ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Power of MAHASISWA ISLAM ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua…

Alhamdulillah, kita same2 melahirkan rase syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi di beri kesihatan dan kekuatan pada diri kita untuk melakukan ibadah kepadNya, yang juga merupakan salah satu daripada nikmat Allah yang tak terkira banyaknya yang telah dikurniakan pada kita. Satu firman Allah yang bermaksud :

"Jika engkau bersyukur, maka akan kutambahkan (nikmat-Ku), dan jika engkau kufur (ingkar) sesungguhnya siksa-Ku amat pedih."(Ibrahim :7).


Memahami hukum syarak yang berkaitan dengan aktiviti seharian, adalah fardhu ‘ain bagi seorang Muslim. Namun mempelajari hukum syarak yang tidak berkaitan dengan aktiviti sehari-hari, adalah fardhu kifayah. Sebagai contoh penulis bw kat sini, Seorang petani wajib memahami hukum-hukam syarak tentang tanah, penyewaan tanah pertanian, kesuburan biji benih, teknik penjagaan tanaman yang sempurna dan sebagainya. Seorang tentera pula harus mema-hami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan sebagainya. Seorang doktor pula( Future to be ) wajib memahami hukum syarak tentang perubatan, pembedahan, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya.

Demikian pula seorang mahasiswa ISLAM, dia seharusnya memahami hukum syara’ yang berkaitan dengan kegiatannya sehariannya sebagai mahasiswa ISLAM. Maka dia wajib memahami kewajibannya yang utama dalam kedudukannya sebagai MUSLIM. So, inilah Tajuk yang akan kupas untuk entry pada kali ini iaitu MAHASISWA ISLAM.

“ Mahasiswa Jurubicara Ummah” “Mahasiswa Mendepani Massa” . Ini adalah ungkapan yang sering kita dengar dan secara tidak lansung telah mengangkat martabat MAHASISWA seperti penulis dan teman2 ke suatu tahap yang di pandang mulia oleh masyarakat. Mahasiswa dapat dikatakan sebuah komuniti yang unik yang memiliki idealism yang belum lagi dicermari oleh kepentingan individu lain kerana kita mempunyai dan menentukan kehidupan kita di alam kampus. Apa pula yang di maksudkan dengan MAHASISWA ISLAM @ MUSLIM? Ringkas dapat penulis nyatakan disini ialah yang di maksudkan dengan MAHASISWA ISLAM itu ialah MAHASISWA yang membawa imej2 ISLAM dalam hidupnya.


Atas dasar itulah, sebagai seseorang Mahasiswa Muslim, tugas utama yang wajib dipikul oleh kita setidak-tidak-nya ada 3 (tiga) yang dapat penulis berikan iaitu

Pertama : Menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Tugas ini berkaitan dengan posisi kita sebagai MAHASISWA yang aktiviti utamanya sehari-hari adalah belajar. Dalam hal ini nabi Muhammad saw telah bersabda:

“Menuntut ilmu adalah fardu bagi setiap muslim” [HR. Abu Dawud]

Penulis contohnya, haruslah mempelajari semaksimum mungkin ILmu Perubatan yang telah penulis ceburi ini supaya dapat merealisasikan cita2 penulis untuk bergelar seorang DOKTOR MUKMIN, insyaAllah..

Kedua : Mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang MUSLIM yang wajib mempunyai pandangan hidup Islam. Tanpa kajian Tsaqofah Islam yang mendalam, sukar membayangkan seorang Muslim mampu mempunyai pandangan hidup yang Islami malah bertambah sukar pula membayangkan dia mampu berfikir dan berperilaku secara Islami.

Tsaqofah Islamiyah adalah pengetahuan Islam yang dasar pembahasannya adalah Aqidah Islamiyah. Contohnya adalah pembahasan Aqidah Islamiyah, ilmu tauhid, tafsir, hadits,dan sebagainya. Tugas kedua ini tidak kurang pentingnya dengan tugas pertama kerana tugas ini sebenarnya adalah tugas asas setiap Muslim, sama ada mahasiswa ataupun bukan. Setiap Muslim wajib mempunyai pengetahuan Islam yang memadai agar dapat menjalani kehidupan sesuai dengan Islam. Jadi, jika tugas pertama tadi tujuannya adalah untuk hidup, maka tugas kedua ini tujuannya agar kita dapat hidup dengan benar.


Ketiga : Memikul dakwah Islamiyah. Tugas ini berkaitan dengan statusnya sebagai seorang Muslim dan sebahagian dari keseluruhan umat Islam seantero dunia. Kita wajib mempunyai sikap mengambil tahu keadaan dan realiti umat dan berjuang untuk mengubah keadaan agar lebih baik. Mahasiswa Muslim tidak seharusnya hanya memikirkan dirinya sendiri sahaja, sebab sikap ego dan mementingkan diri ini jauh terpesong dari nilai-nilai Islam yang menghendaki adanya sensitiviti kepada manusia lain. Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa pada pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka.” [HR. Al Hakim]

Oleh kerana itu, tidak seharusnya seorang mahasiswa Muslim berdiam diri menyaksikan kekufuran dan kemaksiatan menggila disekelilingnya dan berdiam diri sahaja menyaksikan ideologi kapitalisme yang kafir menguasai dunia. Nabi saw mencela orang yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri terhadap kemaksiatan sebagai syaitan yang bisu. Sudahlah syaitan, bisu lagi! Na’uzhu billah min dzalik! Nabi Saw bersabda:

“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim]

Dikaitkan dengan tugas kedua, maka tugas ketiga ironinya seperti berikut: jika tugas kedua tujuannya adalah: Kita dapat hidup dengan benar, maka tugas ketiga ini tujuannya adalah: Kita dan saudara-saudara umat Islam kita dapat hidup dengan benar.

Mahasiswa Muslim yang mempunyai pandangan hidup Islam adalah generasi harapan umat. Di bahu merekalah (bersama lapisan umat yang lain) terpikul tanggung jawab melakukan perubahan masyarakat menuju masyarakat yang diredhai Allah swt.Bukan saatnya lagi untuk bersikap keanak-anakan dengan ego dan mementingkan diri sahaja, sementara umat Islam dibiarkan begitu sahaja terkontang-kanting hidup sengsara dan hina dina di bawah hegemoni ideologi kapitalisme yang bathil yang dipimpin oleh US dan sekutu-sekutunya. Tugas ini sememangnya berat, namun kemuliaan menunggu dihadapan. Marilah kita singsingkan lengan baju dan menyahut seruan untuk menyongsong kejayaan Islam!


0 comments: