ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: REFLECTION DIRI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg sentiasa melimpahkan rahmat dah kasih sayang pada Hamba2-Nya serta masih lagi mengekalkan kita dalam nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam ke atas Rasul Junjungan Allah dah para sahabat di atas perjuangan mereka menyebarkan ISLAM yang SEBENAR ke seluruh Umat Manusia....

2 minggu sudah blog SAIF AL NIDHAM ini tidak diusik oleh jari jemari penulis dek kerana berada di HTI (Hospital Teluk Intan) yang tiada Network Coverage. Jadi, Dengan kesempatan yang ada ini, izinkan penulis mencoretkan sedikit nukilan untuk tatapan bersama agar kita sentiasa berada dalam Rahmat Allah. Astarghfirullah.....Sesuai dengan keadaan diri penulis yang baru sahaja pulang ke HUKM setelah 2 minggu berada di HTI yang agak leka dan lalai dengan kehidupan disana, maka entry kali ini berbicara soal Reflection a.k.a. MUHASABAH...

Islam amat menganjurkan amalan bermuhasabah sebagai agenda penilaian diri selepas setiap amal atau perbuatan selesai dilaksanakan. Sebagai seorang manusia, setiap saat dilalui adalah kehidupan. Manfaat diperolehi harus bersyukur dan segala mudarat mestilah cuba dielakkan agar tidak berulang kembali. Di sinilah letaknya peranan muhasabah diri yang sepatutnya dijadikan bahan pengukur keupayaan dan pencapaian diri.

Dalam konteks kehidupan manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang tersandang di bahunya pelbagai tanggungjawab perlu lebih menilai pencapaian dirinya adakah semakin baik amalan dan ketaatanya kepada Allah atau sama saja seperti hari berlalu.

Allah berfirman dalam al-Quran bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang akan dilakukan untuk hari esok (akhirat)” . (Surah al-Hasyr ayat 18).

Ayat itu menjelaskan seseorang hendaklah sentiasa memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan apa yang sudah dilaksanakan sebelumnya kerana perancangan teliti hasil daripada muhasabah akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Rasulullah sendiri sering berpesan kepada sahabatnya dengan mengingatkan mereka melalui sabdanya yang bermaksud ‘perbaharui iman kamu’ supaya kualiti iman dapat dipertingkat dan tidaklah hanya berada pada takuk sama tanpa ada sebarang anjakan.

Umar al-Khattab pula pernah berkata melalui kata-katanya yang masyhur

hisablah (hitunglah) dirimu sebelum engkau dihisab oleh Allah di hari akhirat kelak”.

Ia menunjukkan individu Muslim yang mendambakan kebaikan dalam hidup mestilah menghiasi dirinya dengan sentiasa menghitung diri mencari dan mengenal pasti kelemahan dan kekurangan dirinya bukannya hanya menghitung segala kebaikan yang pernah dilakukan. Jika dihitung amalan kebaikan semata-mata sudah pasti tiada keaiban diri yang disedari, tetapi jika kecacatan diri sendiri yang diperhati, maka sudah pasti seseorang itu akan berusaha menghilangkan keburukan itu agar diganti dengan kecantikan diri.

Lihatlah resmi setiap Khulafa al-Rasyidin Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali akan bangun berkhutbah selepas selesai perlantikan sebagai pemimpin masyarakat Islam. Antara inti pati ucapan mereka ialah mengharapkan agar orang Islam membetulkan apa-apa kesilapan yang mereka lakukan semasa memimpin dan memberi sokongan selama mereka berada benar di atas landasan al-Quran dan menolak mereka apabila mereka mengetepikan pimpinan wahyu dan sunnah rasul.

Muhasabah diri mempunyai beberapa kelebihan kepada individu Muslim. Orang yang sentiasa bermuhasabah akan sentiasa menginsafi kesalahan dan kekurangan lantas akan melakukan perubahan ke arah kebaikan. Secara tidak langsung apabila seseorang berasakan kelemahan dirinya, pasti dia akan cuba merangka strategi memperbaiki diri supaya kekurangan itu tidak selama-lamanya ada dalam dirinya. Ia hanya boleh dilakukan dengan menjauhkan perasaan ego dan sombong dalam diri.

Justeru, marilah teman-teman kite sentiasa Muhasabah diri sentiasa agar hari esok sentiasa lebih baik dari hari ini dan seterusnya.Jika fikiran, perasaan dan minda dikuasai perasaan bahawa dirinya baik tanpa kekurangan, maka selama itulah tiada perubahan yang dapat dilakukan ke arah pembaikkan diri yang lebih sempurna.

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: