ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Misi tercapai...!!!


Alhamdulillah, itulah yang saya mampu ungkapkan sebaik sahaja mendengar wisel penamat perlawanan Bola Sepak menentang 5th year pagi td.. Dengan jaringan sebanyak 4 gol berbalas 1, kami (4 year) di tabalkan JOHAN Bola Sepak utk Liga Antara Tahun 2009 :) Pada perlawanan menentang 5 th year hari ini, Alhamdulillah saya menjaringkan 2 gol untuk meletakkn pasukan kami di hadapan sebaik sahaja abis separuh mase pertama..jadi keseluruhan jaringan saya pada tahun ini ialah 6 gol :) ( klu x,myb bertambah lagi kot sbb time lawan 1st year saya x maen,hehe :) )


Namun saya ada jugak ade mendengar ura2 mengatakan bahawa semua game temasuk la Bola tampar laki n pompuan,Bola jaring dan jugak Bola Keranjang, JOHAN utk setiap game di menangi oleh pasukan 4th year, tp sya x pasti sangat, klu btol khabar angin tu, maka sekalung TAHNIAH dan SYABAS utk semua pemain bagi Liga Antara Tahun 2009 yang mewakili 4th year kerana " We are The Champion Of the Year" ....tp yang pastinya, kami (pasukan Bola Sepak 4th Year) berjaya merealisasikan VISI kami pada tahun ini iaitu "mempertahankan kejuaraan Tahun Lepas" :)




Berikut merupakan Keputusan utk setiap match yang kami tempuhi :
  • 4 th year VS 1 st year : 2 - 0
  • 4 th year VS 2 nd year : 5 - 1
  • 4 th year VS 3 rd year : 4 - 1
  • 4 th year VS 5 t year : 4 - 1
Satu lagi yang saya ingin kongsi ialah kemenangan pada tahun ini memang begitu unik sekali..Pertamanya kami memenangi kesemua perlawanan dan yang ke-2 nya ialah jaringan utk setiap perlawanan memang besar :) Alhamdulillah, inilah Hadiah n rahmat dari Allah utk hamba2 nya yang berusaha keras utk mencapai apa yang di ingini!..



So, apa sebenarnya maksud KEMENANGAN? Ya, Kami menang dalam liga antara tahun juga merupakan KEMENANGAN..tp adakah ini KEMENANGAN yang hakiki? Bercerita tentang kemenangan, janganlah kita melihat kemenangan itu pada satu-satu sudut sahaja. Kemenangan itu perlu dilihat secara global. Kemenangan itu mula-mula sekali perlu diketahui, ada kemenangan di dunia dan ada kemenangan di akhirat. Maksudnya di sini, ia boleh kita perolehi di dunia, yang mana ini bersifat sementara dan boleh juga kita mendapatnya di akhirat, ini bersifat hakiki. Boleh kita dapat salah satu, dan boleh juga kita dapat kedua-duanya.

Mari kita ceritakan dahulu tentang kemenangan di dunia. Kemenangan di dunia ini terbahagi kepada dua, ada kemenangan berbentuk lahiriah dan ada kemenangan berbentuk batiniah atau rohaniah. Yang lahiriah itu lebih berbentuk material seperti mendapat kuasa kerajaan, menang dalam Liga Antara Tahun, dan menjadi top student. Yang rohaniah pula adalah seperti meningkat iman, boleh khusyuk dalam sembahyang, rasa berdosa, rasa bertuhan dan tenang dengan masalah dunia. Kemenangan lahiriah tiada jaminan Tuhan. Kemenangan lahiriah adalah nikmat Tuhan yang belum tentu berserta rahmatNya. Kemenangan lahiriah boleh jadi Tuhan beri atas rahmatNya dan boleh jadi juga berlaku secara istidraj atau kemurkaanNya.

Manakala kemenangan rohaniah sudah pasti berlaku atas rahmat dan kasih sayang Tuhan. Ia disebut juga sebagai al jannatul ‘ajilah atau syurga yang disegerakan. Kemenangan rohaniah ada jaminan selamat dari Tuhan. Kalau tidak di dunia, di akhirat selamat. Itu sebabnya dalam hendak mengusahakan kemenangan, eloklah diusahakan kemenangan rohaniah terlebih dahulu. Ataupun setidak-tidaknya, dua-dua itu hendaklah berjalan seiringan.

Kemenangan di akhirat pula, adalah anugerah Allah atas kemenangan rohaniah yang kita dapati di dunia. Lazimnya, orang yang mendapat kemenangan rohaniah di dunia, sudah Allah sediakan kemenangan di Akhirat. Kemenangan di akhirat ini boleh diberi contoh, seperti mendapat keampunan Tuhan, dilepaskan daripada azab neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kemenangan di akhirat adalah kemenangan hakiki. Kemenangan yang selalunya diperkatakan Tuhan dalam Al-Quran banyak menjurus kepada kemenangan di Akhirat. Kemenangan di Akhirat inilah yang sepatutnya menjadi cita-cita setiap hamba Tuhan di muka bumi ini.


Sama-samalah kita Muhasabah menuju redha Allah...

0 comments: