ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: EVERYDAY IS A MOTHER'S DAY ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali.” (QS. Luqman: 14)


"Selamat Hari ibu" I luv my Mum " Terima kasih ibu untuk semua" "ibu..saya sayang ibu dengan setulus hati..terima kasih diatas segalanya... =)". Inilah antara ungkapan yang penulis sempat terbaca di status-status YM dan juga status Facebook teman2. Iya, Hari ini, 9 mei 2010, merupakan Hari Ibu untuk semua. Inilah antara bukti bagi seorang anak untuk menunjukkan SAYANGNYA mereka terhada ibu-ibu mereka. Tetapi secara peribadinya dari penulis, sepatutnya, Hari ibu kite perlu sambut tiap2 hari kerana jika hendak dibandingkan jasa dan pengorbanan mereka tidak cukup hanya dengan sehari kita meraikannya.So, jadikanlah EVERYDAY IS A MOTHER'S DAY.

Mengapa kita, sebagai seorang anak perlu menghargai ataupun menyayangi ibu2 kita? Jom kita layan satu lagi firman Allah...

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapaknya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandung dan menyapihnya adalah tiga puluh bulan.” (QS. Al-Ahqaf: 15)

Jelas pada Firman Allah di atas menyuruh kita supaya berbuat baik malah ianya adalah perintah Allah kepada semua manusia. Inilah menunjukkkan betapa besar dan tingginya darjat seoran ibu. Dalam sebuah hadits disebutkan bahwa pernah ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah dan berkata,

“Wahai Rasulullah, siapa orang yang paling berhak bagi aku untuk berlaku bajik kepadanya?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi, “Kemudian setelah dia siapa?” Nabi menjawab, “Ayahmu.”(HR. Bukhari)

Ayuh kita lihat lagi bukti bahawa Allah sangat memuliakan ibu kita. Pernahkan teman2 mendengar " Syurga itu di bawah tapak kaki ibu "? Penulis sangat yakin dan percaya teman2 sudah biasa mendengarnya.Inilah setinggi-tinggi kemuliaan yang Allah kurniakan pada ibu yang secara tidak langsung meletakkan Rangking ibu adalah yang paling utama. Atas faktor inilah kita, sebagai seorang anak tidak seharusnya menderhakai kepada ke-due2 orang tua kita, terutamanya ibu kita kerana seperti yang kita sedia maklum menderhakai kedua orang tua kita termasuk dalam dosa-dosa besar. Ini di jelasakan lagi dalm firman Allah yg bermaksud :

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia, dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya, atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah!" - Jangan pula engkau membentak mereka, dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku! Sayangilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku semenjak kecil." (Q.S. 17:23-24)

Jadi, ringkasnya penulis menyeru kepada teman2 yang masih lagi mempunyai ibu dan bapa, Hargai dan Berbaktilah sehabis Mampu kepada mereka selagi mereka masih lagi berada disisi anda. Percaya lah, tatkala mereka sudah meniggalkan kita, tiada lagi daya upaya untuk kita membahagiakan mereka kecuali hanyalah dengan Berdoa agar mereka di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

" Ya Allah, aku bermohon padaMu agar Engkau ampuni dosa-dosa ibuku dan tempatkanlah dia dlam kalangan orang-orang yang dijanjikan syurgaMu...Amin"

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: