Alhamdulillah, akhirnya Program Medical Career (MeCCa) 2009 berjaya melabuhkan tirai dengan jayanya. Program yang berlangsung selama 2 hari ini (15 dan 16 ogos) merupakan program khas yang diadakan untuk abang2 dan kakak2 final year di samping untuk memberi pendedahan awal kepada organisasi MeCCa berkenaan prospek kerjaya yang ada sebagai seorang pengamal perubatan.. Pengisian berbentuk Talk, sesi interaksi, sidang plano, forum dan job mock interiew telah menghiasi program ini selama 2 hari.
Untuk pengetahuansahabat2 sekalian, Saya merupakan Pengarah untuk program ini. ALhamdulillah, Walaupon pada mulanya agak keberatan untuk menerima jawatan yang ditawarkan, ttp berbekalkan keyakinan dan kepercayaan saya pada satu Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :" Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan sesuai dengan kemampuannya"
saya menerima dengan rela hati. Memang berat apabila menerima suatu amanah, lebih2 lagi jawatan yang paling tinggi dalam sesuatu organisasi. Tetapi itulah hakikat hidup yang harus kita terima bahawa kita tidak selamanya berada pada tempat yang sama. Ada satu masa di mana Allah akan memberi isyarat kepada diri kita untuk berubah dan maju kehadapan. Kita tidak mengetahu apa yang telah disajikan oleh Allah dalam hidup kita, ttp yakin dan percayalah wahai sahabat2 semua bhwa segala caturan Allah dala hidup kita, itulah yang terbaik. Cumanya kita kadang-kala tidak menyedari isyarat yang Allah tunjukkan pada kita menyebabkab kita kadang2 merasakan itu bukan yang terbaik untuk kita.
Di sebalik kejayaan program ini sebenarnya tersimpan 1001 kenangan atau memori indah dan pahit yang terpaksa di telan oleh organisasi MeCCa 209. Sekadar untuk berkongsi satu peristiwa yang berlaku pada diri saya selaku Pengarah Program 3 hari sebelum menjelang hari program. Saya rase cerita ini sudah di ketahui umum oleh kebanyakan sahabat2 yang rapat dengan saya sehingga menyebabkan saya demam..huu
Buat pertama kalinya dalam hidup saya bergelar Pelajar Perubatan di panggil datang ke Pejabat Dekan Dan Pengarah PPUKM untuk bertemu dengan Prof Dato Lokman Saim. Kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa, 11 ogos jam 4 ptg dimana tujuan perjumpaan tersebut adalah untuk berbincang mengenai program MeCCa. Di ringkaskan perbualan kami pada petang itu, Dato Dekan telah "memarahi" saya di atas satu incident yang amat memalukan bagi saya( x perlu kot untuk korng tau apa incident sebenarnya). Saya hanya mampu terdiam kerana saya tahu itu adalah kesalahan yang tidak patut di lakukan. Sehinggalah pada keesokan harinya saya telah di serang Influenza-like fever yang mencecah 38 '.huuu..“Boleh tak kalau saya nak jatuhkan botol air ini??”.Tanya seorang guru kepada anak muridnya bagi mengisi masa kelasnya yang berbaki 5 minit sebelum tamat. “Mestilah boleh cikgu,takkan tak boleh,cikgu tolak je botol then dia jatuh la cikgu”.Teriak pelajarnya yang bernama Karim dari bahagian belakang kelas.
“Erm betul jawapan kamu tapi adakah botol itu akan jatuh dengan hanya mendengar teriakan kamu?Tanpa ada sebarang inisiatif atau gerak kerja dari kamu botol ini takkan selama-lamanya akan jatuh.Betul atau tidak kata saya?” Semua terdiam termasuk Karim,betul kata cikgu Salman,bagaimana botol itu mahu jatuh jika tidak ada orang yang mengerakkannya dan menjatuhkannya.
Salam sayang buat semua..

0 comments:
Post a Comment