ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: ADUHAI CINTA..MILIK SIAPAKAH IA ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

Rasanya sudah agak lame penulis tidak update entry terbaru. Maaf di pinta kerana penulis sekarang berada dalam posting O&G (sakit puan) yang mana teman2 sudah sedia maklum kesibukan dalam mengikuti Ward Round, Tutorial, Workshop, Clinic, OT dan teaching. Tambahan pula penulis sudah berada dalam Tahun 5, semestinya memerlukan komitment yang tinggi...

Tetapi, Alhamdulillah, penulis telah diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri satu Forum Cinta yang bertajuk " Aduhai Cinta..Milik siapakah ia.? " bertempat di masjid Al Azim pada sebentar tadi yang mana Ahli panelnya terdiri daripada Ustaz Hasrizal dan Dr Rosni Adam. Sedikit coretan dari penulis dab beberapa penambahan daripada sumber2 yang penulis ada..

Cinta itu tenaga dan sifat tenaga adalah tidak dapat dimusnahkan tetapi boleh bertukar dari tenaga asal ke tenaga yang lain berdasarkan kondisi dan situasi. Semuanya halal ketika bercinta. Tanpa segan silu, mereka berkata..kenapa?? salah kerr..kami bercinta?? Bukankah cinta itu kurniaan Tuhan, jiwa kita ini kan memerlukan cinta seperti mana jasad kita yang zahir ini memerlukan makanan. Bukan main lagi kalau berhujah mengenai cinta... BETUL..Agama tidak melarang kita bercinta tetapi, ingat cinta yg d semai sekarang adalah cinta terlarang.. AHHHHHhh... jangan dihalang, sedangkan lautan api sanggup ku rentasi, kalau saudari tak percaya.. ambillah kapak, belahlah dada, pasti dihati saya tertera nama saudari, insan paling di cintai...

Inilah kata-kata membunuh yang sanggup dilafazkan walhal ia amat mustahil dilaksanakan. Yang menjadi persoalan, mengapalah mereka yang mabuk cinta dengan mudah mempercayai dan menerima kata-kata yang dilafazkan sedemikian?? Bukankah cinta itu satu fitrah, jadi tidak salahnya jika kita mencubainya. Fitrah diiringi dengan keinginan, keinginan pula harus dituntun dengan syariat. Keinginan tanpa sempadan adalah firasat yang berlandaskan nafsu dan syaitan.

Manusia hari ini terlalu taksub dengan cintanya, sebagaimana Laila Majnun, Shah Jehan dan Taj Mahal yang amat mahalnya. Namun pasti manusia sering terlupa kepada yang memiliki cinta. Cinta berasal dari kasih dan sayang, yang mana ia terletak di bawah taklukan Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Seperti mana kita terlalu asyik dengan hadiah yang kita terima sehingga terlupa bersalaman dan mngucapkan terima kasih kepada yang memberi hadiah kepada kita...



Cinta terlarang ibarat racun rumpai yang berbisa disemburkan kepada tanaman. Yang pasti bukan sahaja pokok parasit dan lalang musnah,tanaman yang ditanam tidak terkecuali terkena serpihan rumpai yang disebarkan. Akhirnya akan terhasillah buah yang pahit, masam, memabukkan dengan pelbagai nama, perkara aneh dan menjijikkan.

Apa yang tertera ini bukan lah CINTA.. semuanya nafsu. Selagi belum ada ikatan yang sah, peliharalah dirimu, jangan dibiarkan insan-insan durjana mengambil kesempatan dalam ruang kesempitan. Bila sekujur tubuh telah mengalah, adakah kamu pasti dia akan bertanggungjawab?? Sekarang bila kita tanya mungkin ia berkata " AWAKLAH BUAH HATI ABANG ". Tapi adakah kita pasti ayat ini akan berkekalan... INGAT!!! Lidah manusia tidak bertulang. Teringat kata-kata orang kampung dulu, CINTAKU DITOLAK, DUKUN BERTINDAK... Jangan sampai dukun bertindak maka jadilah seperti cinta mariam. Bukan cinta tapi dendam... seorang PUNTIANAK HARUM SUNDAL MALAM... PULANGKAN... tapi tak boleh pulangkan dah...wassalam

p/s : Penulis akan berlepas ke Hospital Teluk Intan selama 2 minggu bermula esok sehingga 2/7/2010. Jadi, YM, FB, dan Blog penulis akan off dalam masa tersebut.

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: