ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Doa Awal dan Akhir Tahun - Salam Maal Hijrah :) ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....



Alhamdulillah, penulis dan teman2 masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah s.w.t kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1431h ini. Ye teman2 semua ESOK, 18 Disember 2009, kita akan menyambut kedatangan Tahun baru dalam Islam. yang juga merupakan salah satu Hari Kebesaran Umat ISLAM.Secare ringkasnya penulis ingin sebut di sini ialah semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat memulakan DIARI baru kehidupan seorang MUSLIM.

Jadi, di kesempatan ini penulis ade sertakan sekali Doa awal dan akhir tahun utk same2 kita membacenya..Harap dapt manfaat darinya...

Doa Awal Tahun :

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Inilah Doa nya :


Doa Akhir Tahun:

doaakhir.JPG

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka


Doa Awal Tahun :

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

doaawal.JPG

Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Selain itu kita juga mengambil sebanyak mungkin peluang untuk memperbaiki mutu kerja kita dalam menjunjung tinggi kalimah 'Lailahaillallah' serta tugasan harian kita yang lain. Sebaik-baik akhlaq adalah akhlaq yang dibawa oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. Jika kita meletakkan Allah sebagai matlamat, insya Allah kita semua akan jadi mudah untuk melakukan sebarang tugasan harian dalam hidup kita.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."” (Ar- Ra’d: 11)

Sabda Rasulullah saw: "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)

Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas kepada seluruh umat manusia. Selagi kita berpeluang mengecapi nikmat Allah, selagi itulah kita dituntut untuk berjuang di jalan-jalan Allah. Bila kita buat kerja Islam ni, labudda kita akan bertemu dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Jalan yang sedang kita lalui ini bukan dihamparkan dengan permaidani merah berwangikan haruman bunga mawar, tetapi yang menjadi santapan kaki-kaki kita adalah onak dan duri. Semoga kita dapat kembali kepada Allah s.w.t di akhirat kelak dengan hati yang sejahtera. Salam Maal Hijrah, salam ceria..senyung sokmo deh :)

P/s : Ambillah peluang keemasan ini.Rebutlah wahai umat Muhammad, mudah-mudahan Allah memberikan pengampunan kepada kita..


0 comments: