ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: JOM BANTAH JUDI..!!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.....

“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada menfaatnya”.
Surah al-Baqarah : 219


Hari ini, Masyarakat Negara Malaysia di timpa kegerungan, rasa resah dan gelisah, bukan sahaja dalam kalangan orang Islam, malah juga turut dirasai oleh golongan belum (bukan ) Islam, oleh orang-orang Cina yang beragama Budha atau Free thinker, golongan India yang beragama Hindu, dan Golongan Melayu, yang majoritu mengaku Islam hanya pada lidah, bukan di hati.

Keresahan ini timbul apabila, penulis yakin teman2 semua sudah sedia maklum, iaitu Pihak Kerajaan dengan bangganya MELULUSKAN lesen Judi sempena Perlawanan Bola Sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung bulan jun nanti. Keresahan ini dibuktikan apabila semalam, Satu Rombongan NON-MUSLIM menghantar Memorandum kepada Pihak yg berkenaan supaya menarik balik kelulusan lesen judi ini. Aduh, malunya diri penulis yg beragama Islam ini apabila golongan NON MUSLIM sendiri yang membantah kelulusan lesan judi, yg diluluskan pulak oleh Orang Islam, yang dalam solatnya mengucap Syahadah. Atas kertasnya, jelas menunjukkan bahawa golongan NON MUSLIM ini lebih tahu HALAL HARAM judi berbanding golongan ISLAM sendiri.

Astarghfirullah, sekarang, hujan naik ke atas tidak lagi turun ke bawah. Benarlah Kata2 Nabi SAW, pada akhir zaman nanti, KEINDAHAN ISLAM ITU TERDINDING OLEH WATAK BURUK DAN JAHIL ORANG ISLAM SENDIRI. Ayuh kita renung satu Firman Allah, yang jelas mengatakan JUDI ITU HARAM.!!!!!!!!!

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?"
Surah al-Maidah : 90-91



Ayuh kita lihat secara rasional, bukan emosional. Ayat di atas mempunyai 4 kata kunci. Pertamanya, JUDI, judi, sembah berhala dan tilik nasib adalah NAJIS. Fitrahnya, apabila disebut NAJIS, sifatnya adalah BUSUK, KOTOR dan MENJIJIKAN. Tiada seorang manusia yg waras pon suka pada Najis. Sebab itulah ISU ini menimbulkan keresahan oleh semua golongan, bukan sahaja ISLAM ttp juga BELUM ISLAM ( non-muslim), seperti yg berlaku di atas.

Justeru, satu persoalan yang timbul, untuk apa DILULUSKAN LESEN JUDI INI? . Untuk orang islam? tidak sama sekali. Untuk orang2 non-muslim? juga bukan. Jadi, tidak lain dan tidak bukan, untuk memuaskan NAFSU SERAKAH yang mempunyai agenda2 tertentu.

Keduanya ialah arak, JUDI, sembah berhala dan tilik nasib adalah KERJAYA SYAITAN. Jikalau kita diberi peluang untuk bertemu iblis laknatullah, untuk bertanyakan apakah kerja dan hobi mereka, nescaya mereka akan menjawab, salah satunya adalah BERJUDI. Jadi ringkasnya, jika kita juga berjudi, maka kita adalah SYAITAN, bukan Manusia. Berbicara mengenai soal JUDI, rekod telah menunjukkan bahawa JUDI ini tidak mendatangkan kejayaan kepada seseorang. Mengapa penulis berkata begitu? Ringkasnya, sifat PENJUDI adalah mereka akan berhenti dari berjudi hanya apabila mereka KALAH. iya, buktinya, jika mereka menang utk game yg pertama, contohya RM 1000, maka mereka terus dan terus berJUDI sebab SYAITAN sentiasa membisikan kepada mereka bahawa hari ini adalah hari kamu.


“Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu, karena sesungguhnya setan-setan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”.Fathir ayat 6:


Berhentinya mereka apabila mereka KALAH. jadi, duit sudah habis, pulang ke rumah dengan perasaaan ' bad Mood', di marahnya isteri dan anak2 yang tidak bersalah tanpa sebab, sekadar untuk kekecewaan meraka. Keesokan harinya, dengan badan yang penat dan letih, masuk kerja lambat, tiada kompetetif value dalam berkerja, maka tiadalah hasil yg produktiviti. Nah, teman2 semua, cuba kita tengok, kesan dan akibat Judi itu sendiri, bukan sahaja MENGHANCURKAN diri sendiri, malah Institusi keluarga, Kerjaya dan Masayarakat.

Sebab itulah, orang yg berJUDI ini tidak berjaya. Inilah kata kunci ke-4 iaitu, BERJAYA. Mana perginya kata kunci ke-3? tidak lain dan tidak bukan, untuk menjadi Insan yang CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG dan akhirnya Insan yang BERJAYA, haruslah kita menjauhi arak, JUDI, sembah berhala dan tilik nasib. Inilah kata kunci ke-3 iaitu WAJIB KITA JAUHI.

Atas dasar itulah, ayuh, marilah bersama-sama PEMUDA2 ISLAM dan NGO2 lain, kita sama-sama MEMBANTAH LESEN JUDI INI..!! agar keharmonian dan keberkatan hidup di bawah rahmat ALLAH kita dapat kecapi.

" Hari ini, gejala JUDI sangat berleluasa sampaikan kita tidak mampu untuk membendungnya lagi. Jadi, atas maksud itu, untuk kita dapat kawal aktiviti JUDI ini supaya tidak berleluasa, kita bagi lesen halal. Nanti senang untuk kita pantau. " kata Timb. Menteri Kewangan.

Inilah sikap manusia yang tidak kenal diri sendiri. Mereka menganggap segala isi bumi, langit, tanah, air dan udara adalah milik mereka. Lebih JAHIL lagi apabila sanggup menukarkan UNDANG-UNDANG ALLAH yang HARAM menjadi HALAL, dengan mencipta dan menganggap Undang-undang yang dicipatanya lebih hebat dari ALLAH..Na'uzubillah.

Oleh sebab itulah, perlunya ada segolongan umat manusia yang sentiasa menzahirkan yang makruf dan menentang yang mungkar. Kita bukanlah ingin menunjukkan ke' eksterimis'an kita, tetapi jikalau bukan orang ISLAM sendiri yang bersuara dan memberi peringatan-peringtan yang berguna, tidak kiralah siapa mereka, baik pencuri tandas mahupun golongan pemimpin Negara sekali pun, jikalu mereka membuat kesalahan dan kemungkaran dalam Negara yang kononya di labelkan sebagai NEGARA ISLAM, kita perlu BANGKIT dan BANTAH kerana ia jelas menunjukkan MEREKA mempermain-mainkan Undang-Undang Allah. Lansung tiada rase takut dengan azab yang bakal di timpa.


Sebagai penutupnya, ayuh kita flash back berkenaan dengan kisah-kisah kaum terdahulu yang telah dihancurkan oleh Allah di sebabkan KEJAHILAN mereka, menganggap MEREKA ADALAH TUHAN, iaitu kaum Nabi lut yang mengamalkan homoseksual yg ditimpa azab oleh Allah dengan meterbalikkan negeri dan menurukan hujan api sehingga tiada seorang pun yang hidup Begitu juga dengan kaum Ad, yang ditimpa angin puting beliung yg dasyat dan kaum Thamud yang ditimpa gempa bumi yang besar. Jadi, adakah kita ingin lihat Negara Malaysia ini diterbalikkan oleh Allah, ataupon di timpa gempa bumi yang dasyat, baru kita mahu sedar dan Kembali pada ISLAM secara seluruhya??

Ingatlah, walaupon kita ada kuasa di dunia ini untuk melakukan apa sahaja mengikut kemahuan dan kehendak nafsu, tetapi AWAS, ingatlah bahawa Dunia ini hanyalah sementara, dah kita akan KEMBALI pada Allah untuk menuju AKHIRAT yang kekal abadi.

Justeru, Ayuh teman2, masyarakat dan Pemimpin Negara yang berkenaan, kembalilah pada ISLAM YANG SEBENAR. Buangkanlah segala karat-karat Jahiliyyah yang ada dalam diri dan sistem Pemerintahan Negara. Daulatkan hanya UNDANG-UNDANG ALLAH, kerana inilah PERLEMBAGAAN yang akan menyelamatkan kita dari Azab Api Neraka Allah

p/s : Ringkasan dan penambahan penulis berdasarkan isi kandungan Khutbah Jumaat pada tengahari tadi, 28-5-2010 di Masjid Al Azim

JOM TURUN BANTAH 3 JULAI 2010..!!!!!


" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: Striving Towards An Era of Research ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...


Striving Towards an Era of Research

25th MAY 2010
Time: 8.00am – 5.30pm

Main Venue:
Auditorium,
Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar,
Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Center,
Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

Fees:
UKMMC Medical Students: RM 25
UKM Staff and Lecturers: RM 50
Others: RM 50
Registration:
Walk-In Registration
Organized by:
Faculty of Medicine, UKM Medical Centre

For more information:
Please call
Miss Kanit: 012- 661 1974
Miss Zulaika: 013- 211 0243
Miss Diana: 017-610 0852


Introduction

Special Study Module (SSM) is a compulsory medical research for the Medicine undergraduates in UKM. It is conducted concurrently through Year 4 and 5 as they undergo clinical training in other medical fields. In this module, students are allowed to choose their research of interest from an array of medical field under the supervision and guidance of experienced specialists and consultants. Towards the end of the 16 months of research, they are required to present their research findings in this annual scientific research meeting.

Throughout this module, medical students are trained to improve their research skills, and also to cultivate their interest in the medical research field. Of course, they will also be able to build self-confidence, communication skills, professional judgment and to promote teamwork in their respective research group. The abstract and full manuscript of their research would be submitted for future publication purposes.

In 2009, the 1st Annual Scientific Meeting was held with great success. More is to be expected from the 2nd SSM Annual Scientific Meeting which would be held on the 25th of May, 2010. The theme for the coming 2nd Medical Undergraduates Annual Scientific Meeting would be:

”Striving Towards An Era of Research”

There will be 42 researches waiting to be presented, to be heard, and to make an impact on the local medical scene, if not internationally.



"Striving Towards an Era of Research" merupakan slogan yang digunakan bagi Special Study Module (SSM) ke-2 pada tahun ini. Di dalam modul ini, pelajar diuji dari segi kemahiran komunikasi, cara berfikiran kreatif, serta cara2 mengulas data dan maklumat.

Segala titik peluh dan usaha gigih sejak dua sem yang lepas akan diakhiri dengan acara kemuncak pada 25 Mei 2010 dimana semua kajian akan dibentangkan di Auditorium, PPUKM. Dengan ini, kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha semua pelajar dalam usaha mereka selama ini serta All The Best for the upcoming presentation..


IKHLAS dari KAMI MPP FAKULTI PERUBATAN
~ALIA~FARIH~NASIHA~

OUR VOICE IS MY VOICE
MEMBENTUK INTEGRASI MAHASISWA

:: JOM KE WACANA GERAKAN ISLAM & PERSAINGAN DEMOKRASI ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Dalam seminar tersebut akan ada:
  1. Pembentangan Sejarah Gerakan Islam seluruh Dunia dalam Dunia Demokrasi , seterusnya
  2. Pembentangan Gerakan2 Islam yg terlibat dgn demokrasi berkaitan : 1. PAS 2. PKS Indonesia 3. AKP Turki 4. Ikhwanul Muslimin Mesir

Tempat : De Palma Hotel, Ampang

Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang

Tarikh : 22 Mei 2010 (sabtu)


Bayaran : orang awam : RM 30 :

Pelajar / mahasiswa : RM 20 sahaja *

bayaran termasuk makan di hotel 2 kali (pagi dan tengah hari)


Anjuran : Pejabat ADUN Cempaka, Lajnah Dakwah DPPP, GAMIS

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. PEMBENTANGAN BAGAIMANA GERAKAN DAKWAH ISLAM DILAKUKAN DI PELBAGAI KAWASAN.

Acara padat,menarik,menguja akal dan intelektual-bermula pendaftaran,tayangan audio visual, perasmian oleh Ust Nasrudin Tantawi, kata aluan YB Iskandar Samad, Pembentang kertas kerja-Dr Zuhdi Marzuki, Prof Dr Redhuan Othman, Pak Nabil daripada PKS. Juga forum QA, dikendalikan oleh Ustaz Riduan M.Noor.

Gerakan Islam di abad moden mempunyai sejarah yang rencam dan berliku dalam keberadaannya di tengah masyarakat Islam selepas menghadapi zaman gelap penjajahan.

Dalam konteks gerakan Islam kontemporari, Ikhwnul Muslimin (1928) sebagai pengasas gerakan Islam modentelah muncul untuk mencabar regim dalam tuntutan untuk mengembalikan khalifah Islam yang tumbang pada tahun 1924 dan pada tahun 1941, di benua Indo Pakistan pula muncul Jamiat Islami yang diasakan oleh Maulana Maududi.

Begitu juga di negara-negara umat Islam yang lain kesedaran untuk mengembalikan syariat Islam telah diusahakan oleh gerakan Islam namun menghadapai saingan sengit daripada gerakan berideologi lain seperti gerkan sosialis yang kadang kala dibuat penyesuaian setempat seperti Baath di rantau sebelah Arab atau Marhaenisme di rantau alam Melayu.

Gerakan Islam di pelbagai negara telah memainkan peranan politik dan dakwah yang berkesan terutama dalam era perjuangan menghadapi tekanan dan ujian yang dahsyat seperti yang berlaku di rantau arab, Pakistan, Indonesia, Tanah melayu.

Gerakan Islam telah menghadapi fitnah dan pembantaian yang cukup tragis dengan penangkapan dan pembunuhan yang berlaku di Mesir, Algeria, Indonesia, Malaysia dan syiria.

Kebangkitan Islam itu suatu fenomena kesedaran untuk kembali kepada penghayatan Islam sebagai satu cara hidup serta ditandai dengan bersemaraknya institusi-institusi Islam, kesedaran beragama, protes terhadap sistem sekular pragmatis, kerancakan penerbitan bahan-bahan bacaan Islam dan ia juga menjadi fenomena anak muda kelas menengah di negara Dunia ketiga serta gelombangnya bersifat sejagat.

Bermula pada dekad 1970-an, mengalami penyuburan pada dekad 1980-an dan 1990-an dan pelbagai peristiwa dan kejutan dalam masyarakat dunia terutama hegemoni Barat.

Di seluruh dunia Islam, kebangkitan Islam adalah protes dan fenomena yang memberi impak kepada parti-parti politik dan dasar kerajaan yang memerintah, yang terpaksa akur dengan tututan masyarakat atau pun mengimbangi dengan program penerapan Islam yang berlaku di Arab dan Malaysia sendiri.

Gerakan Islam secara langsung adalah pihak yang paling mendapat keuntungan dengan fenomena ini apabila semakin ramai orang Islam terutama daripada golongan yang muda yang terdedah dengan maklumat dan Ilmu berkaitan dengan Islam.

Kesedaran Islam yang bersifat sejagat juga menyebabkan mereka mulai kritis terhadap dasar dan perjuangan parti pemerintah yang tidak mesra Syariah dan berpegang dengan ideologi yang asing dengan Islam.

"DAIE MUTARABBI MEMIMPIN UMMAH"

:: GENERASI RABBANI : MAMPUKAH KITA?? ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya." surah Ali Imran,79


" Kita semua dilahirkan 'tuk berjaya, kita harus sedari siapa kita, kita semua handal, kitalah juara " Inilah beberapa baris pertama lagu " Generasi Hebat ". Liriknya begitu bermakna, tetapi penulis sedikit terkilan apabila melihat antara acuan untuk melahirkan Generasi Hebat ini ialah Remaja yang dipenuhi dengan Hiburan yang melampau dan pergualan tanpa batasan. Lalu terlintas difikiran penulis, kalau inilah model " Generasi Hebat " yang nak dilahirkan, ibarat mencurah air di atas daun keladi. Jikalau umat islam sendiri tergelak melihat Generasi yang telah lari dari acuan Islam yang sebenar, apatah lagi golongan2 kafir, yang senantiasa ingin melihat Umat Islam semakin jauh dari Al Quran, bertepuk tangan sambil goyang kaki lah mereka melihat pada kejahilan Umat Islam itu sendiri.

Lalu, penulis secara tiba-tiba teringat satu Generasi yang pernah diungkapkan oleh seorang Pemimpian Gerakan Islam sewaktu penulis menghadiri ceramahnya, yang mana Generasi inilah yang paling ditakuti oleh golongan kafir, Generasi yang berjaya buktikan ISLAM itu Hebat, Generasi yang dunianya adalah untuk akhirat...Inilah GENERASI RABBANI dalam kalangan umat Islam. Jadi teman2 semua, Apa dan siapakah GENERASI RABBANI ini? mengapa golongan kafir sangat takut bila Generasi ini wujud? Apakah acuan Generasi ini?

Secara ringkas, GENERASI RABBANI ini ialah generasi yang MEMPELAJARI AL QURAN dan MENGAJARKANNYA. Generasi inilah yang menyebabkan umat Islam hebat di suatu ketika dahulu iaitu Generasi Para Sahabat dan para tabiin dan tabi'tabiin. Kerana ape? Acuan mereka bukanlah santapan hiburan dan perkara2 maksiat, tetapi petunjuk manusia itu, iaitu AL QURAN sebagai acuan panduan hidup mereka. Mereka sebulat hati yakin dan percaya bahawa hanya Al Quran dan undang-undang Allah sahaja yang menjadikan mereka hebat, bukan sahaja di kaca mata golongan kafir, bahkan disisi Allah sendiri.


Tetapi kini, generasi itu hilang.Mengapa generasi ini hilang? Ini semua adalah angkara kafir laknatullah..mereka telah menjauhkan umat islam sekarang dengan menanamkan penyakit yg telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. yang akan menjangkiti umat akhir zaman..iaitu CINTAKAN DUNIA DAN TAKUTKAN MATI. Mereka telah menanamkan penyakit ini dgn menggunakan teknologi-teknologi terkini dan pelbagai alat hiburan. Tv, radio, internet dan media massa. Mereka memang ingin melenyapkan generasi ini sebagaimana firman Allah dalam surah ke-41 ayat ke-26:

Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur'an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).

Inilah yang menyebabkan umat Islam sekarang lemah. Kalau dulu Islam sangat disanjungi,dihormati dan digeruni..tetapi sekarang umat Islam dihina sesuka hati. Dulu para sahabat cintakan akhirat, sanggup mati demi agama untuk syahid mendapatkan syurga.Inilah yang menyebabkan mereka hebat. Hanya takut kepada Allah,terbalik dengan Umat islam sekarang.

Umat Islam sekarang,CINTA DUNIA. Hidup mereka hanya untuk dunia. Takut untuk mati kerana takut kehilangan dunia yang kononnya indah di pandangam mata mereka. Kerana itu,mereka takut untuk menegakkan kebenaran,takut untuk mengamalkan sunnah, takut untuk mengamalkan islam yang sebenar. Mereka takut,jika mereka melakukan semua ini, mereka akan kehilangan harta,pangkat, pekerjaan dan juga rezeki. Para ustaz dan ustazah takut utk menegur kerajaan kerana takut dipecat, orang takut mengamalkan sunnah kerana takut digelar pengganas. Golongan MAHASISWA, yang dipandang tinggi oleh masyarakat pula membisu mati dek sedikit gertakan dari pihak pentadbiran. Secara ringkasnya,mereka takut kepada manusia! Bukan Allah, pencipta manusia!

Sedarlah umat Islam..agama kita sekarang diperlekeh orang..mereka menghina nabi..membunuh rakyat palestin,iraq dan banyak lagi umat islam di serata dunia. Mereka diseksa dan dibunuh dengan kejam. Tetapi kita di sini hidup dengan aman tanpa sebarang tekanan. Bebas mengamalkan agama islam tercinta ini.Tetapi benarkah Islam di Malaysia ini selamat? Jika rakyat palestin dan iraq menentang dan mati,insya-Allah mereka akan syahid dan masuk syurga. Tetapi bayangkan jika kiamat tiba-tiba berlaku,apakah umat islam di Malaysia akan terselamat dan masuk syurga seperti mereka? Fikirkanlah…

Sekarang kalau kita keluar ke masyarakat..kita dapat lihat bermacam-macam gejala sosial dan maksiat yang berlaku. Yang lebih teruk..rata-ratanya berlaku di kalangan umat Islam kita ini sendiri. Maksiat dilakukan terang-terangan,tanpa segan silu, malah sebahagiannya berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Langsung tidak berasa salah dengan apa yang dilakukan.

Sekarang maksiat berleluasa. Sana-sini terdapat lelaki perempuan yang berkepit, berjalan-jalan di kompleks membeli-belah laksana suami isteri bahkan lebih dari itu. Yang berzina juga tidak kurangnya. Kelahiran anak luar nikah semakin banyak dan tidak terkawal.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" Al-An'am,32.

Kalau yang kita lihat sekarang adalah remaja Islam, maka bayangkan 5-7 tahun lagi..mereka ini akan menginjak dewasa! Ya,kita akan dikelilingi oleh mereka yang pada zaman remajanya pernah berzina, minum arak dan macam-macam lagi perkara yang tak terbayang dek kepala otak kita. Mereka ini akan bernikah, dan berkeluarga serta bekerja. Boleh anda bayangkan kita dikelilingi oleh masyarakat2 yang seperti ini? Saidina Umar Al-Khattab berkata..kalau nak lihat kekuatan sesebuah negara, lihatlah keadaan remajanya sekarang. Bagaimana remaja kita?


Kebanyakkan Umat Islam rata-ratanya bukan tidak tahu tentang pahala dan dosa. Mereka tahu tetapi buat-buat tak tahu kerana ingin melakukan apa yang disukai oleh hawa nafsu mereka. Allah berfirman dalam surah Aj-jasiah,surah ke 45 ayat ke 23,

”Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan ilmu yang mereka ada. Dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya. Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Megapa Kamu tidak mengambil pengajaran?”

Lihat..ayat Allah jelas,mereka bukan tidak berilmu,tetapi sengaja menuruti hawa nafsu. Lalu Allah sendiri MENYESATKAN mereka! Nauzubillah!

Sedarlah teman-teman Remaja Islam semua..umat islam kini semakin teruk,sangat teruk. Mereka tidak lagi takut kepada dosa dan pahala. Tugas kita sebagai seorang muslim untuk mengingatkan mereka. Ini adalah untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-A’raf,surah ke-7 ayat ke-164.

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Allah juga memerintahkan kita untuk sentiasa memberi peringatan kepada orang yang beriman

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."- surah fussilat ayat ke 55.

Jadi..tugas kitalah untuk MENGUBAH MASYARAKAT, MEMBINA MASYARAKAT dan akhirnya menahirkan kembaliGENERASI RABBANI. Imam Hassan Al-Hudhaibi pernah berkata..”Tegakkanlah daulah islam di dadamu, nescaya ia akan tertegak di negaramu”. Maksudnya..kalau kita nak kembalikan kegemilangan islam, pertamanya, tegakkan islam dalam diri kita dahulu. Kalau setiap orang telah tertegak islam di dadanya, sudah terbinalah negara islam. Bukan susah pun. Apa yang kita kena buat, sedarkan kawan2, adik2, abang2 dan kakak2 kita. Macam mana nk buat? Ceritalah apa yang kita paham mengenai keadaan masyarakat sekarang. Hidupkan kempen 1H1N ( 1 Hari satu 1 Nasihat ) di status2 facebook anda seperti yang penulis pernah sarankan dulu. Moga dengan itu mereka tersedar dan ingin mengubah diri.

Kalau anda yang sedang membaca ini tak mahu mengambil tahu, rasa tak perlu nk susah pikir pasal org lain, terserah. Jika kita kedekut untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta untuk menyedarkan masalah umat ni, kita yang rugi. Firman Allah :

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)."(Surah Muhammad, surah 47, ayat 38)

Jadilah pemuda yang berjiwa seperti Ali b.Abi Talib, Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhammad Al-Fateh, seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, dan ramai lagi tokoh-tokoh gerakan Islam yang menjadikan jiwa remaja mereka segala-galanya untuk Islam..Sudahlah dengan kelekaan dunia kita,marilah kita leka pula dengan akhirat dan ingatlah firman Allah dalam surah Luqman ayat 33,

"Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah."

Allah akan menggantikan kita yang kedekut ini dengan satu generasi yang tidak akan kedekut macam kita. Mereka ini lebih menyintai Allah dan agamaNya lebih daripada kita dan Allah juga menyintai mereka. Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Maidah,, ayat 54)

Jadi sedarlah wahai umat Islam!! Sedarlah Remaja Islam!! Kalau bukan kita yang akan mengembalikan Islam, siapa lagi!!?? Mulakan dengan diri kita! Ya, diri kita! Para sahabat dahulu telah membuktikan mereka mampu menegakkan islam. Mereka juga remaja. Mengapa tidak kita? Sebenarnya kita mampu untuk bergelar GENERASI RABBANI..Kita Boleh!!

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: APA PERSAMAAN GURU, PEMERINTAH, ULAMA? ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua....

16 Mei seringkali mendapat perhatian, terutamanya bagi golongan PENDIDIK a.k.a. GURU. Mengapa? Kerana pada tarikh inilah MEREKA akan dirai dan dihargai atas segala usaha dan jasa MEREKA dalam MENDIDIK, terutamanya anak-anak bermula di bangku sekolah hinggalah menjejakakan kaki ke Menara Gading. Inilah hari yang di namakan HARI GURU. Tinggal 2 hari sahaja lagi, kita akan meraikan PERAYAAN HARI GURU ini. Jadi, di kesempatan ini penulis ingin berkongsi dengan teman semua berkenaan dengan satu tajuk iaitu " APA PERSAMAAN GURU, PEMERINTAH, ULAMA?.

Sebagai pendahuluan, suka untuk penulis memperbetulakan sedikit pandangan kita terhadap GURU. Bila berbicara mengenai GURU, kita seringkali didoktrin dan disempitkan pemikiran oleh fahaman-fahaman liberal yang mengatakan bahawa GURU itu hanyalah manusia yang mengajar mata-mata pelajaran di sekolah. Tidak lebih daripada itu. Inilah fahaman ataupun pemikiran yang perlu kita perbetulakan, lebih2 lagi Zaman Mutakhir ini.


Sepatutnya, sebagai seorang MUSLIM, kita haruslah memahami maksud dan peranan sebenar GURU a.k.a. PENDIDIK ataupun istilah yang paling tepat lagi ialah ULAMA' dalam proses untuk mendidik masyarakat. Sesuai dengan sepotong hadith Nabi SAW yang bermaksud: " Ulama adalah Pewaris Nabi ". Jadi, ringkasnya, GURU yang MUSLIM ataupon ringkasnya ULAMA sepatutnya berperanan untuk menyambung Risalah dan Perjuangan Nabi-nabi terdahulu dalam mengajak umat manusia untuk kembali kepada Allah. Inilah sepatutnya di tanam dan dipasakkan dalam Pemikiran dan Pemahaman sebagai seorang GURU.

Tetapi, Dewasa ini, Guru tidak lagi di anggap sebagai seorang ULAMA'. Bila diungkapkan GURU, maka secara automatik terlintas di fikiran masyarakat bahawa peranan mereka hanyalah berkisar dalam mendidik anak-anak tentang perkara-perkara Duniawi. Lain pula status yang dilabelkan ke atas seorang ULAMA' . Hari ini, ULAMA' hanyalah dikenali sebagai suatu golongan yang ekstrem ataupon lebih dikelai sebagai panggilan USTAZ, yang hanya berkuasa untuk berbicara mengenai perkara-perkara asas Agama. Bila menyentuh soal Pemerintahan, undang-undang Negara, Muamalat dan Munakahat, ULAMA' ini diketepikan atas alasan bahawa Pemikiran ULAMA' adalah pemikiran jumud dan ketinggalan zaman. Inilah realiti yang berlaku dala masyarakat kita sekarang.


Suka untuk penulis memberikan sedikit gambaran siapakah ULAMA'. Ringkas, ULAMA' ini adalah golongan Manusia yang fakih atau faham dalam sesuatu bidang yang diceburi secara mendalam, tidak hanya disempitkan kepada golongan2 yang mengajar Agama shj. Contoh ringkas, dalam Bidang Perubatan, Sebenarnya seorang Specialist ataupun Pakar Perunding boleh di katekan sebagai seorang ULAMA' kerana mereka sudah faham secara mendalam dalam ilmu Perubatan. Tetapi malangnya, kita sudah didoktrinkan bahawa fahaman2 yang salah.


Sebagai contoh, IBNU SINA, yang dikenali sebagai Bapa Perubatan. Mengikut sejarah asalnya, IBNU SINA dikenali sebagai seorang ULAMA' pada suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan AL FABI dan IBNU RUSH. Mereka semua diiktiraf sebagai ULAMA' oleh masyarakat pada ketika itu. Tetapi mengecewakan, dasawarsa ini, IBNU SINA hanyalah dikenali sebagai seorang Cendiakawan Islam, bukan lagi seorang ULAMA' yang hebat yang berperanan untuk meyeru Manusia menyembah Allah.


Jadi, sebagai seorang ULAMA' @ GURU @ PENDIDIK, ataupun lebih-lebih lagi sebagai seorang PEMERINTAH negara yang mempunyai kuasa untuk mengubal undang-undang Negara sepatutnya mempunyai ILMU yang tinggi kerana merekalah golongan yang sepatutnya menyebarluaskan Agama Islam yang sebenar, bukan mencipta sesuatu undang-undang baru yang diterima logik akal, tetapi jelas bertentangan dengan Syariat ISLAM. Sebab itu, ILMU memainkan peranan penting dalam kehidupan Manusia. Tanpa ILMU manusa akan sesat selama-lamanya. Pernah diumpamakan Manusia yang tiada ilmu ibarat manusia yang sudah mati dalam kehidupan Dunia kerana ILMU lah memainkan peranan penting dalam susun atur kehidupan dan Pemerintahan Negara.


Atas dasar inilah Manusia dituntut untuk mencari seberapa banyak ILMU kerana dengan adanya ILMU, kita mampu untuk mengeluarkan pandangan yang selari dengan Ajaran ISLAM. Jikalu tidak, lebih berdiam diri, sesuai dengan Hadith Nabi SAW yang bermaksud :

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( RW BUKHARI & MUSLIM )
“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)

Suka untuk penulis membawa satu contoh REALITI yang baru sahaja berlaku dalam Negara kita bilamana Golongan Pemerintah yang mempunyai Kuasa tetapi Jahil dalam memahami ILMU ISLAM, bahkan menolak pandangan ULAMA' sendiri. Pada 6 Mei yang lalu, kita dikejutkan dengan suatu Cadangan dari Pihak Kerajaan, melalui Menteri Kewangan Malaysia yang mencadangkan Suatu bentuk Judi Halal, kononnya untuk membanteras Perjudian Haram yang berleluasa dalam Negara iaitu Judi Pertaruah Sukan Piala Dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Kelmarin, Kabinet Perdana Menteri mengumumkan secara rasmi KELULUSAN lesen Pertaruhan Bola Sepak semasa berlangsungnya temasya Piala Dunia bulan depan. Na'uzubillah...Tersentak penulis mendengarnya...

Dalam satu Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak, JUDI, memuja berhala dan bertenung nasib adalah daripada amal perbuatan Syaitan, maka hendaklah dijauhi”.
Al-Maidah ayat 90

Jelas, Dalam Al Quran yang Mulia, Kalam Allah Azza Wajalla, Petunjuk kepada Manusia
MENGHARAMKAN JUDI..!!!. Tetapi, ugutan Allah ini hanya di pandang enteng dan jelas menunjukkan bahawa mereka tidak takut dengan balasan ALlah.Inilah yang berlaku apabila akal manusia melangkui wahyu Allah. Cuba untuk mengeluarkan sesuatu pandangn tetapi JAHIL tentang ISLAM. Disinilah peranan GURU atau ULAMA' diperlukan untuk memperbetulkan Masyarakat agar tidak terus terpesong dari memahami Ajaran ISLAM yang sebenar.

Tetapi Lain pula ceritanya bila mana ULAMA' bersuara. Dikritik dan dibidas habis-habisan ideal mereka kononnya Jumud dengan kehidupan Zaman sekarang sehingga Munculnya
SEORANG DAJJAL MANUSIA yang bertopengkan SYAITAN dengan beraninya mengeluarkan pengakuan untuk MEMBUNUH ULAMA' terbesar Malaysia...Allahuakhbar.... Apa nak jadi dengan Masyarakt kita hari ini. Atas dasar inilah, perlunya beberapa kombinasi golongan bagi mewujudkan kemakmuran dan keberkatan dalam mentadbir bumi,

" Terdapat 4 tunjang utama dalam memastikan keberkatan dalam mentadbir bumi iaitu 1) Pemimpian atau Pemerintah yang Adil dalam semua perkara, 2) Keberkatan Ulama, 3) Kepemurahan Orang2 Kaya, 4) Doa Orang Fakir."



Inilah 4 komponen asas dalam mentadbir sesuatu Negara. Jelas semua perkara di atas semakin hari semakin hilang dalam masyarakat kita. Paling jelas ialah ULAMA' kita dihina dan dimaki sehebat-hebatnya. Dimana akhlak kita sebagai seorang MUSLIM yang sepatutnya menyanjungi Golongan ULAMA ini? Kita perlu sedar bahawa, ULAMA' adalah Manusia yang paling Hampir dengan Allah.


Jadi, sebagai penutup bicara, penulis menyeru kepada diri penulis sendiri dan teman2 agar sama2 kita mendampingi Golongan2 ULAMA' ini dalam apa jua bidang sekali pon, yang paling penting bila mana ULAMA-ULAMA AGAMA mengeluarkan pandangan, terimalah seadanya kerana mereka lebih arif tentang Agama ini. Bilamana adanya permasalahan yang berlaku, teruslah rujuk dan berbincang dengan orang selayaknya, bukan kita bertanyakan pada Orang2 yang Jahil tentang bidang itu kerana kelak kita aka menyesal.

Sayangilah ULAMA, GURU, PENDIDIK dan PEMERINTAH NEGARA selagi mana Mereka Melaksanakan Hukum-hukum ALLAh, tetapi , AWAS untuk golongan Pemerintah yang berperangai seperti di atas, jangalah kita menghukum, sebaliknya ajaklah mereka untuk kembali menghayati ILMU dengan sebetulnya, mudah-mudahan Rahmat Allah sentiasa bersama-sam dengan kita.

" SELAMAT HARI GURU BUAT WARGA PENDIDIK SEMUA "

p/s : Entry ini adalah ringkasan separuh Khutbah Jumaat tgharie td, 14 mei 2010 yang telah disampaikan oleh Ustaz Zulkifli Ahmad, Ulama yang telah banyak membantu penulis memberi kefahaman sejak bergelar ahli Harakah islamiyyah.Ketika penulis mendakap dan mencium Utaz Zul td, datang seorang jemaah dengan mengatakan " Saya kagum dgn Ustaz..Saya kagum dengan Ustaz...Saya kagum dengna Ustaz..." 100% Penulis setuju dengan ucapan jemaah itu tadi...Moge Ustaz Zul dipanjang Umur untuk terus memberi kefahamn yang sebenar kpd Masyarakt...

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

:: KEMBARA KASIH : PART 2 ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua.......

"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (an-Nahl : 125).



“Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang emereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) TuhanMu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada ajaln yang lurus." (al-Hijr : 67)


" BERBAKTI SELAGI MAMPU "