ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: GENERASI RABBANI : MAMPUKAH KITA?? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." surah Ali Imran,79


" Kita semua dilahirkan 'tuk berjaya, kita harus sedari siapa kita, kita semua handal, kitalah juara " Inilah beberapa baris pertama lagu " Generasi Hebat ". Liriknya begitu bermakna, tetapi penulis sedikit terkilan apabila melihat antara acuan untuk melahirkan Generasi Hebat ini ialah Remaja yang dipenuhi dengan Hiburan yang melampau dan pergualan tanpa batasan. Lalu terlintas difikiran penulis, kalau inilah model " Generasi Hebat " yang nak dilahirkan, ibarat mencurah air di atas daun keladi. Jikalau umat islam sendiri tergelak melihat Generasi yang telah lari dari acuan Islam yang sebenar, apatah lagi golongan2 kafir, yang senantiasa ingin melihat Umat Islam semakin jauh dari Al Quran, bertepuk tangan sambil goyang kaki lah mereka melihat pada kejahilan Umat Islam itu sendiri.

Lalu, penulis secara tiba-tiba teringat satu Generasi yang pernah diungkapkan oleh seorang Pemimpian Gerakan Islam sewaktu penulis menghadiri ceramahnya, yang mana Generasi inilah yang paling ditakuti oleh golongan kafir, Generasi yang berjaya buktikan ISLAM itu Hebat, Generasi yang dunianya adalah untuk akhirat...Inilah GENERASI RABBANI dalam kalangan umat Islam. Jadi teman2 semua, Apa dan siapakah GENERASI RABBANI ini? mengapa golongan kafir sangat takut bila Generasi ini wujud? Apakah acuan Generasi ini?

Secara ringkas, GENERASI RABBANI ini ialah generasi yang MEMPELAJARI AL QURAN dan MENGAJARKANNYA. Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu ketika dahulu iaitu Generasi Para Sahabat dan para tabiin dan tabi'tabiin. Kerana ape? Acuan mereka bukanlah santapan hiburan dan perkara2 maksiat, tetapi petunjuk manusia itu, iaitu AL QURAN sebagai acuan panduan hidup mereka. Mereka sebulat hati yakin dan percaya bahawa hanya Al Quran dan undang-undang Allah sahaja yang menjadikan mereka hebat, bukan sahaja di kaca mata golongan kafir, bahkan disisi Allah sendiri.


Tetapi kini, generasi itu hilang.Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat Islam dihina sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat Islam sekarang,CINTA DUNIA. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Golongan MAHASISWA, yang dipandang tinggi oleh masyarakat pula membisu mati dek sedikit gertakan dari pihak pentadbiran. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat Islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka diseksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" Al-An'am,32.

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?


Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah teman-teman Remaja Islam semua..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."- surah fussilat ayat ke 55.

Jadi..tugas kitalah untuk MENGUBAH MASYARAKAT, MEMBINA MASYARAKAT dan akhirnya menahirkan kembaliGENERASI RABBANI. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Hidupkan kempen 1H1N ( 1 Hari satu 1 Nasihat ) di status2 facebook anda seperti yang penulis pernah sarankan dulu. Moga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)."(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Jadilah pemuda yang berjiwa seperti Ali b.Abi Talib, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, dan ramai lagi tokoh-tokoh gerakan Islam yang menjadikan jiwa remaja mereka segala-galanya untuk Islam..Sudahlah dengan kelekaan dunia kita,marilah kita leka pula dengan akhirat dan ingatlah firman Allah dalam surah Luqman ayat 33,

"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah."

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Maidah,, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita? Sebenarnya kita mampu untuk bergelar GENERASI RABBANI..Kita Boleh!!

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: