ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Doa mereka yg dizalimi ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua...

Sedih dan kecewa hati penulis semalam terubat sebaik sahaja kedua2 biji mate penulis berjaya menatap wajah salah seorang ikon Gerakan Islam yang penulis kagumi iaitu Ustaz Zulkifli Ahmad ketika mendengar Khutbah Jumaat pada hari ini. Beliaulah satu-satunya ustaz yang pernah menyebabkan penulis mengalirkan air mata semasa mendengar Khutbah Jumaat, seperti yang pernah penulis ceritakn pada entry2 yg lepas. Mungkin entry ini tiada kaitan langsung dengan tema "REMAJA, MAHASISWA, dan PEMUDA" yg penulis cuba bawakan pada bulan Disember ini, ttp hanya sekadar untuk berkongsi dengan teman2 apa kandungan Khutbah Jumaat yg di sampaikan oleh Ustaz Zul td yang mane boleh penulis kelaskan sebagai isu polimik yang berlaku sekarang..

" Doa mereka yang dizalimi ". Itulah tajuk khutbah yang di sampaikan oleh Ustaz Zul td. Secara ringkasnya, Islam, agama yang kita sayangi tidak menganjurkan kepada Umatnya untuk membuka atau menceritakan aib atau keburukan seseorang kepada orang ramai, namun Islam tidak melarang umatnya untuk berdoa kepada Allah untuk membinasakan golongan2 yang menentang ISLAM..

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut:

“Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”.

Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.


Itulah serba ringkas kendungan Khutbah Jumaat penulis dengar pada tengahari tadi..Justeru berhati-hatilah kita dengan Doa kerana ia merupakan senjata umat islam. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, sama2 lah kita memuhasabah diri sendiri.

1 comments:

Hamba Allah said...

terlebih dahulu berlapang dadalah. mmg hak orng yang dizalimi untuk bedoa.. tiada yang salah dalam artikel ini. Islam tu agama sepanjang zaman. Tapi pendekatan nya kena sesuaikan ikut masa dan tempat... kenapa wujudnya 4 mazhab berlainan.? adakah Islam itu 4 macam yang berlainan? jawapan nya tidak. tapi dia kena sesuaikan ikut kehidupan masyarakat tempatan. kenapa dulu ada hakikat tapi sekarang kita guna syariat, tu sebab kena sesuaikan dengan zaman...
zaman sekarang, yang berakhlak dan semakin berisi semakin tunduk tu yang lebih dipandang. nilai kita disisi Allah adalah taqwa dan nilai kita disisi manusia adalah akhlak yang soleh...
Nabi juga suruh kita jadi macam pokok, bila dibaling batu dibalas dengan buah...
Ingat x kisah nabi ALlah dulu, pernah dipelawa oleh malaikat untuk menghempap gunung ke atas orang musyrikin. apakan respon nabi???? fikir-fkirkan... kita menang dalam politik tapi pastikan kita juga menang dalam mengajak manusia mengenal agama Allah islam... jauhkan iman taqlid dalam diri kita semua...