ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Gym,nape ko wat blog erk?


"Gym,nape ko wat blog erk?" - Itulah persoalan yang pernah di ajukan kepadaku daripada seorng sahabat setelah hmpir 2 bulan berkecimpunan dalam arena blogger ini..agak2 ape jwpn yang aku berikan erk? Pernak jgk aku ajukan persoalan yang sama kpd ahli blogger yang laen. Antara respon yang diberikan dpat aku list kan kat bwh nie :-

  • nak isi waktu free la..dah x tau nak wat per,baik p nyonteng dalam blog
  • ntah, cam best aku tgk org yang dah ade blog tu.Bley jugak gtau xtvty idop aku
  • blog nie umpama diari idop aku la..nak citer perjalanan idop
  • spya org len dapat knal aku
  • nak latih menulis kuarkan artikel yg best

Dalam dunia nie, kita di sajikan dengan pelbagai bentuk perbezaan dan kelainan, bukan sahaja dalam segi penciptaan alam semesta ini, malah penciptaan manusia sendiri yang mana kita bley lihat dengan kedua pancaindera kita mempunyai seribu satu kelainan. Ade lelaki,ade perempuan,ade kanak2, ade orang tua,ade yang comel,ade yang encem. Itulah sebenarnya Kehebatan dan kekuasaan Allah jikalau kita menggunakan akal untk berfkir.

Maka, tidak hairan lah pelbagai jawapan yang aku terima soalan kenape anda menulis blog. Itulah kita dimana bebas mengeluarkan pendapat mengikut apa yang kita rase betul. Tetapi bagi aku,mengapa aku terjun dalam dunia ataupun pentas blogger ini adalah tidak lain tidak bukan, sepertimana yang aku pernah menulis pada artikel pertama di awal pembikinan blog ini ialah untuk memberi sumbangan pada ISLAM.

Wujudnya blog ini sebagai satu tanda baru atau permulaan aku dalam mencari redha Allah yang Esa. Bukan tidak mengenal siapa Tuhan, tetapi penulisan ini untuk membetulkan pandangan, meluruskan pemikiran dan mencambahkan idea dan ilmu pengetahuan tentang Agama Tuhan ini,ISLAM yang aku Cintai. Dalam penulisan ini, aku mengharapkan bantuan dan keredhaan Allah sepertimana maksud sebuah hadith Sahih

“Sesiapa yang Allah inginkan pengetahuan baginya, Allah akan memahamkan dia kepada Agama.”


Doa aku panjatkan agar sentiasa diberi petunjuk dan sentiasa melindungi aku dah juga masyarakat setempat dari kesasatan dan kebatilan yang nyata.

0 comments: