ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Cinta....dilema Mahasiswa

Salam sayang buat semua...


Mungkin ramai teman2 yang pelik kenapa tiba2 sahaja penulis beria-ia sangat berbicara soal Cinta ini.Mungkin satu jawapan yang ringkas penulis pada berikan ialah pengaruh cerita Nur Kasih , :) yang membuatkan penulis merasakan bahawa seronok sangat untuk mendalamai dengan lebih mendalam lagi berkenaan Cinta ini.


Ada apa pada cinta? Satu soalan jenaka yang ingin penulis lontarkan kepada teman2 semua. Memang tidak dapat dinafikan kepentingan cinta dalam kehidupan,terutamanya anak-anak muda dan lebih khusus lagi kita yang bergelar Mahasiswa.Insan muda mana yang tiada ingin dicintai atau disayangi oleh seseorang yang bernama kekasih. Ingin menyintai dan dicintai memang fitrah manusia dan tidak boleh dilihat secara negatif.


Rasa cinta adalah anugerah Allah, Tuhan yang Maha Esa, yang mengetahui segala keperluan hidup manusia di bumi ini. Bagi penulis, Kesilapan utama orang bercinta ialah ketiadaan roh agama dalam bercinta. Mereka terlalu asyik dengan nafsu sehingga terlupa bahawa mereka makhluk beragama. Jangan kita membuang Cinta kerana ia satu nikmat dunia,tetapi untuk mendapat Cinta yang sebetulnya, hendaklah cinta itu disuntik dengan roh Islam atau diIslamisasi agar ia tiada tercemar dengan rakus nafsu manusia.


Indahnya cinta itu hanyalah dapat dirasai oleh mereka yang telah ataupun sedang melaluinya. Indah sangatkah bercinta, sehingga ramai di antara kita menjadi manusia yang tidak tentu hala. Satu lagi persolan yang penulis cuba lontarkan pada teman2 semua untuk menilainya.

Mabuk cinta atau rasa cinta yang tidak terkawal memungkinkan manusia terjebak ke medan maksiat. Apalah gunanya bercinta jika ia menjadikan kita hilang pertimbangan. Apalah gunanya bercinta andai membuatkan diri kita lupa kepada Pencipta kita.Cinta yang tidak dikawal dengan roh Islam ibarat arak yang memabukkan, yang mendorong manusia kelembah kehinaan dan kesesalan yang berpanjangan.


Tetapi, penulis tidak nafikan, cinta juga dapat mengangkat darjat manusia itu sendiri, memahami matlamat hidupnya dan juga mendekatkan dirinya kepada Yang Esa. Cinta sesama manusia atau kasih sayang sesama makhluk haruslah mampu meningkatkan cinta kepada Allah. Tidak ada nilai cinta sesama makhluk jika ia makin menjauhkan diri dari Allah.

Dalam satu Cerita yang penulis yakin bahawa teman2 semua sudah menontonnya, iaitu “Cinta Syurga”. Ada di sebut bahawa Cinta itu permulaan pada jodoh kita dan jodoh itu terbahagi kepada 3 jenis. Apa yang penulis ingin sentuh kt sini ialah Jodoh jenis yang ke-3 iaitu jodoh dari Allah, dimana dimana kita mencari Cinta Allah dahulu sebelum Cinta manusia kerana matlamat akhir kita ialah syurga dan di sebabkan itulah di namakan “Syurga Cinta”.

Mungkin teman2 semua pernah mendengar ungkapan ini "Cintailah Allah Sebelum Menyintai Manusia". Penulis 100% setuju dengan ungkapan ini.Nasihat ini mengingatkan penulis akan kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha. Biarpun kisahnya tidak melambangkan suatu tragedi cinta seperti kisah Laila dan Majnun, Romeo and Juliet atau lain-lainnya, namun menyintai Allah telah menyelamatkan Nabi Yusuf dan agamanya.

Kecantikan Zulaikha diceritakan tiada tandingannya, mampu menundukkan ramai lelaki, hatta Nabi Yusuf yang merupakan manusia tertampan ciptaan Allah juga diceritakan bergoncang imannya melihat paras Zulaikha ketika digoda. Jika tidak kerana imannya kepada Allah,maka Nabi Yusuf juga akan terjebak ke lembah kehinaan.

Kisah ini seharusnya diambil sebagai contoh teladan. Jika agama didahului dalam apa-apa perkara yang kita semua buat, Insyallah kita akan senantiasa diberi pertolongan dan bantuan dari-Nya. Jadi marilah kita semua muhasabah diri sendiri. Berapa ramaikah di antara kita mampu bertindak seperti Nabi Yusuf? Kalau ramai lelaki seperti Nabi Yusuf, pasti tiada kes membuang dan menggugurkan anak, pasti tiada lagi kita melihat di dada-dada akhbar tentang gejala keruntuhan akhlah di kalangan Mahasiswa. Tetapi, sayang sekali, proses pendidikan kita tidak menghidupkan dan menjana tradisi pewaris nabi. Alangkah indah jika cinta kepada Allah menjadi teras pencintaan manusia dalam menegakkan ketuanan Islam di muka bumi, khususnya di kampus kita sendiri. Cinta itu indah,dan yang mengindahkannya itu adalah ISLAM.



Sebelum kalam berhenti berbicara,ingin penulis membuatkan pengakuan bahawa entry pertama penulis berkenaan dengan “Cinta” ini bukan untuk menunjukkan bahawa penulis sudah pakar dalam bab2 cinta ini, ataupon mempunyai tahap cinta yang tinggi pada Allah, tetapi sekadar untuk berkongsi dengan teman2 semua suatu isu yang penulis rasakan perlu di beri perhatian yang serius terutamnya kita yang bergelar Mahasiswa yang berdarah remaja, kerana melihat kepada banyaknya gejala2 kurang sihat hasil daripada kesilapan kita dalam kefahaman bercinta dalam erti kata yang sebenar.

2 comments:

Ukhti di jalan ALlah...= ) said...

Assalamua'laikum adik =) masyaALlah...semoga terus dewasa dlm menzahirkan 'suara hati' melalui penulisan nie...moga jua setiap bait ayat yg di coretkan bisa menyentuh hati2 yg membacanya utk sntsa kembali pada fitrah diri iaitu kembali kepada ALlah...; )

gym said...

Sekadar berkongsi anugerah Allah yang di berikan :)

InsyaAllah....