ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Menjawab persoalan yg di ajukan

Bismillahirrahanirrahim

Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
(Al-Baqarah:32
)


Pertamanya saya ucapkan terima kasih kpd saudara/i yg sudi ziarah blog saya. Maafkan saya kerana saya rase untuk menjawab persoalan saudara/i saya perlu 'post' di laman utma blog.

Satu persoalan yang ditimbulkan yang mana saya bley ringkaskan "aku nak berubah,tp aku x nak jadi hipokrit'


Saya tidak akui untuk melakukan perubahan dalam diri kita memerlukan jangka waktu yang lama malahan yang lebih penting lagi ialah kekuatan dalam menghadapi perububahan tersebut. Sperti yang telah saya bicarakan sebelum ini dalam entry saya yg bertajuk "hijrah dan Perngorbanan", dalam satu firman Allah, dalam surah Al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka."

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Lagi firman Allah dalam surah al-Naml surah, ayat 62, Allah bagitau kat kita :

“ Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.”

Jadi, tidak salah kita berdoa memohon kepadaNya, bermanja-manja dengan TUHAN KITA, meminta pertolongan padaNya. Allah kata dalam ayat di atas Allah perkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa padaNya. So,apa tunggu lagi? rebutlah peluang yang telah dihidangkan!!!!

Kita harus memahami dan yakin bahawa Allah, TUHAN yang TAKKAN PERNAH MUNGKIR JANJI. Masih lagi keliru? Sebab tak nak ‘kononnya’ berubah kerana Diner? Tak nak nanti orang kata hipokrit?Mungkin saya agak kasar sedikit, tapi saya perlu sebut juga.

Tengok ayat ni, Al-mukmin 40:60

Dan tuhanmu berfirman, “ Berdoalah kepadaKU, nescaya akan aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau menyembahKU akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”

Allah tahu waktu bila kita hipokrit, waktu bila kita perlukan pertolongannya. So now its time to ask! Ask from Him! Mintalah. Mintalah dengan penuh khusyuk, menangislah. Kalau sebelum ni tak pernah menangis kepadaNya, ( Takde airmata? Tak tau camne nak menangis sebab tak pernah menangis?) belajarlah. Hanya kepadaNya sahaja menangis, cubalah. Tak nak menangis seumur hidup pada orang lain tak mengapa tapi kepadaNya, harus! Malu nak nangis depan orang, menangisla dalam sujud. Jika masih tak boleh bangun qiam, solatlah sebelum tidur dikala sunyi sepi manusia lain sedang enak tidur, bercakaplah berdua denganNya minta pertolongan.

Kerana doa kepada Allah harus dituruti dengan memenuhi perintahNya dan beriman kepadaNya, maka berubahlah. Tak salah berubah kerana Dinner andai telah di tetapkan oleh Allah Dinner inilah merupakan titik permulaan kepada perubahan dalam diri kita

Sebeum saya tutup perbincangan ini, secara konklusinya pada hemat saya, jikalau anda berubah menuju redha Allah, itu bukan lah hipokrit ttp mainan syaitan..Yakin dan percayalah bahawa kita tidak mampu utk menutup mulut manusia, ttp apa yang lebih penting ialah Allah yang Maha Besar tahu apa sebenarnya yang terdetik dlm sanubari kita..

P/s : Maaf saya pinta andai kata jwpn saya nie tidak menjawab kpd soalan saudara/i yg diajukan.saya bukanlah seorang manusia yang sempurna, ttp seorang manusia yang juga sama sifatnya seperti saudara/i yang mane masih byk lagi ilmu yg belum saya dalami.

2 comments:

Anonymous said...

you are good enough shaiful!!!
well done..thanks a lot
..saya tau bahawa perubahan memerlukan niat dan 'determination'..
sy juga tau perubahan dlm erti kate yg sebenar tidak harus dlm keadaan yg tergesa2..bimbang ianye hanya untuk seketika..
saya tidak malu mengakui yg amalan saya kpdNYA selama ini tidak pernah mencukupi..mungkin hati sy btmbah gelap dlm keadaan begini..terumbang-ambing tanpa ilmu yg cukup..kasihan kan..??haha.. =(
inilah antara tujuan sy menjenguk blog saudara..sy tau saudara boleh membantu..insyaAllah..
sekali lg..terima kasih atas nasihat dan ilmu yang dikongsikan..sape tau..dinner ini adalah titik permulaan kepada perubahan dlm diri ini..
may ALLAH bless u..
see ya at PICC..
=)

gym said...

Sama2 kita mengambi manfaat drnya....