ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: USIAKU GENAP 23 TAHUN ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku,
agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,
moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,
Rehatku adalah rantaian zikir,
Rantai yang ku kalungkan pada leherku,
Sebagai tanda cintaku pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,
Mencari haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan nikmmat abadi…….

Alhamdulillah...hari ini, 2 ogos 2010, genap la usia penulis 23 tahun..23 tahun?? iya...saif al Nidham, kamu sudah bermusafir 23 tahun didunia ini..Pertamanya, penulis ingin rakamkan jutaan terima kasih pada teman2 yang tidak putus2 memberi ucapan dan doa. Harapan penulis agar semua doa yang dikirimkan di makbulkan oleh Allah..Ameen....

Ade orang kate.." bila dah bertambah usia nie, maka semakin dekat la kita kepada kematian " . Mungkin ade sesetengah yang kurang bersetuju tatkala dihari yang penuh bersejarah ini dilontarkan ucapan sedemikina rupa, tp bagi penulis, inilah ucapan yang paling sesuai...kenapa?? Sepatutnya sebagai seorang MUSLIM, hendaklah sentiasa muhasabah adakah sudah cukup amalan dan bekalan andai diri ini dijemput menghadap Allah??..Apakah sumbangan yang telah kita berikan pada ISLAM??..Sepatutnya persoalan inilah yang perlu dijawab supaya hidup kerana sentiasa dalam lindungan Allah...sekadar peringatan buat semua...wassalam..

Sambutan bersama Sahabat2...Syukron korang...agak surprise la...hehe :) Moge ukhwah terus bertaut dan kekal di Medan Dakwah ini...Amin....Bersyukur dapat sahabt2 seperti korang...

Doaku......

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.
Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah.

Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi. Ya Muhaimin…

Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.
Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela. Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar terus mampu berkarya dalam menegakkan ISLAM ini. Moga ini mampu menjadi saksi dan mahar untuk aku persembahkan tatkala menemuiMU untuk memiliki Syurga FirdausMU...

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti.


Ya Allah..tempatkanlah kedua ibu bapaku dalam kalangan mereka yang soleh, yang engkau janjikan syurga pada mereka. Sesungguhnya Ya Allah, hanya doa sahaja yang mampu aku titipkan sebagai balasanku atas kasih sayang mereka membesarkan aku. Bahagiakanlah ya Allah abang2 dan kakakku dan peliharakanlah mereka sebagaimana mereka menjagaku..


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Bersyukur ya Allah atas kurnian Ukhwah bersama sahabat2 di jalanMU ini. Sesungguhnya merekalah tempat aku mencari kekuatan untuk terus bangkit dan bertahan di medan dakwah ini. kekalkanlah Ukhwah kami agar kami mampu merasai kemanisannya hingga ke syurga

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.

Sekitar sambutan besday penulis...terima kasih semua..... :)

Hadiah dari sahabt2...bertambah lagi koleksi buku.hehe....mekaceh korang..!!

Ini hadiah yang paling special...akhirnya dapat memiliki beg deuter yang diidamkan... :)

ha, nie time kat KK 14 tadi..sempat la party jap sebelum tunggu bas...hehe..

sukerrr.....!!!

nie la study group mate penulis....memang terbaik.!!!


Thanx to all my Study Group's mate yg bersusah payah masak spageti td, terutamanya Datin Norelle.. :) memang terbaik la..patut la semua x nak present td...haha..pape pon, best dapat kawan cam korang semua....ijam sayang korang semua..!!!


" Ramadhan semakin menghampiri...bersediakah kita?? "

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

1 comments:

lia said...

hhahah~~~ske sgt die yer.. beg aper? beg deuter? hurm tuh la gamak nyer masa nk amik gambar bawak beg tu merata2...heheh=p...hurm xkesah la asal ko bahagia...paper pon masing2 da tua da nih...moga sentiasa ada improvement dalam hidup, be it duniawi mahupon tuk akhirat jue...=)