ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN

Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Sedarkah Kita???

"Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU."


”Welcome to Ramadhan Great Sale ” Jangan lepaskan peluang!! : Jualan Pahala besar-besaran, Diskaun dosa sehingga 99 % + first prize Lailatul Qadr” Buruan! Hanya 30 hari!! Cepat2..."

Inilah sms yang biasa kita terima sebaik sahaja menjelang Ramadhan. saya teringat perkataan seorang teman tentang kalimat ini:

"Ramadhan is the Great Sale."


Namun, rutin seharian yang kita jalani setiap hari tanpa tersedar mengheret kita ke arus perubahan waktu. Sedar tidak sedar kita sudah menjalani puase lebih daripada 10 hari. Hari ini sudah masuk ke hari yang ke-12..huhuhu...cepatnya masa berlalu kan..

Dalam 10 hari berpuasa cuba kita ingat dan muhasabah diri kita. Apa yang kita dapat dalam 10 hari pertama? Apa amal baik yang kita telah buat? Pada tahap manakah kategori puase kita? Di manakah kita berada? Adakah puase kita nie termasuk dalam pose khusus? ATAU puase kite nie pada peringkat yang KE-3..??? Puase yang setakat dapat lapar dan dahaga sahaja...huhuhu...harap2 tidak lah hendak nya ek.

Diriwayat dalam hadis yang sahih dengan mahfum-nya :

"10 malam yang pertama pada bulan ramadhan adalah Rahmat, 10 malam kedua dalam Ramadhan adalah pengampunan dan 10 malam terakhir dalam bulan ramadhan adalah dijauhkan dari azab api neraka"

Oleh itu, kita dah melalui 10 malam yang pertama bulan ramadhan, iaitu malam Rahmat. Kita imbas kembali 240 jam yang lalu, apa yang telah kita Lakukan untuk mendapat rahmat Allah? Kita tnya diri kita apa yang kita dapat dalam 10 malam tersebut...??? adakah kita inginkan Rahmat dari Allah..??? adakah kita berusaha mendapatkan nya..??? tepuk dada tanya Iman...

Saya sempat juga membaca beberape artikel ketika study week nie.huu, ye la, penat2 menelaah buku, ade jugak la masa nak tgk2 artikel baru.hehe..sekadar berkongsi ngan teman2 semua....

"10 sifat seorang muslim berdasarkan pandagan Hassan Al-Banna"
  1. Akidah seorang muslim.
  2. Mulakan sesuatu perkara dengan niat kerana Allah s.w.t.
  3. Memiliki akhlak yang kukuh(Akhlak Islamiyah).
  4. Mampu berdikari.
  5. Berwawasan yang luas dan mempunyai matlamat hidup yang betul.
  6. Kekuatan fizikal.
  7. Perangi hawa nafsu.
  8. Perancagan hidup
  9. Jadual yang teratur.
  10. Sentiasa bermanfaat kepada orang lain.

"Mujahid merupakan seorang yang menang dalam memerangi hawa nafsunya sendiri"

Jadi secara ringkasnya apa yang saya ingin berkongsi pada entry kali ini ialah sama-sama lah kita muhasabah diri kita. Satu per tiga Ramadhan telah meninggalkan kita. Tahun pertama di Universiti Ramadhan telah berakhir. Beruntunglah orang yang berjaya melepasi tahun pertama dengan mendapat rahmat Allah untuk mengejar Ijazah pada hari konvokesyen nanti iaitu "ijazah Taqwa".

p/s : Nak sambung study balik..Peads and Ortho!!!!!!!!!!!!

"Ya Allah, bantulah HambaMu dalam menghadapi exam. Berkatilah segala apa Ilmu yang telah Kau ajarkan pada Kami. Apalah jika sekiranya kau kurniakan kejayaan kepada Kami agar kami tergolong dalam golongan yang sentiasa bersyukur dan terus berjuang menegakkan Kalimah Islam Mu ya Allah"

0 comments: