ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: YA ALLAH, SELAMATKAN PALESTIN ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....


“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).


Semalam telah berlangsungnya Demonstrasi Mengutuk Kekejaman Israel Laknatullah, yang mane seluruh umat manusia, bukan sahaja Umat Islam, tetapi juga golongan bukan Islam yang berarak bermula dari Masjid Kampung Baru hingga ke Kedutaan AS yang mane isunya pada kali ini ialah kerana serangan Komando2 Israel ke atas kapal2 Misi Kemanusian dari seluruh Negara untuk memasuki Gaza seminggu yang lepas.

Penulis sedikit terkilan dan kecewa kerana buat pertama kalinya penulis tidak dapat menyertai Demonstrasi, lebih2 lagi Demonstrasi yang melibatkan Rakyat Palestin kerana penulis masih lagi berada di Kem BTN kuala lipis. Tetapi, sebaik sahaja pulang pagi tadi, terus mendapt semangat dan kembali ceria setelah melihat gambar2 Demonstrasi tersebut yg jelas menunjukkan isyarat pada Rakyat Palestin bahawa rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka dalam menyatakan sokongan dalam membantah kekejaman Zionis Israel.

“Ya Allah, hancurkanlah orang-orang kafir dan musyrik itu. Berilah rasa takut kepada musuh-musuh kami, musuh-musuhMu, dan musuh-musuh agamaMu. Ya Allah, muliakanlah agama Islam dan kaum muslimin. Rapatkanlah tali kasih sayang dalam sanubari mereka dan perbaikilah hubungan kekeluargaan diantara mereka serta berilah pertolongan kepada mereka dalam melawan musuh-musuhMu dan musuh-musuh kaum muslim.”

Penulis tidak berhasrat untuk mengupas isu Palestin ini kerana penulis yakin dan percaya bahawa teman2 sudah sedia maklum kerana isu palestin ini bukanlah suatu isu yang baru, malah sudah hampir 60 tahun rakyat palestin diperlakukan seperti binatang. Ayuh teman2 semua, kita sama2 sumbangkan sedikit usaha untuk membela mereka. Segala macam usaha yang boleh kita lakukan. Cuma ia terletak pada kemampuan diri sendiri sahaja.

Penulis tertarik dengan saranan Tuan Guru Presiden Kita, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk same2 kita membaca Doa Qunut Nazilah pada tiap2 solat 5 waktu kita sehari semalam. Penulis rasekan inilah antara usaha yang paling mudah dan sesuai dengan keadaan kita selain menyalurkan bantuan dari segi kewangan.


AYUH TEMAN-TEMAN KITA MENYAHUT SARANAN INI. DI BAWAH INI PENULIS SERTAKAN DOA QUNUT NAZILAH ITU. MOGE2 DAPAT DIAMALKAN BERSAMA..

“ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”



p/s : 2 gambar penulis di atas adalah sewaktu Demo Palestin yang pertama kali penulis menyertainya. Gambar kat bawah barulah gambar2 Demo semalam..Dikatakan lebih 10 ribu rakyat malaysia dari pelbagai Agama dan Bangsa menyertai Demo tersebut. Moge Allah bersama -sama kita.. TAKHBIR!!!!

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: