diterima logik akal, tetapi jelas bertentangan dengan Syariat ISLAM. Sebab itu, ILMU memainkan peranan penting dalam kehidupan Manusia. Tanpa ILMU manusa akan sesat selama-lamanya. Pernah diumpamakan Manusia yang tiada ilmu ibarat manusia yang sudah mati dalam kehidupan Dunia kerana ILMU lah memainkan peranan penting dalam susun atur kehidupan dan Pemerintahan Negara.


Atas dasar inilah Manusia dituntut untuk mencari seberapa banyak ILMU kerana dengan adanya ILMU, kita mampu untuk mengeluarkan pandangan yang selari dengan Ajaran ISLAM. Jikalu tidak, lebih berdiam diri, sesuai dengan Hadith Nabi SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Suka untuk penulis membawa satu contoh REALITI yang baru sahaja berlaku dalam Negara kita bilamana Golongan Pemerintah yang mempunyai Kuasa tetapi Jahil dalam memahami ILMU ISLAM, bahkan menolak pandangan ULAMA' sendiri. Pada 6 Mei yang lalu, kita dikejutkan dengan suatu Cadangan dari Pihak Kerajaan, melalui Menteri Kewangan Malaysia yang mencadangkan Suatu bentuk Judi Halal, kononnya untuk membanteras Perjudian Haram yang berleluasa dalam Negara iaitu Judi Pertaruah Sukan Piala Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Kelmarin, Kabinet Perdana Menteri mengumumkan secara rasmi KELULUSAN lesen Pertaruhan Bola Sepak semasa berlangsungnya temasya Piala Dunia bulan depan. Na'uzubillah...Tersentak penulis mendengarnya...

Dalam satu Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, JUDI, memuja berhala dan bertenung nasib adalah daripada amal perbuatan Syaitan, maka hendaklah dijauhi”.
Al-Maidah ayat 90

Jelas, Dalam Al Quran yang Mulia, Kalam Allah Azza Wajalla, Petunjuk kepada Manusia
MENGHARAMKAN JUDI..!!!. Tetapi, ugutan Allah ini hanya di pandang enteng dan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak takut dengan balasan ALlah.Inilah yang berlaku apabila akal manusia melangkui wahyu Allah. Cuba untuk mengeluarkan sesuatu pandangn tetapi JAHIL tentang ISLAM. Disinilah peranan GURU atau ULAMA' diperlukan untuk memperbetulkan Masyarakat agar tidak terus terpesong dari memahami Ajaran ISLAM yang sebenar.

Tetapi Lain pula ceritanya bila mana ULAMA' bersuara. Dikritik dan dibidas habis-habisan ideal mereka kononnya Jumud dengan kehidupan Zaman sekarang sehingga Munculnya
SEORANG DAJJAL MANUSIA yang bertopengkan SYAITAN dengan beraninya mengeluarkan pengakuan untuk MEMBUNUH ULAMA' terbesar Malaysia...Allahuakhbar.... Apa nak jadi dengan Masyarakt kita hari ini. Atas dasar inilah, perlunya beberapa kombinasi golongan bagi mewujudkan kemakmuran dan keberkatan dalam mentadbir bumi,

" Terdapat 4 tunjang utama dalam memastikan keberkatan dalam mentadbir bumi iaitu 1) Pemimpian atau Pemerintah yang Adil dalam semua perkara, 2) Keberkatan Ulama, 3) Kepemurahan Orang2 Kaya, 4) Doa Orang Fakir."



Inilah 4 komponen asas dalam mentadbir sesuatu Negara. Jelas semua perkara di atas semakin hari semakin hilang dalam masyarakat kita. Paling jelas ialah ULAMA' kita dihina dan dimaki sehebat-hebatnya. Dimana akhlak kita sebagai seorang MUSLIM yang sepatutnya menyanjungi Golongan ULAMA ini? Kita perlu sedar bahawa, ULAMA' adalah Manusia yang paling Hampir dengan Allah.


Jadi, sebagai penutup bicara, penulis menyeru kepada diri penulis sendiri dan teman2 agar sama2 kita mendampingi Golongan2 ULAMA' ini dalam apa jua bidang sekali pon, yang paling penting bila mana ULAMA-ULAMA AGAMA mengeluarkan pandangan, terimalah seadanya kerana mereka lebih arif tentang Agama ini. Bilamana adanya permasalahan yang berlaku, teruslah rujuk dan berbincang dengan orang selayaknya, bukan kita bertanyakan pada Orang2 yang Jahil tentang bidang itu kerana kelak kita aka menyesal.

Sayangilah ULAMA, GURU, PENDIDIK dan PEMERINTAH NEGARA selagi mana Mereka Melaksanakan Hukum-hukum ALLAh, tetapi , AWAS untuk golongan Pemerintah yang berperangai seperti di atas, jangalah kita menghukum, sebaliknya ajaklah mereka untuk kembali menghayati ILMU dengan sebetulnya, mudah-mudahan Rahmat Allah sentiasa bersama-sam dengan kita.

" SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK SEMUA "

p/s : Entry ini adalah ringkasan separuh Khutbah Jumaat tgharie td, 14 mei 2010 yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Ulama yang telah banyak membantu penulis memberi kefahaman sejak bergelar ahli Harakah islamiyyah.Ketika penulis mendakap dan mencium Utaz Zul td, datang seorang jemaah dengan mengatakan " Saya kagum dgn Ustaz..Saya kagum dengan Ustaz...Saya kagum dengna Ustaz..." 100% Penulis setuju dengan ucapan jemaah itu tadi...Moge Ustaz Zul dipanjang Umur untuk terus memberi kefahamn yang sebenar kpd Masyarakt...

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: