ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Hijrah dan Pengorbanan..



Salam sayang buat semua pembaca Blogger...pada entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai Hijrah. Saya yakin dan percaya sidang pembaca sekalian sudah biasa mendengar perkataan ini.


Mungkin kita memahami pengertian Hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah S.A.W. melalui peristiwa berhijrah dari Mekah ke Madinah. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, iaitu keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada dalam lingkungan rahmat dan keredhan Illahi. Allah s.w.t berfirman di dalam surah Ar. Ra'd ayat 11 yang bermaksud:


"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Setiap kali ada isu perubahan, baik dalam organisasi pemerintahan, keluarga ataupon yang lebih penting ialah perubahan dalam diri kita kearah yang lebih bai. Tetapi, masalahnya siapa mengorbankan siapa akan selalu menghantui. Persoalan inlah yang biasa menghantui diri kita sebab kadang2 kita tidak mampu untuk berdepan dengan perubahan yang kita lakukan.

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia terus istiqamah ataupon berterusan, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.

Sesungguhnya sekiranya Islam itu hanyalah berkisar di atas sembahyang, puasa sahaja maka hijrah tidak akan berlaku kerana kedua-duanya dapat dilakukan di dalam rumah masing-masing., di tempat tertutup. Tetapi oleh kerana Islam melibatkan pembetulan-pembetulan sana-sini, penyusunan semula masyarakat, sampai ke peringkat mengerah bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan, maka wajarlah umat Islam menjadikan hijrah sebagai titik renungan supaya Islam hari ini bertaraf sebagaimana yang pernah ditunjuk dan diajar oleh Nabi kita melalui peristiwa hijrah

Jom kita hayati kartun dibawah ini.Mudah-mudahan dapat memberi semangat utk kita melakukan perubahan dalam hidup kita.



0 comments: