ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

.: Cinta Terlarang :.

Salam sayang baut semua...

“Cinta pada dunia, dunia akan pergi, Cinta pada manusia, manusia akan mati, Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi”. Inilah pengenalan entry ke-2 penulis berkenaan dengan “CINTA”. “Cinta Terlarang”, itulah tajuk kupasan yang akan penulis cuba rungkaikan pada entry kali ini berdasarkan pembacaan dan pemerhatian penulis.Entry pada kali ini mungkin agak ringan kerana penulis akan cuba bawa teman2 berfikir berdasarkan contoh2 yang berlaku dalam realiti dunia kita hari ini.



“Hey, ngko dah ade pakwe/makwe belum?..apala,umur dah masuk 22 tahun x couple lg. Tak maju la klu tak ade pakwe/makwe”, nkgo tgk la,trend zaman skrg nie semua org ade couple,ngko nie cam katak bawah tempurung jer” .


Begituah soalan yang penulis yakin teman2 semua pernah di soal sehingga meletakkan satu stigma pada anak muda bergelar Mahasiswa dan masyarakat amnya bahawa “couple” telah menjadi seolah2 satu keperluan hidup manusia.Malah ade yang berasa sedih dan kecewa bila mengaku bahawa tidak mempunyai couple lg seolah2 menjadi satu kewajipan pada generasi sekarang untuk terlibat dalam arena “Coupling”.


Persoalannya, setelah perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber`boyfriend` atau ber’girlfriend’ itu wajar dikategorikan sebagai “katak di bawah tempurung”? Atau mungkin orang yang ketinggalan zaman? Atau mungkin tidak mengikut trend pada zaman sekarang? Ataupon mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala “couple” yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan Erti sebenar cinta dan berkasih sayang? Anda tahu di mana diri anda berada.


Allah yang mencipta Cinta telah mencipta juga 'Peraturan Cinta' demi untuk menjaga kesucian cinta itu sendiri. Cinta yang mematuhi peraturan ini bukan sahaja dapat menjamin kebahagian hakiki, malah mampu merentas alam sehingga ke syurga. Malangnya peraturan ini kerap dilanggar oleh manusia yang sedang bercinta.


"Apakah erti sebuah CINTA jika tidak ada dating, tidak 'bergayut' di telefon, tiada surat cinta yang membuai rasa, tiada sentuhan tangan, tiada kerlingan dan senyuman, tidak keluar makan same2?" Mungkin inilah suara2 sumbang dalam diri kita dan penulis yakin inilah trend yang berlaku pada zaman sekarang.. “TIADA CINTA JIKA TIDAK BERDATING”.


Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi malah lebih berani lagi di tempat2 terbuka untuk menunjukkan keegoaan masing2 walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah orang yang ketiga. Bila bermula satu sentuhan, hampir mustahil untuk berundur ke belakang apabila nafsu dan syaitan sudah menguasai. Semuanya seolah-olah halal atas alasan cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan fitrah cinta dianggap baja. Ketika itu hilanglah kemanisan cinta.


Jika cinta begini yang diburu, tidak pelik jika gejala maksiat semakin meningkat di negara kita. Isu rogol,sumbang mahram,pembuangan anak luar nikah sudah di angap perkara biasa. Mungkin atas factor ini jugalah penulis merasekan berape ramai pasangan2 yang terkandas di tengah jalan berulang2 kali.



Yakinlah tidak ada keindahan dan kebahagiaan dalam melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta, frust menonggeng merupakan fenomena cinta yang begitu popular di kalangan anak muda zaman sekarang adalah disebabkan cinta yang tercemar kesuciannya.


Banyak cinta bukan sahaja hancur sebelum mencecah alam perkahwinan malah membawa dendam yang membara. Inilah CINTA TERLARANG - cinta yang menafikan peraturan Tuhan ,cinta yang tidak mampu merentas alam malah mati sebelum kematian manusia itu sendiri.


Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak fitrah tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan. Cinta yang penciptaan asalnya bertujuan membahagiakan dan membantu meringankan bebanan hidup, menjadi beban paling berat dan penjara paling menyeksa

Untuk memastikan cinta yang kita jalin mampu merentas alam, hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah yang mengikuti peraturan2 yang telah ditetapkan.. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Oleh itu, cinta antara lelaki dan wanita mestilah diniatkan untuk memiliki cinta Allah. Tapi bagaimana?? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau wanita menyempurnakan agamanya. Jangan sesekali bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan.

"Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.."




7 comments:

Anonymous said...

salam...
good entry...
makin hari makin mantop ayt2 sedara..
truskn usaha anda..moga Allah permudahkan..

cadangan : leh la bukukan entry2 cinta ni nanti..hehe..=)

gym said...

Wassalam..
Alhamdulillah..semuanya dtg dr Nya :)
hm??..bukukan??..cam menarik jugak tu..hehe,tp penulis x de terfikir smp ca tu skali.
insyaAllah akan di pertimbangkan...

mYshah said...
This comment has been removed by the author.
mYshah said...

said...

salam.ho2. mcm 1st time je bg komen kat sini. heehe.

nway, pada umur kita ni ade lagi ke yg nak cari pakwe/awek, bukannya bakal suami/bakal isteri? heehe. klo ade maka dieorg tu la org2 yg katak bawah tempurung. ngeh333.

sememangnya cinta kpd Dia Yg maha mencipta adalah yg teragung, cinta yg paling suci, paling abadi. tp aku rasa xsalah untuk mencari bakal istri/suami, asalkan kita tahu batas2 pergaulan sesama kita ^_^
nway, this entry was nicely written. keep on the good work! ^_^

gym said...

Salam kembali....
kpd abg shah, penulis sgt setuju ngan pandangan abg..memang x salah untuk kita mencari bakal suami/isteri asalkan kita tahu batas2 pergaulan..

tetapi apa yang terjadi pada anak mude skrg, ramai yang tahu batas2 pergaulan,ramai yang dah ade ilmu2 pasal agama nie, tetapi berape ramai yang beramal dengan ilmu yang dimiliki???..

Mereka tahu perkara yang mereka buat itu salah dari sudut agama, tetapi berape ramai yang di beri kekuatan untuk menahan nafsu syaitan tersebut?? kenape masih lagi ade couple padahal dah tahu bendu tu haram??..sekadar lontaran idea untuk renungan bersama...

Moge2 kita tergolong dalam golongan yang di redhai Allah...


mereka tahu be

Anonymous said...

congratz..good entry..
tibe2 saya tefikir sesuatu..
beberapa sahabat saya pernah berbincang ttg perkara ni..
persoalan yg sering ditimbulkn berbunyi begini:

''kalau kite tak cari pakwe/makwe,sampai bile2 pun kite sorang..sampai bile2 pun kite tak kahwin''
hmm..ape pendapat saudara ye?
mesti nak kenal hati budi dulu sebelum ijabkabul,mesti 'couple' dlu kan??or ada istilah/cara lain??
hmm..mcm mne nk cari bakal kite tu ye??
hahaha..sorry kalu soalan ni agak pelik..tp ni persoalan biasa yg timbul pada seseorang yg sedang blajar n cetek ilmu pengetahuannya..

thanks ya sbb sudi kongsi isu ni ngan pembaca..

gym said...

hmm..
InsyaAlah soalan saudara/saudari penulis akan jawab dalam mase yg terdekat...
tp penulis akan postkan jwpn ini sbgai entry seterusnya kerana penulis rasakn seoalan yang diajukan semua org pon menghadapi konflik yang same..
by da way, mekaceh ats komen saudara/saudari....