ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: HIDUP ADALAH PILIHAN ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Ke arah Puasa yang Sempurna....

Alhamdulillah, marilah kita sama2 memanjatkan setinggi2 kesyukuran pada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk terus berada di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kenikmatan, yang mana hari ini telah masuk hari ke-5. Ada je mereka yang tidak sempat untuk terus berada di bulan Ramadhan ini. Buktinya, tragedi puting beliung di Bazar Jasin 2 hari yang lepas. So, beruntung lah kita kerana Allah masih lagi memanjangkan umur untuk terus beramal sebanyak yang mungkin di bulan Ramadhan ini..


Setiap perkara yang dibuat mesti ada sebabnya. Inilah Sunnatullah. Satu contoh, kenapa kita makan? secara ringkasnya adalah untuk kenyang. Sama jugalah halnya, kenapa Allah meWAJIBkan kita untuk berpuasa?? Tidak lain dan tidak bukan, supaya kita menjadi orang2 yang BERTAQWA sepertimana yang telas jelas difirmankan oleh Allah dalan surah Al Baqarah, ayat 183 :Maksudnya :

“ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”

Penulis juga terperasan, hampir tiap2 malam, tazkirah terawih yang penulis hadiri di Mustaqimah, menekankan taqwa ini. Secara ringkas, TAQWA bermaksud kita buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang. As simple as that..!!.Mengikut Saidina Ali, apabila ditanya tentang TAQWA, Beliau menjawab, TAQWA itu adalah kamu takut akan Allah, kamu beramal dengan apa yang Al quran suruh, redha dengan yang sedikit dan persiapkan amalan untuk bertemu Allah..Tetapi persoalan yang ingin penulis timbulkan adalah sejauh mana penghayatan kita untuk memperolehi pingat TAQWA di akhir Ramadhan nanti? Adakah cukup dengan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja? Jom kita layan satu firman Allah dalam Surah Al-Shams ayat 7-10 yang bermaksud :

“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

Ringkasnya, berdasarkan ayat di atas, kita sebenarnya di beri pilihan oleh Allah samada untuk menjadi JAHAT ataupon memilih untuk berTAQWA. Realitinya kehidupan kita didunia ini tidak dapat tidak sentiasa berdepan dengan pilihan sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Ustaz Hasrizal, HIDUP ADALAH UJIAN MEMBUAT PILIHAN. Sebagai contoh, apabila mendengar azan subuh, kita boleh memilih untuk terus bangun bersolat ataupon sambung tidur, keluar ke bazar ramadhan kita boleh memilih untuk membeli nasi kukus ayam dara ataupon nasi tomato, kita bebas memilih apakah baju yg kita nak pakai hari ini, kita boleh memilih unuk study ataupon maen fesbuk...

Justeru, samalah juga halnya ibadah puasa ini. Kita diberi pilihan samada untuk berpuasa ataupon tidak ( penulis rasakan semua orang memilih untuk pose ) , Solat berjemaah ataupon tidak, bangun pagi semata2 untuk bersahur ataupon disusuli dengan tahajjud. Tepuk dada tanya iman. Tetapi, sebagai seorang MUSLIM, yang sepatutnya memahami dan menyakini bahawa ISLAM ini adalah cara hidup yang sempurna dan TAQWA itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimiliki tidak dapat tidak memerlukan Mujahadah ataupon pengorbanan yang tinggi, sebagaimana kita sanggup datang ke wad malam2 hanya untuk cover bed sebab keesokannya ada Grand Ward Round ( OnG Posting)


Mungkin teman2 tertanya2, mengapa penulis membawa isu ini. Sebenarnya penulis sedikit terkilan. Penulis yakin, dari sudut teorinya, kita insyaAllah tiada masalah, tahu tentang apa itu ISLAM, apa itu dosa pahala, kenapa kita disuruh menutup aurat, kenapa disarankan solat jemaah..semua ini kita tahu sebabnya, tetapi persoalan yang ingin penulis lontarkan adalah SEJAUH MANAKAH KITA PRAKTIKAN TEORI INI????

Tengok sajalah masyarakat kita pada hari ini. Betapa ramai yang berpuasa, tetapi ramai juga yang tidak menjaga amalan2 ibadah, yang mana perlu diutamakan, dan tidak berpelakuan sebagai seorang MUSLIM. Satu contoh yang relevan untuk penulis ketengahkan pada entry kali ini. Jom kita tengok Solat SUNAT Terawih, tidak kiralah di surau ataupon masjid. Alhamdulillah, penulis berasa saaaaangatt gembira tatkala melihat jemaah yang hadir, lautan manusia datang membanjirinya. Samalah juga yang berlaku di surau kolej penulis bukan main ramai lagi datang untuk solat SUNAT terawih. Penulis tidak menyalahkan jemaah yang datang terawih, ttp persoalannya, adakah bilangan jemaah yang sama jumlahnya seperti solat SUNAT terawih datang untuk Solat FARDHU subuh? FARDHU zohor?? FARDHU asar?? secara berjemaah??
Teman2 lebih mengetahuinya..

Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Ibadah sudah dianggap sebagai Adat. Pemikiran2 seumpama inilah yang akan merosakkan ISLAM itu sendiri, tidak dapat membezakan apa itu IBADAH, apa itu ADAT....mana satu yang SUNAT, mana satu yang WAJIB @ FARDHU. KENAPA, jikalau solat SUNAT terawih kita mampu untuk datang ke surau untuk berjemaah, tetapi tidak pada Solat2 FARDHU yang lain?? Adakah Tuhan semasa solat terawih berbeza dengan Tuhan semasa solat FARDHU yang lain??. Adakah pahala Solat Sunat Terawih itu lebih besar daripada Solat FARDHU?? ...jangan keliru..!! Penulis tidak menyalahkan untuk datang terawih berjemaah kerana pada bulan ramadhan sahajalah kita disunatkan untuk terawih, tidak pada bulan2 yang lain, tetapi jangan salah konsep dengan meletakkan nilai solat sunat Terawih itu lebih tinggi drp Solat FARDHU yang lain.

Sebab itulah penulis mengatakan Hidup ini adalah Pilihan. Jikalau kita mampu untuk MEMILIH Solat SUNAT Terawih secara BERJEMAAH, mengapa tidak kita MEMILIH juga untuk datang Solat FARDU secara Berjemaah. Amatlah rugi bagi mereka yang tersalah konsep ini dan bagi mereka yang memahami, menjadi tanggungjawab anda untuk sama2 kita perbetulkan pemahaman dan pemikiran masayakat agar ISLAM itu diamalkan dengan sebetulnya.

ayat35.jpg

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Untuk contoh yang ke-2, insyaAlah penulis akan kupaskan pada entry seterunya. Jadi secara ringkasnya, untuk memiliki Ijazah TAQWA bukanlah mudah dan yang paling penting kita dalam menuju ke arahnya, perlulah mengikut saluran dan amalan yang betul. Janganlah cemari Ibadah Puasa ini dengan amalan2 yang tidak bermanfaat. Isikanlah setiap waktu yang ada dengan pelbagai bentuk amalan2 sunat kerana pahala amalan sunat pada bulan ramadhan adalah seperti pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu pula akan digandakan sebanyak 70 kali ganda..renung2kn dan selamat beramal...

Preview next entry :

  • " ala, janji aku bahagia..aku dapat belajar dengan tenang....aku tak kaco orang, orang x kaco aku..biarlah mereka dengan masalah mereka...
  • Mendedahkan kaki sama juga tidak bertudung kerana itu juga termasuk dalam kategori mendedahkan aurat...
  • Sebelum gi bazar, pahala ade 10, lepas balik tinggal 3 je......

ALLAH DIUTAMAKAN, AMAL DIPERTINGKATKAN

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

0 comments: