ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: HAKIKAT TAQWA ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam sayang buat semua......

“Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu puasa sepertimana telah difardhukan ke atas mereka sebelum kamu, moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.” - Al Baqarah: 183


Alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari yang ke-19 Ramadhan, bermakna, tinggal 11 hari sahaja lagi sebelum Ramadhan berlalu.Pejam celik, pejam celik inilah hakikat yang terpaksa kita lalui bahawa begitu cepat masa berlalu. Dengan kesibukan kita sebagai pelajar perubatan, dengan teachingnya, onkol nye, cover bednya dan tidak lupa ward round nyer..hampir tidak sedar kita semua bakal meninggalkan FASA PENGAMPUNAN dan memasuki FASA PEMBEBASAN API NERAKA....

Di kesempatan ini, suke untuk penulis mengupas sedikt berkenaan dengan TAQWA kerana inilah Matlamat akhir kita Berpuasa sebagaimana yang telah di sebut oleh Allah SWT : " .....moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.”Jadi, apakah sebenarnye TAQWA ini? mengapa penting sangat taqwa ini sehinggakan setiap kali solat jumaat, khatib akan menyeru kepada jemaah supaya bertaqwa kepada Allah, malah menjadi satu rukun khutbah, dan jika tidak membacanya, khutbah tidak sah..Taqwa banyak dihuraikan melalui ayat al-Quran sendiri, hadis-hadis Nabi SAW, perkataan para Sahabat dan pandangan ulama.


Secara ringkasnya, ulama bersependapat bahawa TAQWA adalah kamu buat apa yang Allah suruh dan kamu tinggalkan apa yang Allah larang. Inilah definisi yang mudah. Tetapi, Saidina Ali pernah mewasiatkan tentang taqwa iaitu :

الخوف من الجليل, والعمل بالتنزيل, والرضا بالقليل, والاستعداد ليوم الرحيل.

Maksudnya : Takut kepada Allah S.W.T., beramal dengan apa yang diturunkan(Al Quran), redha dengan sedikit, dan bersiap-sedia menghadapai kematian.

Suka untuk penulis rungkai sedikit berkenaan maksud " .....moga-moga kamu tergolong dari kalangan mereka yang bertaqwa.”.. Cuba kita renung sekejap, Allah menyebut Moga-moga, mudah-mudahan, agar kamu bertaqwa...bukan Allah sebut kamu akan bertaqwa..Jadi ringkasnya, inilah objektif yang kita perlu capai setelah selesai ramadhan..Namun, adakah kita semua akan dapat TAQWA??..Mungkin ya, dan mungkin tidak kerana Allah sebut mudah-mudahan..Analogi yang mudah penulis bawakan, katakan kita buat satu program, semestinya kita letakkn beberapa objektif dalam kertas kerja program tersebut. Maka, sudah semestinya kita mengaturkan beberapa meeting untuk mencari solusi yang terbaik untuk mengadakan prgram tersebut, malah pada akhirnya kita baut rehersal.Menunjukkan disini bahawa telitinya kita membuat sesuatu prgm demi supaya objektif prgm itu tercapai..

Samalah juga halnya dengan Puasa malah perlu kita beratkan lagi. Bagi mencapai Objektif TAQWA itu, semestinya perlulah kita mengaturkan beberapa strategi agar akhir ramadhan nanti kita mampu mencapai TAQWA ini. Seperti mana yang telah dijelaskan oleh Saidina Ali, untuk mencapai TAQWA itu ada 4 ciri..Ringkasnya :

  1. Takutkan Allah - Kita percaya dan yakin setiap perkara yang kita buat, samada terang atau tersembunyi, seorang atau berkumpulan, pasti dan pasti Allah akan menilai amalan tersebut kerana kita yakin bahawa Allah Maha mengetahui
  2. Beramal dengan Al Quran - Al Quran adalah panduan hidup kita...jgn hanya dijadikan hiasan ataupon wallpaper shj, yag penting kita beramal dengan setiap yang diturunkan. Contohnya, Al quran kate, jgn HAMPIRI zina, JAGA Aurat, JGN pakai pakaian ketat,..tp yang peliknya, bila datang perintah PUASA, kita ikut, tp bila datang perintah QISAS??...jwb sendiri la...
  3. Redha dengan rezki yang ada - kita harus percaya rezki kita telah ditetapkan oleh Allah. Jangan kita bandingkan diri kita dengan org atasan, ttp banding dengan org bawahan. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan...
  4. Bersedia menghadapi Kematian - jgnlah kita ingt, dunia ini adalah kehidupan kekal, ttp jadikanlah ia sebagai ladang bercucuk tanam agar kita boleh memtik hasilya di ahirat kelak..Igt, Dunia nie milik Allah dan bila2 masa shj Allah bley tarik nikmat yang kita ade..so, jgn sombong sgt...

Jadi, ringkasnya, tidak mustahil untuk kita memiliki TAqWA asalkan kita ikut apa yang telah di syariatkan pada kita dalam bulan Ramadhan ini....ha, kat bawah nie penulis ak kongsi satu cerita..best la jugak...jom layan......

Suatu ketika dahulu, terdapat seorang pemuda yang memilki seekor anjing. Beliau sangat rapat dengan anjing beliau dan sangat menyayanginya. Setiap kali pemuda tersebut perlu bekerja di luar daerah, beliau akan membawa anjingnya bersama ke stesyen kereta api. Kemudian keesokan harinya, anjing beliau akan datang semula ke stesen yang sama untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Pada suatu hari, pemuda tersebut perlu ke luar daerah untuk urusan yang penting. Seperti biasa beliau membawa anjingnya meredah cuaca musim dingin Switzerland, menuju ke stesen tersebut. Apabila kereta api sampai, seperti biasa beliau mengusap dan membelai anjingnya. Beliau mendakap dan mencium anjingnya, kali ini lebih lama daripada biasa. Pemuda tersebut melambai-lambai kepada anjingnya dan suara gonggongan manja anjingnya sayup-sayup semakin hilang dibawa angin musim dingin.

Namun sesampainya pemuda tersebut di pecan yang dituju, beliau diserang penyakit dan meninggal dunia. Mayatnya dikebumikan di sana.

Keesokan harinya, seperti biasa, anjing tersebut berlari riang meredah angin sejuk yang bertiup menuju ke stesen berikut untuk menyambut tuannya pulang. Anjing tersebut berdiri dengan penuh sabar sambil menjelir-jelirkan lidahnya di suatu sudut stesen, tempat ia selalu menjemput tuannya. Anjing tersebut menanti dan terus menanti.

Namun setelah beberapa kereta api berlalu, dan kelibat tuannya masih belum kelihatan, anjing tersebut mula resah. Apabila kereta api seterusnya tiba, ia menunggu di depan pintu gerabak dan menyalak-nyalak riang dengan harapan tuannya akan mendengar suaranya. Kereta api silih berganti merakam suara salakan anjing tersebut yang kian kepenatan. Akhirnya anjing tersebut pulang ke rumah dengan kecewa.

Keesokan harinya, anjing tersebut masih belum berputus asa. Ia berlari-lari riang dengan harapan hari ini tuannya akan pulang dan membelainya manja seperti biasa, memberinya minum susu hangat di musim sejuk ini, dan ia boleh merebahkan tubuhnya dalam dakapan tuannya setelah penat bermain seperti hari-hari sebelumnya. Berbekalkan semangat itu, anjing tersebut terus setia menyalak di depan pintu gerabak kereta api.

Begitulah rutin harian anjing tersebut setiap hari. Berlari riang kea rah stesen dengan penuh pengharapan, kemudian pulang semula ke rumah dengan wajah yang sugul kecewa. Tahun berganti tahun, musim silih berganti, anjing tersebut terus setia menanti tuannya.

Hinggalah di saat ia tua, ia hanya mampu mundar mandir di stesen mencari tuannya. Di saat-saat akhir kehidupannya, ia hanya mampu terbaring lesu di tempat yang sama kali terakhir tuannya mengusapnya manja dan mendakapnya erat. Panjang sungguh episod dukanya, dan akhirnya ia mati menanggung kerinduan yang amat sangat pada tuannya, dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di situ juga.

Pihak stesen yang mengikuti perkembangan cerita duka anjing ini telah mendirikan sebuah tugu bagi mengenangkan jasa dan kasih sayang seekor anjing menanggung kerinduan kepada tuannya.

Begitulah kisah kesetiaan seekor anjing. Betapa taatnya ia kepada tuannya sehingga di saat-saat akhir kehidupannya. Tidak hairanlah sehingga saidina Ali pernah berkata,

“Aku belajar tentang Taqwa daripada kesetiaan seekor anjing kepada tuannya”

Malunya kita bila mengenangkan hubungan kita dengan Allah dibandingkan hubungan anjing dengan tuannya. Betapa seekor anjing hanya dilayan seperti anjing. Diberi makan di bawah meja, dirantai di luar rumah (disekat kebebasan bergerak), diberi tidur di ruang asing di luar rumah menahan kedinginan malam dan dirantai di leher ketika dibawa berjalan. Namun cukuplah satu sebab yang menjadi kesedaran kepada anjing tersebut, bahawa ia bukan anjing jalanan yang tidak bertuan. Hanya atas kesedaran itu, seekor anjing menggenggam erat setianya pada tuannya hingga ke hembusan nafas terakhir.

Berbanding dengan kita. Kita bukan setakat dikurniakan pelbagai kelebihan, bahkan kita diangkat darjat melebihi makhluk-makhluk lain dengan dikurniakan akal. Bahkan para malaikat turut diperintahkan sujud kepada kita di awal penciptaan manusia. Bahkan kita diturunkan dengan satu jawatan yang sangat mulia, menjadi khalifah (pentadbir dan penguasa) muka bumi ini. Kita dikurniakan sejuta nikmat dan rahmat walaupun kita berdiri di antara iman dan kufur.

Ayuh teman2 semua....kite perhebatkan lagi amal ibadah kita sementara ramadhan masih berbaki 11 hari lagi.. Jangn pula semakin akhir ramadhan, semakin liat untk kita beramal...igt, LAILATUL QADAR sedang menunggu kita, hanya tingal kita shj untuk merebutnya atau tidak...Sama2 lah kita berdoa agar Allah memasukkan kita dalam golongan yang sentiasa memperbaiki diri kearah kebaikan dalam Ramadhan ini...wassalam..

p/s : Kandungan Tazkirah Ringkas Ramadhan penulis di Surau Al Razi, 28/9/2010..

Ke arah Puasa yang Sempurna

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "







0 comments: