ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: SALAM RAMADHAN 1431H ::

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sayang buat semua....

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Dinanti atau tidak, pada saatnya nanti si Kepompong itu akan menjadi kupu-kupu nan cantik. Dinanti atau tidak, pada saatnya nanti beduk tanda berbuka akan bertalu… dan takbir lebaran akan berkumandang.
Namun, sudahkan diriku berubah demi bulan nan suci dan penuh rahmat ini???
Alhamdulillah syukur nikmat…tinggal beberapa hari sahaja lagi, semua umat ISLAM seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang mulia dan bulan yang penuh keberkatan bagi seluruh umat Nabi Muhammad S.A.W iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Di bulan inilah segala amalan dilipat kaligandakan oleh Allah. Jikalau dianalogikan bilamana terdapat MEGASALE or PrOMOTION di Pasaraya-Pasaraya ataupun yang baru sahaja berakhir, PC FAIR( PICOM), kita dapat melihat ribuan manusia membanjiri tempat2 tersebut kerana tahu dan sedar bahawa disana terdapat barang2 yang boleh dibeli dengan harga yang murah dan banyak pilihan yang ada. Tinggal sahaja kita untuk memilihnya sahaja.

Begitulah jua, andai Kita betul2 dapat menghayati begitu besar dan banyaknya PROMOTION dan MEGASALE PAHALA yang Allah ingin berikan kepada HambaNya di bulan ramadhan ini, nescaya, pasti dan pasti ramai yang ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu ketibaannya. Namun, agak jarang kita lihat perkara ini berlaku, malah yang lebih sedih apabila kebanyakan daripada kita lebih membesarkan Hari Raya Puasa walhal belum lagi menjejaki bulan Ramadhan. Buktinya, pergilah ke mana2 Pusat Membeli belah yang terkenal, sudah ada banner Promosi Hari Raya, malah kedengaran juga lagu-lagu raya didendangkan..Inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Keinginan untuk berjumpa Bulan Ramadhan sudah tidak lagi dirasai lagi. Justeru, ayuh, marilah kita sama2 semarakkan kembali KEAGUNGAN dan KEHEBATAN RAMADHAN ini..



Penulis tidak berhajat untuk mengulas panjang kerana penulis sedar dan percaya teman2 sudah sedia maklum tentang kelebihan Ramadhan ini. Cukuplah sekadar penulis memberi peringtan agar kita sama2 dapat manfaatkan Ramadhan yang datang dengan sebaiknya. Sekadar ingin berkongsi dengan semua, ptg tadi time waktu study group, penulis di dengarkan dengan sidikit tazkirah pembakar semangat untuk terus beramal. Terasa luluh jiwa tatkala mengimbau kembali apakah bekalan yang ada sudah mencukupi untuk dibawa bertemu Sang Pencipta andai dijemput oleh Izrail..Kredit tu Muzuk a.k.a Lia...Moge memberi kekuatan untuk terus beramal di bulan Ramadhan dan seterusnya...Jom layan beberapa Firman Allah dan Hadith Nabi tentang Ramadhan.....

Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.

Nabi bersabda,
“Bukanlah puasa itu semata-mata meninggalkan makan dan minum tetapi puasa ialah meninggalkan perbuatan sia-sia dan cakap kosong. Jika sesiapa dimaki atau diperbodoh oleh seseorang katakanlah;’Saya berpuasa, saya berpuasa”(Riwayat lbnu Khuzaimah dan lbnu Hibban).



Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
(Kutipan khutbah Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam menyambut Ramadhan)

“Dan berbekal lah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa”
Surah Al-Baqarah ayat 197.


Seperti yang sedia maklum, matlamat akhir ibadah puasa ini adalah supaya kita menjadi orang2 yang bertaqwa. Oleh itu, ayuh sama2lah kita mengerjakan Ibadah Puasa ini dengan penuh Keimanan dan Mengharapkan keampunan....

Sebelum malaikat maut menjemputku
Sebelum kubur menjadi rumahku
Sebelum pintu taubat ditutup untukku
Sebelum Ramadhan tiba di hadapanku
Penulis mohon maaf zahir dan batin....

Saif Al Nidham mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak Buat semua....... ;)

" BERBAKTI SELAGI MAMPU "

2 comments:

lia said...

huhuhu~~~weh..thnx acknowledge~aku pon rasa diri aku X bagus sgt2....betol~moga kita sentiasa beringat..=)

saif al nidham said...

same2 :)....