ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Mak,nak kawen tapi......... ::

Salam sayang buat semua......



“Mak, nak kawin tapi…….”
Tajuk inilah penulis akan cuba kupas pada entry kali ini. Penulis yakin dan percaya inilah persoalan yang sering bermain dalam benak fikiran anak-anak muda terutamanya kita yang bergelar Mahasiswa apabila berbicara tentang CINTA.Merasa seolah2 sudah jatuh hukum WAJI
B dah ke atas diri ini jikalau difikirkan sekali imbas. Percaya atau tidak, itulah yang pernah terjadi pada diri penulis sendiri,hehe…Tetapi setelah mengimbasnya pada kali ke-2, barulah penulis sedar bahawa bukan mudah untuk bergelar seorang SUAMI di kala masih lagi di alam Universiti di tambah pula dengan pelbagai lagi persiapan yang masih lagi kurang.Tetapi kalau sudah di takdirkan penulis bertemu jodoh awal,Alhamdulillah penulis ucapkan. Bagaimana pula dengan teman2 semua??, Penulis tidak nafikan, terdapat sesetengah daripada teman2 penulis sudah pon bersedia dan nasihat penulis, cepat2 la buat kenduri supaya dapat mengelak daripada timbulnya fitnah. Namun bagi teman2 yang senasib dengan penulis , yang “nak kawen, tapi…….??? “ , marilah sama2 kita hayati kupasan penulis pada entry kali ini.


Apabila kita membaca artikel2 tentang perkahwinan, antara perkara awal yang sering disebut ialah kebaikan berkahwin, dalil-dalil yang menggalakkan perkahwinan dan sebagainya. Orang yang memang teringin nak kahwin tak perlu diajar tentang kenapa dia perlu kahwin. Kalau tak disuruh pun, dia akan kahwin juga.Betul atau tak?? (hanya orang tertentu sahaja mampu jawab)

Tetapi, penulis merasekan kita jarang disajikan dengan PENAWAR untuk orang yang dah ‘tak tahan’ nak kahwin tetapi yang mempunyai syndrome “tapi….” yang mana “tapi” itu merujuk kepada masalah duit, akademik, jodoh, keluarga dan lain-lain lagi.

Penulis bawa satu Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:


Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Penulis yakin, teman2 semua sudah biasa mendengar hadith ini.Satu kesimpulan ringkas yang mampu penulis katekan ialah begitu indah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. kerana agama yang selari dengan fitrah manusia ini, agama yang memahami kehendak naluri nafsani, agama yang tahu hikmah yang tersirat di sebalik hakikat, apabila berbicara tentang berkahwin, disuanya dahulu penawar untuk insan-insan seperti penulis ini.

Hakikat berpuasa bukanlah sekadar berlapar dahaga, malah lebih jauh lagi, ialah mengawal hati, akal, anggota fizikal dan juga segala pancaindera daripada melakukan maksiat. Ia secara tidak langsung dapat menggerakkan jiwa supaya tenang menghayati hakikat kejadian kita di muka bumi ini.

Seperti yang pernah di kupas oleh ustaz Hasrizal dalam blognyer saifulislam.com, ini merupakan pesanan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada anak muda yang berkeinginan tetapi belum berkemampuan dalam pelbagai aspek.Mereka disarankan berpuasa kerana puasa itu mampu bertindak sebagai benteng yang menghalang dirinya menjamah larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala. Tetapi, penulis yakin dan percaya, persoalan yang sering di timbulkan oleh kita ialah, apa kaitannya puasa dengan kawen? Ada juga yang mengatakan bahawa,



“ ala, dah banyak kali dah puasa, bulan Ramadhan dah satu bulan, pastu di tambah pula dengan puasa sunat isnin khamis, ttp masih juga tetap dengan perasaan yang sama,tak ada kekuatan untuk lawan nafsu kawen nie..





Jika persoalan ini yang di timbulkan, penulis rasekan mekanisme puasa sebagai benteng penahan nafsu perlu difahami dengan sebetulnya.Suke untuk penulis berkongsi kupasan ustz Hasrizal kerana penulis rasekan inilah kupasan yang menjawab kepada persoalan tersebut.Andai benteng itu hanya benteng sekadar menyekat keinginan, risikonya tinggi. Tembok empangan itu akan pecah jikalau tekanan yang tolak menolak antara air dan empangan dibiarkan tanpa pengawasan.Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah(mendidik) nafsu yang berkeinginan tinggi.


Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.Apakah latihan itu?Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah.


Dalam suasana kehidupan kita yang semakin kondusif, hampir sahaja mendapat apa yang diinginkan, apa yang terkorban adalah kekuatan diri untuk mengawal keinginan. Apa hendak semua dapat, ketika kehendak itu hanya pada membeli buku, membeli pakaian, membeli gajet atau melancong ke sana sini. Tetapi tatkala kehendak itu adalah pada sebuah NIKAH, ia bukan lagi semudah mengisi kehendak-kehendak yang lain.Ada banyak yang perlu dipertimbangkan.


Manusia yang gagal berkata tidak kepada sebahagian keinginan diri, mereka menjadi hamba kepada nafsu dan diri sendiri. Manusia ini disesatkan oleh Allah, biar pun dengan ilmu yang berlapis tujuh di dada dan minda.


“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?” [al-Jaathiyah 45: 23]


Justeru, ayuh teman2 sekalian, yang merasekan sudah jatuh hukum Wajib kahwin, namun terhalang oleh 1001 halangan dan alasan, penulis sarankan kepada diri penulis dan teman2, kita wajibkan diri kita dengan jihad mengawal nafsu dan keinginan diri dengan guidline yang telah di gariskan oleh Rasulullah.Sebagai kesimpulan pada entry ini, mari lah kita sama2 menghayati maksud satu hadith yang bermaksud :


Bukanlah berpuasa itu sekadar menahan dari makan dan minum. Sesungguhnya puasa itu juga adalah menahan diri dari perkara yang sia-sia dan kotor (lucah). Jika kamu dimaki oleh seseorang atau diperbodohkannya, maka berkatalah: Sesungguhnya aku berpuasa [riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim / Sahih al-Targhib 1068]


0 comments: