ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: PENDIDIKAN SEKS DAN SEKOLAH HAMIL ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....



ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين

Maknanya: “Dan barangsiapa mencari selain Islam sebagai suatu agama maka tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
[Surah Ali ^Imran, ayat 85]
Hm, penulis sedikit terpanggil untuk melontarkan secebis pandangan berkenaan dengan beberapa isu yang semakin hangat diperbincangkan sejak akhir2 ini. Penulis mengerti dan sedar bahawa penulis bukanlah orang yang layak untuk memberi pandangan apatah lagi mengkritik dek ilmu yang masih lagi cetek dan pengalaman yang tidak begitu luas, namun sekadar untuk membuka ruang minda teman2 semua untuk same2 kita berfikir tentangnya..

Belum lagi selesai dengan isu Pendidikan Seks, lahir pula isu Sekolah Hamil. Asalnya, penulis berhajat untuk hanya mengupas isu Pendidikan seks, namun melihat isu yang baru shj timbul ini dan penulis rasakan ianya mempunyai kaitan antara satu sama lain, jadi penulis mengambil keputusan untuk membuatnya 2 dalam 1. Pendidikan Seks, Wajarkah ia dilaksanakan? . Sama-samalah kita menilainya.



"Pendidikan Seks" ...ringkasnya penulis dapat simpulkan ialah satu jenama yang direka oleh pihak-pihak tertentu untuk diambil dan dirumuskan dan seterusnya menjadi satu solusi setelah melihat kebejatan gejala sosial yang semakin menular( rogol, bayi luar nikah ) dalam kalangan masyarakat pada hari ini dengan harapan menjadi satu silibus yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan agar masalah ini dapat diselesaikan. Penulis bukanlah arif sangat untuk menolak 100% cadangan kerajaan ini, apatah lagi penulis hanyalah seorang Mahasiswa, tetapi penulis sedikit terkilan kerana di sana masih ada lagi sistem Pendidikan yang lebih utama perlu diperkasakan sebelum memperkenalkan Pendidikan seks ini iaitu PENDIDIKAN ISLAM...

Mengapa penulis berkata demikian?? Jelas lagi nyata dan memang terbukti jikalau teman2 mengimbau kembali sejauh manakah PENDIDIKAN ISLAM di terapkan dalam Sistem Pendidikan Malaysia? adakah sampai ke peringkat Universiti? tidak sama sekali. Seingat penulis hanyalah hingga ke Sek Men Shj. ( Ini tidak termasuk mereka yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Agama ) . Mengapa hal ini berlaku? Mengapa sebuah negara yang kononnya Negara Islam tidak menjadikan PENDIDIKAN ISLAM ini sebagai satu Modul Teras, mewajibkan semua pelajar ataupon Mahasiswa ISLAM, tidak kiralah apa jua bidang yg diambil e.g Perubatan ker, Seni bina ker kerana penulis rasakan sebagai seorang MUSLIM, di tambah lagi dengan suasana Masyarakt pada hari ini yang sudah kembali ke zaman Jahiliyyah perlu memasukkan dan memperkasakan SISTEM PENDIDIKAN ISLAM hingga ke peringaat Universiti, tidak terhenti di Sek Men sahaja.


إن الدين عند الله الإسلام

Maknanya: “Sesungguhnya agama yang diredai Allah adalah agama Islam”.
[Surah Al ^Imran, ayat 19]

Firman Allah dalam Surah al-Anbiya' ayat 107:

"....dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. "


Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya:

Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam.


Kita perlu faham bahawa akal manusia sangat terbatas. Kaedah penyelesaian berpandukan kepada pandangan akal yang bersifat terbatas, akan menemui jalan buntu. Kembalilah kepada Islam. Rujuklah al-Quran dan al-Hadis serta para Ulama', di sana ada penyelasaian yang lebih jitu.

Persoalannya sekarang, adakah wajar pendidikan seks ini dijadikan salah satu sistem dalam pendidikan sedangkan terdapat cara atau kaedah lain yang sebenarnya boleh menghindarkan dan memupuk kesedaran tentang masalah seksual pada umumnya dan secara keseluruhannya pada persoalan sosial yang semakin parah dalam masyarakt skrg??


Pandangan utama penulis, sikap kita kini yang jelas kurang menekankan aspek keagamaan inilah menyebabkan kita tidak memahami serta mendalami bahawa agama dapat menghindarkan segala permasalahan sosial yang ada. Saluran pendidikan adalah saluran yang begitu efektif sekali jika ia bermula dari peringkat bawahan. Jika sistem pendidikan seks ini diaplikasikan, penulis yakin ia tidak akan menyelesaikan masalah yang wujud sekiranya aspek-aspek kefahaman tentang keagamaan tidak diterapkan.


Contohnya gejala dadah yang gagal dibendung menyebabkan manusia akhirnya akur dengan kehebatannya, memilih untuk memberi jarum suntikan percuma.

Pergaulan seks rambang dan songsang yang bagai cendawan tumbuh menyebabkan penyakit AIDS menular, akhirnya manusia memilih untuk tunduk dengan kemahuan seks itu dengan memberi kondom secara percuma.


Dan terbaru, Negara kita kini digemparkan dengan isu penubuhan Sekolah Hamil bagi pelajar yang hamil. Biarpun tidak mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah Kementerian Pelajaran, namun Ketua Menteri Melaka tetap bertegas untuk meneruskan hasrat penubuhan sekolah tersebut dengan alasan untuk membanteras gejala ini. Penulis rasakan sebagai PEMIMPIN yang berstatus MUSLIM sepatutnya tidak meletakkan peyelesaian masalah2 dunia ini hanya berpandukan logik akal fikiran mereka shj kerana apakah gunenya Al Quran, yg kita percaya adalah satu-satunya solusi terbaik utk semua masalah?? adakah Al-Quran itu hanya sekadar utk dibaca shj tnpa mengambil pengajaran ayat2 ataupon lagi teruk hanya untuk hiasan di rumah2???....same2 kita renungkan..

Bukahkah semua pihak menyedari bahawa buang anak adalah berpunca dari zina? Zina pula berpunca dari pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan, video lucah, kelab malam, pusat hiburan, taman bunga yang selesa untuk buat maksiat, pusat-pusat rekreasi yang tersembunyi dari pandangan ramai, hotel-hotel bujet yang kesemuanya menjadi lokasi selesa berzina dan penggalak kepada zina yang akhirnya menatijahkan buang anak.

Sebelum pergi kepada menubuhkan sekolah hamil atau pusat buang bayi eloknya pihak berkuasa bertindak membasmi terlebih dahulu segala punca yang membawa kepada perzinaan. Mungkih boleh ditubuhkan dahulu Pusat Membasmi Zina dahulu sebelum sekolah hamil.
Inilah natijah bila manusia mahu menyelesaikan masalah dengan akal semata-mata dan kaedah yang dianggap mudah tanpa dipandu oleh kaca mata agama dan Tuhan yang mencipta manusia. Ini yang dikatakan memandai sendiri dan ikut sesuka hati.Bak kate Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

" kalu kito buat pendidike seks nie, samo jo mace kite aja ore curi untuk mencuri, buke selesai masaloh, tp lagi tamboh adola "


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)


Jadi, apa pandangan teman2? Secara ringkasnya, apa yang penulis ingin sampaikan adalah bersama2 lah kita PERKASAKAN Sistem Pendidikan ISLAM itu sendiri dengan menghayati dan menyakini dengan sedalam-dalamnya ISLAM adalah cara hidup yang sebenar.. Bukan sekadar ungkapan ataupon percaya sahaja, ttp apa yang penting YAKIN bahawa AGAMA ISLAM mampu menyelesaikan semua masalah dunia..Apapun, rasanya alim ulama lebih berhak membicara soal ini. Penulis sekadar melontarkan pandangan. Tak wajib betul, harus salah. Wallahualam…

" Bahang RAMADHAN semakin terasa....adakah kita sudah bersedia menyambut kedatangannya?? "

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: