ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: APABILA IMAN MENGATASI SEGALANYA ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua.....

Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.

(Surah an-Nisaa: Ayat 136).


Ada satu kisah yang diceritakan oleh Ummu Salamah RA, isteri Baginda SAW. Satu cerita yang membuktikankan betapa IMAN dapat membentuk manusia dari seorang yang jahat kepada seorang yang baik, betapa IMAN dapat menukar manusia daripada seorang yang rakus kepada seorang yang tidak rakus, betapa IMAN dapat mengubah manusia yang mementingkan diri sendiri dan suka mengambil hak orang lain menjadi seorang yang adil dan saksama.

Diceritakan terdapat 2 orang laki-laki yang sedang bertengkar mengenai harta, masing2 mengatakan bahawa harta itu adalah kepunyaan mereka tanpa ada bukti yang jelas, hanya dengan hujah dan dakwaan sahaja. Berkata seorang laki2 itu kepada seorang lagi " ini adalah hak aku" . Seorang lagi pula menafikan kenyataan itu dan mengatakan bahawa harta ini adalah kepunyaanku. Lalu kedua2 lelaki ini mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Baginda SAW sedangkan dalam jiwa mereka hanyalah memikirkan hanya die yang berhak memiliki harta itu.

Setelah berjumpa dan menjelaskan perkara yang berlaku kepada Baginda nabi SAW dan mendengar kedua2 hujah mereka, Nabi tidak mampu berbuat apa2 melainkan Baginda berbisik ke telingan mereka seraya berkata


" Sesungguhnya, Aku hanyalah manusia biasa dan kamu meminta keputusan daripadaku. Boleh jadi seorang lagi pintar dan pandai berbicara daripada seorang lagi dan mampu menjadi alasan untuk menjadikan harta itu menjadi miliknya.Maka aku akan memberikan harta ini kepada orang yang pandai pintar yang pandai berbicara dengan hujah2nya. Maka dialah yang akan mendapat harta itu, tetapi ingat, aku memberikan harta itu bersama sepotong bahan dari api Neraka."

Setelah mendengar ucapan Baginda, lalu gementarlah hati kedua2 laki2 itu.Terus salah seorang daripada mereka berkata " tak pe la, berilah harta ini kepada lelaki itu " . Dan lelaki yang seorang lagi juga berkata " tak pe la, kamu ambillah harta ini" . Lalu Baginda nabi bersabda, " Bahagilah harta ini secara adil dan ambillah mengikut hak masing2 "...

Inilah KEADILAN ISLAM. Inilah yang berlaku bilamana IMAN mengatasi segala-galanya. Mereka faham selagi mereka itu ISLAM, maka mereka tidak dapat tidak perlu meletakkan ALLAH mengatasi daripada kepentingan diri sendiri..


Tetapi hari ini kita lihat, perkara ini sukar untuk diaplikasikan. Hanya mengaku beriman kepada Allah, tetapi tidak meletakkan Allah segala-galanya. Mengambil hak seseorang sesuka hati tanpa disoal siasat dan lebih malang lagi mempunyai agenda dan kepentingan diri sendiri. Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita...
Jikalau IMAN itu menjadi asas kepada kehidupan ini, nescaya KEADILAN yang sememangnya cantik dan indah dalam ISLAM dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kuasa, pangkat dan kedudukan seseorang.

Diceritakan lagi, Amru al As, seorang Gabenor Mesir yang memiliki Istana yang begitu indah dan cantik, tatkala melihat tanah lapang yang berada di depan Istananya, yang hanya mempunyai sebuah pondok buruk, ingin mendapatkanya untuk mendirikan sebuah Masjid agar keagungan ISLAM dapat dipamerkan..


Lalu Gabenor ini berjumpa dengan pemilik tanah tersebut, yang merupakan seorang yahudi dan terus menyatakan hasratnya. " Pak cik, saya nak beli tanah pak cik nie, pak cik letaklah berapa harganya, saya sanggup bayar 5 kali ganda daripada harga itu." Lalu pak cik itu menjawab " Mintak maaf nak, aku tidak sanggup untuk menjual tanah ini kerana ini adalah tanah pusaka yang ditinggalkan kepadaku. Walaupon aku seorang yahudi, tatapi ini amanah kepadaku. " .

Sebaik mendengar jawapan pak cik itu, terus Amru Al As berkata " xpe pakcik, kalau pakcik tak nak bagi secara lembut, saya akan rampas secara keras". Terus Amru al As memerintahkan pekerjanya merobohkan pondok buruk itu dan mendirikan Masjid idaman beliau.
Sedih melihat tanahnya dirampas oleh Gabenor, terus pak cik ini pergi ke madinah untuk berjumpa dengan Saidina Umar al Khattab.

" Wahai Amirul Mukminin, tanah saya telah dirampas oleh Amru al As untuk didirikan masjid." . lalu Umar bertanya, " Adakah ini betul? " " Ya, jawab pakcik tua itu. Lalu Umar mengambil tulang dan mengeluarkan pedangnya lalu menulis satu huruf di atas tulang tersebut lalu diberikan kepda pakcik itu. " Wahai pakcik, ambillah tulang ini dan setibanya kamu di Mesir nanti, berikan kepada Amru al as" . Pelik dan hairan pakcik ini tetapi die patuh kepda arahan Umar.


Setibanya die di Mesir, terus die berjumpa dengan Amru al As dan memberikan tulang itu tadi dan mengatakan bahawa ini adalah daripada Umar. Tatkala melihat huruf yang ada pada tulang itu, lantas Amru al as memerintahkan tenteranya supaya segera memberhentikan kerja2 pembinaan Masjid itu dan mengeluarkan arahan supaya mendirikan semula pondok kepunyaan pakcik ini dan mengembalikan tanah itu kepadanya.

Sekali lagi pakcik ini hairan lalu bertanya pada Amru al As " Wahai Gabenor, apa yang hebat sangat pasal tulang tu? " Jawab Gabenor " Tulang ini tulang biasa sahaja, cume die mempunyai satu huruf dan mengingatkan kita kepada mati. Tetapi huruf yang tertulis pada tulang ini adalah huruf " Alif " dan aku memahami arahan Umar ini kepadaku iaitu hendaklah aku menegakkan KEADILAN sepertimana tertegaknya huruf Alif ini, jikalau tidak, maka terpisahkan kepala dari badanku "
Terus pakcik yahudi ini berkata

" Jikalau inilah KEADILAN yang ada dalam ISLAM, maka aku bersaksi bahawa Allah itu adalah tuhanku dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Wahai Gabenor, ambillah semula tanahku ini dan dirikanlah Masjid di atasnya"


Nah teman2 semua, inilah berlaku apabila kita meletakkan IMAN mengatasi segalanya.Kita bercakap soal KEIMANAN, bukan soal siapa pemerintah. Kita berbicara mengenai TAQWA, bukan siapa yang mempunyai kuasa.

Oleh itu, marilah sama2 kita bersama ISLAM dan menegakkan KEADILAN kepada yang sepatutnya. Janganlah disebabkan kuasa yang ada dalam tangan kita, demi untuk memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi, kita merampas hak2 orang lain sesuka hati. Ingatlah, Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita..wassalam


p/s : Kandungan khutbah Jumaat hari ini (9/7/2010) di Masji Al Azim yang di sampaikan oleh Ustaz Zulifli Ahmad ( idola penulis) dan sedikit tambahan daripada penulis...Moger beroleh manfaat bersama..


Jom daftar mengundi semua...

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

2 comments:

kamilahzaini said...

tegakkn keadilan seperti tegaknye huruf aliff

saif al nidham said...

yup..walaupon ape yg berlaku, sentiaslah berlaku adil...