ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: TERIMA KASIH SAHABAT2 KU ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.."


Jazakallahhukhairunkathiroh, Syukron dan Terima kasih. Inilah antara perkataan yang penulis dapat ungkapkan untuk ditujukan khas kepada SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN penulis tatkala penulis sedang bersedih setelah diuji oleh Allah beberapa hari yang lepas kerana mampu mengembalikan semula senyuman dan gelak ketawa penulis seperti sedia kala. :) walaupon tidak lah cumel, tapi cute la jugak bila penulis senyum..kan? ( angkat bakul nie..hehe :) ) Bukan setakat memberikan semangat dan dorongan kepada penulis untuk melupakan apa yang di alami, tetapi apa yang menyebabakan penulis terharu, adanya dalam kalangan mereka yang cube untuk mengetahui hal yang sebenar.

Penulis memohon maaf kerana hasrat anda semua tidak dapat penulis penuhi. Biarlah ia menjadi rahsia antara penulis dan Allah.Tetapi, apa yang penting sekarang, penulis sudah mampu untuk senyum kembali. Terima kasih Allah atas ujian yang Engkau hadapakan kepada penulis. Alhamdulillah, besar ibrahnya @ pengajaran daripada peristiwa tersebut. Secara tidak lansung dapat mematangkan pemikiran penulis untuk lebih bersedia dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai Khalifah Allah.




" Ai, macam tuju kat aku je nie..comfirm...!!! " bisik hati kecil penulis sebaik sahaja mendengar Tazkirah ringkas sebelum memulakan Study group semalam. Nak tahu ape pengisian? Jom layan...

Nasihat Ali bin Abi talib ra :
" wahai anak adam, janganlah keterlaluan gembira dengan kekayaan janganlah keterlaluan berputus asa dengan kefakiran, janganlah berduka dengan bencana, janganlah bersenang dengan kelapangan kerana emas itu diuji dengan api. Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. sesungguhnya engkasu tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan kecuali dengan bersabar meninggalkan sesuatu yang engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang engkau tidak sukai. Kerahkan segenap kemampuan untuk memelihara yang difardhukan. "

Ha, itulah pengisian yang telah disampaikan oleh seorang sahabat penulis semalam. Tidak perlu kot untuk penulis mengupas sebab sudah terang lagi bersuluh apa yang hendak disampaikan. Cumanya, sebaik mendengar dan membace ayat-ayat ini "
Seorang hamba yang soleh diuji dengan bala. sesungguhnya engkasu tidak akan mendapatkan apa yang engkau inginkan kecuali dengan bersabar meninggalkan sesuatu yang engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita-citamu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang engkau tidak sukai", penulis hampir mengalirkan air mata..huu.Betul-betul terasa, tapi nasib la dapat control, klu tak, tak macho la beb menangis depan Muslimat..hehe :)

Berani jugak erk engkau, orang len YM jer, engkau face-to-face...hehe :) jangan risau, penulis tak marah pun:) . Walaupon tidak ditujukan khas kepada penulis sebab menurut pentazkirah, sekarang nie waktu semua orang tengah sedih2, so semua orang tu termasuk lah penulis...kan?? :) Terima kasih sekali lagi sebab berjaya menambahkan lagi kekuatan kepada penulis untuk terus bergerak kehadapan mengejar cita-cita kita bersama sebagai Doktor Mukmin Professional..InsyaAllah..



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Khas penulis tujukan kata-kata di bawah kepada SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN sekalian...terimalah, ikhlas dari Sahabatmu, Saif Al Nidham.....

Wahai Sahabat terima kasih atas segala kebaikan akhlaqmu, terima kasih atas segala nasihat-nasihatmu, terima kasih atas segala semangat dan dukungan yang senantiasa kau berikan kepadaku, terima kasih atas segala peringatanmu, terima kasih atas segala waktumu, terima kasih karana sudi menjadikan diri ini sebagai sahabatmu, terima kasih atas segala yang kau berikan untukku, terima kasih untukmu sahabat.

Wahai Sahabat tetaplah menjadi sahabatku, yang senantiasa menasihatiku, yang senantiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan keluh kesahku, yang senantiasa memberiku semangat, yang senantiasa memberi semangat untuk selalu maju menjadi yang terbaik, yang senantiasa mengingatkanku disaat aku lalai.


Wahai sahabat kutahu banyak kesalahan yang tanpa kusadari dan tanpa kusengaja telah kulakukan dan kutahu pula banyak kekeliruan yang tanpa sadar telah terlontar dari lisanku yang mungkin tanpa kutahu telah menyinggung dan menyakiti perasaanmu, sahabat kuharap maafmu atas segala kesalahan dan kekeliruan yang telah kuperbuat. Maafkanku Sahabat


Ya Allah jagalah sahabat-sahabatku, lindungilah kami dengan perlindunganMu, kuatkanlah hati kami agar selalu teguh berada dijalanMu, kuatkanlah iman kami dengan segala anugerahMu, kuatkan ruh kami dengan ruhMu, Ya Allah izinkanlah kami kelak bisa bertemu di surgaMu. ....
Terima kasih Sahabat

sahabatku
indahnya dunia dapat dilihat dengan mata
indahnya hati tak semua orang dapat merasa
indahnya cinta tak semanis namanya
tapi indahnya persahabatan tak ternilai harganya

ALLAH mmg MAHA ADIL kerana……
DIA jadikan sahabat tanpa”TANDA HARGA”
sebab jika DIA buat begitu…….
saya tidak mampu untuk membeli
TEMAN yang tidak ternilai harganyer mcm……….
”KAMU SEMUA”………………….

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

2 comments:

redsugarpaper said...

masuk bakul..pecah bakul..hahaha

saif al nidham said...

bakul pecah, beli baru..ape susah..
pastu masuk balik..haha...