ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Apa erti sebuah kemerdekaan


Salam merdeka pada semua....

Alhamdulillah, genap pada hari ini, 31 Ogos 2009 negara kita, Malaysia menyambut Kemerdekaan yang ke-52. Bertemakan Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Terang lagi tersuluh, kepimpinan baru Negara mahukan satu anjakan paradigma yang menyeluruh, yang tidak hanya sekadar indah pada slogan semata-mata ttp apa yang lebih bermakna ialah penghayatan yang sebenar.

Atas kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kali ke 52 buat rakyat Malaysia. Jadikanlah kemerdekaan ini sebagai kemerdekaan hakiki. Bukan sekadar melaungkan "merdeka! merdeka! merdeka! ", tetapi penghayatan yang menyeluruh dalam diri bergelar muslim.

Sambutan kemerdekaan pada kali ini berbeza pada tahun2 sebelumnya kerana sambutan kemerdekaan yg ke-52 ini di sambut dengan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak yang dinantikan oleh umat islam sekaligus memberi impak yang sebenar kepada kita yang bergelar muslim untuk bebas dari segala aspek..

Namun, masyarakt Malaysia khususnya golongan anak2 muda hari ini jelas menunjukkan bahawa mereka sebenarnya masih lagi "di jajah". Jadi apakah erti sebenar Kemerdekaan yang di kecapi selama 52 tahun ini??

Bagi saya, Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة:

Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.


Merdeka dari perhambaan selain Allah SWT. Merdeka dari kesempitan dunia ini kepada keluasan Akhirat. Merdeka dari kezaliman kepada keadilan yang dianjurkan oleh Islam. Itulah antara intipati ungkapan tersebut.

Saya percaya bahawa, apabila kita berjaya menyentuh makna merdeka yang disebut oleh Rib’i bin Amir ini, dalam kehidupan kita, nescaya kita akan berjaya memerdekakan diri kita dari semua anasir yang merosakkan kehidupan kita, yang menyekat kemajuan kita, dan yang membantutkan potensi kita.

Taat dengan manusia, ada kalanya satu kemuliaan, dan ada kalanya satu kehinaan. Namun, taat kepada Allah, sentiasa merupakan satu kemuliaan. Sesaat pun tiada kehinaan. Susah kita dibayar, penat kita dibalas. Menahan nafsu pun mendapat pahala, apatah lagi berbuat amal kebaikan dalam kehidupan kita. Semuanya ada ganjaran. Walau sebesar zarah.

Dengan memepunyai kemerdekaan yang hakiki ini, barulah kita mampu melepaskan diri dari ‘penjajahan yang lebih besar’.

Apakah penjajahan yang lebih besar?

Bukannya penjajahan sesebuah negara, tetapi penjajahan minda dan aqidah.

Negara kita, sudah 52 tahun merdeka. Namun anasir-anasir luar masih pekat dalam kehidupan masyarakat. Agama rasmi kita adalah Islam, namun tiada perkembangan dalam mempraktikkannya dalam perundangan secara menyeluruh. Kita masih mengambil produk-produk barat. Kita masih tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Masih ada unsur perpecahan dan sebagainya.

Kenapa? Kenapa masih begitu? Kerana kita dijajah dari dalam. Dari minda. Dari dalam hati. Penjajahan fizikal, mungkin kita boleh tentang dengan fizikal juga. Namun, dijajah oleh minda, hanya yang tersedar sahaja yang mampu menentangnya.

Kadang-kadang, ada manusia tidak mahu membincangkan hal kemerdekaan yang sebenar ini. Dia takut. Takut untuk menyedari bahawa dia sebenarnya belum merdeka. Dia lebih rela, untuk duduk dalam mimpinya.

“Saya merdeka, saya merdeka” Tapi pakaiannya pakaian penjajah, hidupnya hidup penjajah. Dan ketahuilah bahawa, penjajahan itu masih berjalan, berjalan dan terus berjalan, merayap mempengaruhi kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Manusia yang tidak memahami tuntutan Allah SWT kepada-Nya, dan tidak faham pula akan perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya, tidak akan mampu untuk melepaskan dirinya dari penjajahan.

Kita sebagai orang Islam, hidup dengan matlamat untuk mendapat redha Allah, pada mata kita, segala apa yang terkeluar dari perintah Allah SWT, dan termasuk dalam larangan-Nya, adalah satu penjajahan pada kita.

Banggakah kita dengan kemerdekaan dan pembangunan mencakar langit, tetapi wahyu Allah swt dan sunnah RasulNya saw tidak mendapat tempat selayaknya ?

Gembirakah kita dengan kemerdekaan dan kemajuan Negara sedang berlaku peningkatan indeks jenayah dipelbagai kategori yang begitu menggerunkan ?

Apalah erti kemerdekaan ini , tatkala ummah masih terbelenggu dalam system hidup penjajah yang akhirnya meletakkan masa depan yang sangat buruk bagi budaya , akhlak dan aqidah mereka ?

Sepatutnya rakyat dididik dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk mempertahankan agama dan Negara . Malang , bukan sahaja mereka tidak dididik dengan semangat juang yang tinggi , mereka terus dilekakan dan dibuai dalam hiburan yang tidak bertepi .

Saya percaya , anak – anak muda hari ini tidak mampu menghayati erti kemerdekaan . Malah mereka tidak berupaya mewarisi semangat juang kental untuk pertahankan agama dan Negara.

Anak – anak muda hari ini , lebih mesra dengan lumba motor , dadah , lepak , hiburan , pesta dan sebagainya. Mereka tidak memiliki semangat patriot dan tidak mungkin memilikinya dengan hanya sekadar dikerah mengibarkan jalur gemilang dan menyaksikan letupan bunga api ke angkasa tanpa mereka diberi kefahaman dan dididik dengan roh perjuangan yang tulen .

Kalaulah Negara kita diserang musuh sebagaimana yang dialami oleh Iraq , Afghanistan , Palestin dan Lubnan , saya tidak boleh menaruh harapan kepada anak – anak muda atau mereka yang hanya mengibar jalur gemilang dan bersimpuh dihadapan artis pujaan untuk membela dan mempertahankan agama dan nusa .

Saya cukup bimbang melihat sebuah Negara yang merdeka dalam skima penjajah .Namun apakan daya , itulah tanahairku .




0 comments: