ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Dinner oh Dinner

“Seronoknye nak dinner…boleh pakai baju lawa2…makan sedap2..tempat yang grand…menteri pon datang…”

“Dinner setahun sekali je kot…time ni lah nak melaram…nak menonjolkan bakat yang terpendam...

“Yuhuuu…tak pernah pon dapat tgok budak2 kolej…boleh usha….cuci mata….mne tau dapat cari jodoh tyme ni..hehehe…

Itulah antara dialog yang sering terlintas dalam hati masing-masing mahupun yang dalam perbualan seharian kita menjelang dinner yang bakal diadakan. Tidak dinafikan memang seronok dan ada yang tidak sabar menanti hari tersebut. Sememangnya dalam kehidupan kita sebagai pelajar perubatan mahupun kejururawatan, kita meme

rlukan sedikit masa untuk berhiburan seperti yang disarankan dalam Islam. Artikel kali ini memberi sedikit sebanyak panduan untuk anda

berhibur sambil beribadat. InsyAllah....



AURAT DAN PERHIASAN

Surah Al-A’raf ayat 26:


”Hai anak keturunan Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepada mu pakaian untuk perhiasan. Dan perhiasan taqwa adalah yang paling baik.”


Surah An Nur ayat 31:


”katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.”


Surah An-nisa’ ayat 34:


”lelaki itu pelindung bagi perempuan......”

àkaum lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita

à lelaki perlu menjaga iman mereka sendiri dan tidak perlulah menyalahkan wanita jika merasakan wanita lah penyebab kurangnya iman mereka.


IKHTILAT/PERGAULAN BEBAS

Panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

1) Niat


Mestilah diniatkan kerana Allah.

2) Matlamat


Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan

di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

3) Cara / Method


Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
i) menjaga pandangan
ii) memelihara aurat
iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
iv) mengawal gerak geri agar berpadanan

dengan tujuan
v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja



Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi


Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."


"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."



1 comments:

Anonymous said...

tahniah atas usaha saudara dalam memperingati teman2 seperjuangan..
persoalannye di sini,sejauh mane seseorang itu boleh berubah hanya untuk dinner ini semata2..??
contohnye,,dia tidak begitu menjaga auratnye samada di dalam atau di luar kampus..
mampukah dia untuk berubah semata2 untuk dinner..??
dan adakah ini hipokrit bg seseorg itu??
apakah niat sebenar seseorg itu hanya dia dan Allah SWT shja yg tau..yg penting niatnye tidak pernah serong..
masyaAllah..
dia mmg ingin sgt berubah..cuma pintu hatinye belum terbuka..
artikel ini sedikit sbyk mnyentuh hatinye tetapi dia tidak mahu berlaku hipokrit..
hipokrit bukan sifatnye..apakah harus dia lakukan??dinner lg 2 hari je kan??