ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Selamat Hari lahir buat Ku..

Alhamdulillah….

Setinggi kesyukuran aku panjatkan kepada Allah,tuhan yang Maha Agung kerana masih lagi memanjangkan umurku kerana pada hari ini, 2 Ogos 2009 secara rasminya umurku mencecah 22 tahun.Inilah hakikat yang harus aku terima bahawa umurku sudah meningkat tetapi hidupku semakin singkat. Singkatnya kerana hidupku sudah menghampiri kepada kematian.

Teringat kata-kata Imam Ghazali:
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”

Ya, Sudah 22 tahun aku bernaung di bumi Allah ini. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai sahabat-sahabat mengucapkan selamat dan semoga panjang umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap manisia sudah ditetapkan? Aduh, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini,untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning “

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Buat sahabat, teman dan kenala, terimakasih atas ingatan kalian terhadap diri ini yang penuh kehinaan ini. Doakan aku supaya segala impian aku menjadi kenyataan untuk menjadi seorang Doktor yang memperjuangkan Agama Allah..


Selamat Hari Lahir Buat diriku,Mohd Shaiful Nizam Bin Mamat Nasir.



0 comments: