ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Siapa kata hiburan tak boleh dalam ISLAM??



Sahabat-sahabat sekalian...

Islam membenarkan manusia untuk mengambil sedikit ruang masa untuk berhibur dan bergurau senda kerana itulah fitrah manusia. Imam Muslim meriwayatkan satu cerita tentang seorang sahabat Nabi bernama Hanzalah


‏وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنْ ‏ ‏لَوْ تَدُومُونَ عَلَى مَا تَكُونُونَ عِنْدِي وَفِي الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمْ الْمَلَائِكَةُ عَلَى فُرُشِكُمْ وَفِي طُرُقِكُمْ وَلَكِنْ يَا ‏ ‏حَنْظَلَةُ ‏ ‏سَاعَةً وَسَاعَةً ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Bermaksud: Demi jiwaku yang berada di tanganNya. Sesungguhnya sekiranya kamu berterusan dengan kelakuan kamu ketika bersamaku dan berterusan dalam keadaan zikir, tentu para Malaikat Allah akan bersalam-salaman dengan kamu di tempat pembaringan dan di jalanan kamu. Tetapi wahai Hanzalah, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya, ada ketika-ketikanya (baginda mengulanginya tiga kali)


Justeru hadis di atas menjelaskan kepada kita kewujudan sifat fitrah manusia yang inginkan sedikit masa untuk menghiburkan hati. Ibn Qayyim berpendapat, setiap orang perlu mendapatkan ruang yang cukup untuk menghiburkan hati dan berehat untuk menghilangkan kepenatan dan keletihan, memperbaharui kecergasan dan daya kerja dan memperkuatkan tenaga untuk bergerak.

Namun begitu sahabat yang dikasihi sekalian...

Matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (surah Az Zariyyat :56)

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

ISLAM VS HIBURAN.....

Macam tak kena jer...TAPI....

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM
1- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah.

“Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”.(Hadis Riwayat Muslim)

2- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

“Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).”(Hadis Riwayat Tarmidzi)

3- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya. Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:

“Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.”(Hadis Riwayat Baihaqi)


INGATLAH TEMAN- TEMAN YANG DIREDHAI ALLAH.....

Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman:

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.”(surah Al Lukman :6)

1 comments:

Miftahulasrar said...

'andai ku tahu...kapan tibe ajalku...izinkan aku..mengucap kata taubat padaMu...' AstaghfiruLlahal a'dzhiim...syukron adik...moga same2 beroleh peringatan...; ]