ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Jom bercinta :)




Suke untuk penulis mengambil kesempatan pada entry ini untuk membetulkan konflik yang penulis rasakan perlu di betulkan dahulu dalam pemikiran sesetengah teman2 penulis sebelum penulis berbicara tentang "kawen @ Cinta" pada entry2 selepas ini..Penulis merasakan ramai teman2 yang perasan sejak akhir2 nie penulis sering berbicara mengenai CINTA sehinggakan hampir tiap2 waktu status YM penulis berkenaan CINTA...hehe.


Penulis pernah di ajukan satu soalan oleh seorang teman penulis yang berbunyi :


" gym, ko sejak2 akhir nie makin gatal erk?..asek2 pasal kawen jer..nt mesti dalam blog ko citer pasal kawen...pastu nanti mesti pasal cinta islam jer kan??..x leh ke klu x sentuh atau kaitkan ngan islam?"


Hm, agak terkejut jugak penulis bila mendengar soalan yg di ajukan ini. Apa yang penulis dapat respon kt sini ialah, secara umumnya, sebagai Manusia yang hidup di dunia pinjaman Allah ini, yang mane bila2 mase shj Allah bley hancurkan dunia ini haruslah sentiasa ingat bahawa satu2nya agama yang di redhai Allah ialah ISLAM..Penulis yakin dan percaya bahawa teman2 sudah biasa mendengar ungkapan ini.


ISLAM itu bukan hanya Agama semata2, tetapi apa yang lebih besar lagi ialah sebagai Cara Hidup kita yang merangkumi semua keyakinan, perbuatan dan perkataan kita setiap masa..Jadi, apa2 perkara yang kita buat di muka bumi Allah ini tidak dapat tidak kita tidak boleh pisahkan Agama dengannya...Jikalau berbicara mengenai ekonomi, mesti ade kaitan dengan ISLAM.jikalau berbicara mengenai perundangan, mesti ade kaitan dengan ISLAM.Jikaulau berbicara mengenai akademik, mesti ade kaitan dengan ISLAM..Samalah jugak jikalau berbicara mengenai CINTA, mesti ade kaitan dengan ISLAM..


Mungkin untuk penjelasan yang lebih lanjut dan pemahaman yang lebih mendalam, penulis sarankan supaya teman2 dapat membaca buku "Apa erti saya menganut ISLAM" karangan Allahyarham Fathi Yakan.Buku ini bagus sebagai permulaan kita untuk memahami ataupon macam maner hendak menggabungkan diri kita dengan ISLAM. Penulis pon masih lagi cube untuk mendapat kefahaman sebenar kandungan buku ini walaupon sudah beberapa kali membacanya..


Penulis akui memang susah untuk kita memahaminya, tetapi itulah hakikat yang perlu kita tempuhi pada realiti dunia masa kini yang tidak menekankan Pendidikan Agama sebagai Pendidikan Utama dalam kehidupan sebagai seorang Muslim..Nak tak nak, semuanya bergantung pada diri kita..Di samping kita sibuk mencari Ilmu dunia, apalah kiranya kita mengmbil sedikit waktu untuk mendalami juga Ilmu2 berkenaan dengan Agama kita sendri kerana berbekalkan pemahaman inilah sahaja yang mempu membentuk diri dan hidup kitake arah menuju SYURGA Allah..


InsyaAllah...


INDAHNYA HIDUP DALAM TAMAN2 ISLAM


0 comments: