ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: BERBAKTI KEPADA MEREKA ::


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

" Hai, orang-orang yang beriman, BERTAQWALAH kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok ( akhirat ) dan BERTAQWALAH kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan, dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri, mereka itulah orang-orang yang fasik " - Al Hasyr : 59, 18:19.

Apa khabar teman-teman?? ha, untuk entry nie penulis nak tunaikan janji penulis pada entry yg dahulu.....iaitu sedikit-sebanyak tentang program dan aktiviti Ziarah Kesihatan penulis semasa berada di Sarawak...tp, sebelum tu, suka untuk penulis tarik perhatian teman-teman sekejap ttg satu isu nie....

Pada Khutbah Jumaat baru-baru ini, kat Masjid Kmpg penulis, khatibnya pada ketika itu ialah YB Mohd Nor Hamzah, Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, merangkap Adun Bukit Payung....dalam kandungan khutbahnye ade menyebut tentang peranan dan kuasa Anak Muda dalam Masyarakat...sangat ditegaskan ketika itu adalah Wanita kerana dunia akhir zaman ini, banyak fitnah terhadap mereka..Oleh itu, menjadi suatu kemestian pada semua wanita utk lebih tegas dan berilmu spya tidak mudah terjerumus dalam kancah kemaksiatan...

Tidak dilupakan juga pada Pemuda...so, konklusinya, Ayuh anak-anak Muda, kita kuatkan jati diri dengan ISLAM.....kita sokong Kempimpinan Ulama......

So, tu la serba ringkas ucapan YB...sungguh menyetuh perasaan penulis...oklah, jom kita layan gmabr2 penulisa.........

Program Khidmat Kesihatan di Rumah Panjang Masyarakt kaum Dayak, Kmpg Pueh..


Ha...tgh periksa tekanan darah YB Salahuddin tu...hehe...


Ha, penulis pon sempat bermain Futsal ngan Masyarakt dayak disini....capet la jugak..dah la tak pakai kasut, seluar jeans pulak tu...adoii.....
Program Ziarah Rumah Ke Rumah di Kampuang Terusan Jaya dan Tanah Hitam..

Cube teka, sape yg sebelah kanan gambar nie...??? mesti kenal kan..? Nie la Cikgu Mala, bekas Calon PAS semasa PRK DUn Tenang hari tu..die pon turut serta dalam Program ini....


Tu la antara aktiviti penulis disana.....mmg satu pengalan yg tidak akan dilupakan apbila melihat sendri keadaan msyarakat, lebih2 lagi di Sarawak...so, jumpe lagi...wassalam,..

p/s : InsyAllah, nest entry penulis akn paparkan beberapa tempat yg penulis sempat lawat sebelum pulang ke Semenanjung....

BERBAKTI SELAGI MAMPU

;: TERJAH DI BUMI KENYALANG ::



بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

“Mereka yang mengingati Allah (berzikir) sambil berdiri dan duduk didalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata “Ya Allah tiadalah Engkau menciptakan bumi ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari siksa api neraka”Ali Imran ; A:191

Alhamdulillah..pada 11 april 2011 - 17 April 2011, penulis dan beberapa lagi orang sahabat kesayangan diberi peluang dan kelapangan waktu oleh Allah untuk menjejaki kaki di bumi Kenyalang a.k.a Sarawak. Jemputan secara tiba-tiba oleh seorang Dr kami iaitu Dr Rosni untuk menabur bakti disana diterima tanpa berfikir panjang dan sebulat hati bertawakkal kepadaNya..

Rombongan kami di atas nama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) telah selamat bertolak pada 11 April 2011, jam 7.10 pagi di KLIA dan tiba di Kuching tepat jam 9.00 pagi menaiki Pesawat FireFly.....

Allahuakhbar...pengalaman melihat keindahan ciptaan bumi Allah semasa berada di dalam Pesawat tidak akan dilupakan...Mana mungkin manusia mampu mencipta keindahan awan, bukit dan sungai2 yang mengalir....Engkaulah Maha Mencipta ya Allah....Hm, tak nak coletah panjang, biarlah gambar yang berbicara....hehe....Jom layanzz.................


Sebelum berlepas di KLIA :


Keindahan Ciptaan Allah..subhanallah......:


ALhamdulillah, selamat tiba....... :) :



Ha..sekadar itu sahajalah untuk entri kali ini...InsyaAllah, untuk entry yang akan datang, penulis akan coretkan aktiviti dan Program-program yang penulis jalankan selama seminggu berada di Sarawak.....tunggu ya........( tu pon klu xde yang mendahului blogerz tegar ini...klu ade, xpe la...rezki masing2 kan...haha..... :) ...wassalam..

p/s : Terima kasih pada "KertasGulaMerah" kerana tahu limit anda..muahahaha..... ;) peace no war... :)


BERBAKTI SELAGI MAMPU

:: REKOD BARU TERCIPTA..!! ::

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sayang buat semua...

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)



Bertemu kembali...... :) sebelum pergi jauh, nak dengar satu kisah lawak x..?? x nak?? ku x nak, nak kabo jugak..hehe..ceritanya bermula......semalam kan penulis baru je smp umah dr KL, pastu terus pergi bandar cari tiket utk pulang ke KL semua..haha..ini adalah perkara lawak yg xpernah penulis buat sebelum ini..kurang2 nye, rehat la kat umah sehari-due, baru cari tiket.. :) ..erm, lawak ker..??? ikut korang la..tp bg penulis, ia adalah satu lawak antarabangsa..ngee...

Sebenarnye, utk entry kali ini, penulis berhasrat untuk uploadakan semua gmbar " Kembara Ukhwah" penulis bersama sahabat2 penulis..kan penulis ada janji kat entry sebelum nie kan..?? tp, disebabkan "KertasGulaMerah" udah potong line, die dah upload awal2...( berani die nk lawan bloggers tegar nie ye..xpe, ciap die nanti..x dpt la die nk merase bela arnab tu..haha..) so, untuk entry kali nie, penulis nk cerita satu lagi Rekod Baru a.k.a Sejarah dlm idop penulis yg berjaya dicipta....nak tahu..??? Jom layannzzzz.......

nie gmbar sehari sebelum bertolak..hee

Hm..rasanya semua sudah tahu..buat teman2 yang belum tahu, buat pertama kalinya dalam idop, pada tarikh keramat iaitu 4 Jamadilawal 1432H bersamaan 8 April 2011, iaitu hari Jumaat yang penuh barokah, penulis pulang ke Terengganu dari Kuala Lumpur, ataupon lebih speficik dari HUKM @ PPUKM menaiki Moto Lagenda Kesayangan penulis a.k.a My Lagendz..hah?? tak percaya..?? sila percayakan diri anda..hehe..

Sebenarnya, impian ini penulis ada sejak dari tahun 3 lagi..tapi, apakan daya, selalu pergi " sambung belajar" apabila dpt cuti panjang..tahun 4 pon sama....tp Alhamdulillah, Allah memakbulkan doa penulis bila abis tahun 5... ;) Memula tu, bimbang jugak kot2 la abg tak bagi, tp My Brother very-very-very sporting..!!! die bagi beb...penulis pon terkejut..haha...

Tepat jam 6.30 pg jumaat, setelah ciap solat subuh, penulis bersama abg penulis terus bertolak....Alhamdulillah, cuaca baik dan cerah sepanjang perjalanan..cume tu bile smp kat Highway Karak tu, lebih kurang 7.30 pg, Allah sahaja lah tahu betapa sejuk waktu dan ketika itu..naseb la penulis pakai 2 lapis, satu jaket moto, satu lagi baju hujan,,tu pon sejuk lagi..huuu...

nie gmbar kat Pantai Kemasik, kemaman....cantek kan helmet tu..hee

aduhh..sape yg ambik gmbr nie...?? hehe..nie kat Masjid Rantau Abang..smpt tdo 5 minit jer...ha, klu nk tahu, yang 2 orang tu adalah anak buah penulis..cumel kan..?? ;)

So, inilah Rekod Terbaru penulis berjaya ciptakan....Perjalanan sejauh 435 km (plus minus la erk) yg mengambil mase 10 jam (6.30 pg - 4.30 ptg)...fuhhhh..lame tu.....seyes, memang rase cam nk tercabut semua tulang nie ha....kalau nk ikutkan, 2 kali jer penulis berhenti, yang berhenti panjang la..lebih kurang setengah jam..sekali tu waktu sarapan kat R&R Temerloh dan satu lagi waktu lunch, kat Pantai Kemasik, Kemaman....tp, banyak kali je penulis berhenti utk isi minyak dan ilang rase ngantuk...ha, penulis sempat jugak singgah di rumah Malek, shbt penulis yg berada kat Kemaman...hehe...

So, smp2 je umah, penulis terus baring.....tp sblm tu, smpt la jgk update status kat fesbuk...hee..tp, kjp je la penulis tido sebab lepas tu penulis terus ke bandar K.Trg untuk beli tiket balik ke KL semula..mesti teman2 tertanya-tanya kenapa penulis kene blk KL semula, walhal x sempt nk rehat lg kat umah kan..??...Jawapanya, sila baca di bawah...... :)


Sebenarnye, hari isnin ini, iaitu lusa, tepat jam 7.10 pagi, insyaAllah penulis dan beberape lagi sahabat penulis a.k.a Team Medical Sarawak akan berlepas ke SARAWAK dan akan berkampung disana selama seminggu, dari 11 April - 17 April 2011..Ada ape penulis pergi sane..?? Sebenarnye penulis akan terlibat dengan program Operasi Khidmat Kesihatan Masyarakat (OPKIM) bersama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)...disamping mengadakan OPKIM, matlamat asal adalah utk menyeru ke arah kebaikan a.k.a Dakwah kepada Masyarakat Sarawak, terutamanya yang berada di pedalaman...InsyaAllah, moge usaha murni ini mendapat bantuan dan redha Allah...

Inilah My LaGendz kepunyaan penulis...banyk sgt dah jasa dan pengorbanan kekasih penulis nie...sayang sangat kat die...!!!!!

Sebenarnye, penulis bersyukur kerana sebaik sahaja penulis selesai menduduki Pro Exam hari tu, banyak undangan dan jemputan program untuk berkhidmat kpd Masyarakat di terima...bermula dengan Jemputan OPKIM di Taman Meru klang, selepas itu diikuti dengan OPKIM di Parit Buntar dan sekarang akan ber"OPKIM" di sarawak...Alhamdulillah ya Allah, Engkau adalah sebaik-baik pengatur jadual cutiku..Walaupon agak penat, ttp penulis enjoy...wassalam

Ya Allah, Andai ditakdirkan aku menemui ajalku, cabutlah nyawaku disaat aku berbakti untuk AgamaMu...Amin...

p/s : Esok nk blk KL dah..tiket jam 10 pagi...pergi ke KLIA jam 4.20 pagi isnin..Mohon doa dari semua agar kami (Team Medical Sarawak ) selamat sampai, semasa dan pulang dr program...




BERBAKTI SELAGI MAMPU

;: AKTIVITI POST PRO EXAM ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...


Umatku ini adalah umat yang dirahmati (dikasihani). Tidak ada azab bagi mereka di akhirat. Azabnya adalah di dunia, berupa fitnah-fitnah, gempa bumi, musibah-musibah, dan pembunuhan.” (Riwayat Thabrani melali Abu Musa r.a)



Bertemu kembali......lame sungguh penulis menyepikan..?? haha...Erm,sebenarnya penulis bukan menyepi,tetapi sibuk dengan aktiviti selepas Pro-Exam aritu..hasratnya, lepas Pro, nak update la blog nie, tetapi Tanggungjawab Melebihi Masa yang Ada, so kene la berbakti selagi mampu :) ...so, straight to the point la...Jom,kite layan beberapa Aktiviti atau Program penulis selepas Pro Exam sehingga hari ini, 6 april 2011.......Jom layannzzz....

25 Mac 2011 (Jumaat)

Majlis Wida' UPTA

Majlis ini khusus diadakan oleh adik-adik tahun 3 dan 4 utk kami selaku pelajar tahun akhir yang bakal meninggalkan Hukm ini..walaupon dari segi name program ini adalah Majlis Perpisahan, insyAllah, perpisahan kami hanyalah pada name, tetapi pada hati, selagi mane ikatan akidah yang menghubungkan, kami tetap bersama...Makanan malam tu memang besst.!! Agak sedih melihat kembali saat bersama sahabat dan adik2 didalam video yang dibuat khas utk kami...Penulis sayang anda semua..!!!

26 Mac 2011 (Sabtu)

MALAM PENGIKTIRAFAN IJAZAH SARJANAMUDA DOKTOR PERUBATAN UKM

Seterusnya, program ke-2 penulis selepas Pro-Exam iaitu MALAM PENGIKTIRAFAN IJAZAH SARJANAMUDA DOKTOR PERUBATAN UKM a.k.a Makan Malam Tahun 5 .. :) ...Name gempak kan walhal dinner je kot...haha....Erm, malam tu asalnya penulis nak jadi ala-ala koreannn, tetapi ntah macam mane, ramai pulak yang yg terpikir penulis cam Maher Zain...iye ker..??? haha..pape pon, dinner malam tu memang hapening....sakit perut penulis dop gelak ngan telatah pengacara program,..korang memang terbaek..!!

27 Mac 2011 (Ahad)

Program Khidmat Kesihatan Percuma

Ha, klu teman2 nak tahu, OPKIM kali ini diadakan kat Taman Meru, Klang..ianya khusus diadakan utk masyarakat TioungHua kat kawasan tu, bermula jam 8.30 pagi hinggalah jam 12.00 tgharie..OPKIM ini adlah anjuran YB Adun Taman Meru, penulis lupa sudey nama YB tu, ttp YB PAS la...Yang seronoknya OPKIM terakhir ini adalah buat pertama kali penulis diberi peluang dan kepercayaan utk menyampaikan Talk Kesihatan didepan orang ramai...haha..memula tu segan jgk, namun atas sokongan sahabat2, penulis memberanikan diri...hehe..terbaek disitu... :)

28 Mac 2011 (Isnin)

Kuliah dan Bengkel Solat Cara Nabi Muhammad SAW

Kuliah ini adalah perancangan kami sendiri,UPTA tetapi mendapat bantuan utk menghubungi ustaz oleh adik2...Mengapa ia diadakan?? tidak lain tidak bukan hanya untk mengetahui lebih lanjut Cara Solat yang sempurna mengikut Nabi Muhammad SAW...kuliah dan bengkel ini telah dikendalikan oleh Ustaz Syed kadir, lulusan Al Azhar...Memang terbaek..!!

29 Mac 2011 (Selasa)

Kuliah Baitul Muslim

Kuliah ini disampaian oleh Dr Rosni...agak sempoi dan praktikal kerana ia lebih kepada perkongsian hidup dan pengalaman...Hm, persoalannya, bilakan penulis akan mendirikan Baitul Muslim ini..??? susah la nak kabo..hehe..insyaAllah, ade la tu....

Kuliah Cabaran Ahli Gerakan Islam selepas Grad dalam mendepani Isu-isu semasa

Kuliah ini disampaikan oleh Ustaz Mior, PA Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Pas..seperti yang sedia maklum, dunia hari ini semakin hilang maruhnya...ada sahaja isu2 moral yg merisaukan...Mudah-mudahan kuliah ini mampu menyediakan diri kami utk terus istiqamah dalam Perjuangan...

30 Mac 2011 (Rabu)

Ha, utk hari rabu nie, penulis tiada jemputan progrma ataupon aktiviti...sengaja bekukan diri utk berada di kolej....ngape erk..?? ha, klu nak tahu, inilah tarikh yang paling bersejarah dalam hidup penulis kerana hari inilah Result Exam penulis dan kawan2 satu batch akan keluar..hm, rasenye semua dah tahu kan sebab penulis dah post kat entry sebelum nie..hehe..x sabo, terlalu gembira..tu yang post yg tu dulu tu...hehe...ape2 pon, Alhamdulillah, syukur atas kejayaan yg penulis kecapi...kejayaan yg dapat diiringi dengan satu tanggungjawab yang besar...Allah, kuatkan aku dan kawan2.....

31 Mac 2011 (khamis)

Ha, arie khamis nie penulis dan sahabat2 pergi melawat Dr Othmaliza, Dr Wan Haslina dan Prof Ruzana yang berada kat Wad Khas..Dr Othmaliza dan Dr Wan telah selamat melahirkan anak mereka..yang best tu, Dr Othmaliza dapat twin..name anak pon cedap..hehe..sorang namenya Mawar Mawaddah dan sorang lagi Melor Maisarah..cumel kan?? hehe...

1 April - 5 April 2011 ( Jumaat - Selasa)

KEMBARA UKHWAH

Ha, ini adalah Kembara Ukhwah yg terakhir penulis bersama sahabat-sahabat seperjuangan....kemana kembara kami pada kali ini?? Jom tgk lalaun dan tempat kembara kami...ha,sebelum tu, Kembara Uhhwah kami yang terakhir ini merupakan kembara yang paling lame iaitu memakan masa 5 hari...best gilerr...!!!!

....KL-->Sungai Buluh---->Nibong Tebal---> Sungai kota----->Parit Buntar---->Sungai Baharu---->Bukit Mertajam---->Ipoh---->Tapah---->Slim River---->KL....

Wah, banyaknye tempat penulis berkembara...hehe..ha, nanti penulis buat satu entry khas sempena ngan kembara kami ini...yang pastinya, penulis sangat enjoy selama berkembara....semua program2 dan aktiviti yg dioaturkan best...antaranya ialah Program Khidmat Kesihatan Percuma Ziarah Rumah Ke Rumah kat Kampung sungai Kota anjuran Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Parit Buntar...terharu layanan orang kampung terhadap kami....terbaek..!!

so, itulah antara Program2 dan Aktiviti2 penulis selepas Pro Exam...banyakkan?? hampir ssetiap hari...hehe...tu la antara sebab mengapa blog ini tidak terupdate walaupon exam sudah abis... :) InsyaAllah, lepas nie akan sentiasa update...ha, penulis akan pulang ke terengganu pada hari jumaat menaiki Moto Lagenda Kesayangan penulis.....hah?? moto?? dari Kl ke Trg??...hee.. yup....saje nk cari pengalaman...so, doa2kan perjalanan penulis iye...dan penuis akan igt sampai bebila pesanan dari seorang sahabt penulis " bawak moto tu, hati-hati..jgn laju sangat" haha...terima kasih atas pesanan itu...so, tu je utk setakat nie...moge kite bertemu lagi.....wassalam..

p/s : mengape entry kali ini tak byk gamabr ???..hehe...sabo, nant gambr tu penulis akan masukkan utk setiap entry aktiviti di atas.....so, sabo yer..... :)

BERBAKTI SELAGI MAMPU