ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: SABAR DAN SOLAT ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua.....

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar“. (Al-Baqarah: 152-153)

Alhamdulillah, akhirnya penulis diberi sedikit kesempatan waktu untuk meng'update' blog ini dalam memberi peringatan terutamanya kepada diri penulis sendiri dan teman2 semua. Sekadar pembuka bicara, sedikit luahan perasaan daripada penulis setelah tamat minggu pertama di Posting O&G (sakit puan) ini. Seperti teman2 yang lain juga, tidak dapat tidak antara isu yang sering dibangkitkan dan sering menjadi status FB masing2 ialah keletihan dan kepenatan dalam menyesuaikan diri di alam wad setelah hampir 4 bulan ( termasuk Posting SSM ) penulis dan teman2 satu batch 'berehat'. Ibaratnya seolah2 baru sahaja menjejaki ke Alam klinikal walhal sudah bergelar Pelajar Perubatan Tahun Akhir. Iye teman2, tinggal lagi kurang dari setahun untuk kita mendapat MD UKM. Jadi, ringkasnya..ayuh, teruskan berjuang dalam mengapai cita-cita kita.

Jadi, disaat kita merasakan lemahnya diri ini, ayuh kita mencari apakah formula terbaik supaya kita tidak rebah di medan perjungan dalam menuntut ilmu ini. Percaya dan yakinlah semua bahawa Allah sentiasa bersama kita. Apa yang penting disini ialah seperti Firman Allah yang bermaksud :

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 45-46)

Jikalau diteliti secara terperinci perintah dalam ayat di atas sekaligus merupakan salah satu kaedah penyelesaian secara kolektif iaitu Allah telah memerintahkan agar kita jadikan SABAR dan SOLAT sebagai penolong kita.

Syeikh Sa’id Hawa menjelaskan dalam tafsirnya, Asas fit Tafasir kenapa sabar dan solat sangat tepat untuk dijadikan saranan meminta pertolongan kepada Allah Taala. Beliau mengungkapkan bahawa sabar dapat mendatangkan pelbagai kebaikan, sedangkan solat dapat mencegah dari pelbagai perilaku keji dan mungkar. Disamping itu juga solat dapat memberi ketenangan dan kedamaian hati. Keduanya (sabar dan solat) digandingkan dalam kedua ayat tersebut dan tidak dipisahkan, kerana sabar tidak sempurna tanpa solat, demikian juga solat tidak sempurna tanpa diiringi dengan kesabaran. Mengerjakan solat dengan sempurna menuntut kesabaran dan kesabaran dapat terlihat dalam solat seseorang.

Lebih terperinci, Syeikh Sa’id Hawa menjelaskan saranan lain yang berkaitan dengan sabar dan solat yang boleh dijadikan penolong. Puasa termasuk ke dalam perintah meminta tolong dengan kesabaran kerana puasa adalah separuh dari kesabaran. Sedangkan membaca Al-Fatihah dan doa termasuk ke dalam perintah untuk meminta tolong dengan solat kerana Al-Fatihah itu merupakan sebahagian daripada solat, begitu juga dengan doa. Memohon pertolongan hanya kepada Allah merupakan ikrar yang selalu kita lafazkan dalam setiap solat kita,

“Hanya kepada-Mu-lah kami menyembah dan hanya kepada-Mulah kami mohon pertolongan“.


Agar permohonan kita diterima oleh Allah, tentulah harus mengikuti ajaran dan petunjuk-Nya. Salah satu dari petunjuk-Nya dalam memohon pertolongan adalah dengan sentiasa bersikap sabar dan memperkuat hubungan yang baik dengan-Nya dengan menjaga solat yang berkualiti. Disinilah solat merupakan cerminan dari penghambaan kita yang tulus kepada Allah.

Kepentingan sabar menurut Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dapat dilihat dari dua hal: Pertama, sabar kerana Allah atas apa yang disenangi-Nya, meskipun terasa berat bagi jiwa dan raga. Kedua, sabar kerana Allah atas apa yang dibenci-Nya, walaupun hal itu bertentangan keinginan hawa nafsu. Barangsiapa yang bersikap seperti ini, maka ia termasuk orang yang sabar yang Insya Allah akan mendapat tempat terhormat.

Betapa kita sangat memerlukan limpahan pertolongan Allah SWT dalam setiap aktiviti dan persoalan kehidupan kita. Adalah sangat tepat jika secara bersama-sama kita dapat mengamalkan petunjuk Allah dalam ayat di atas agar permohonan kita untuk mendapatkan pertolongan-Nya segera menjadi kenyataa

p/s : Sekadar memberi suntikan semangat dan motivasi khususnya kepada penulis sendiri untuk terus bersemangat meneruskan Posting O&G ini. Ya Allah, bantulah HambaMu ini....Amin.

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: