ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Selamat Kembali semua..

Salam sayang buat semua..

Selamat kembali ke 'alam persekolahan' penulis tujukan kpd semua teman2 setelah hampir seminggu kita 'off' untuk menyambut hari kemenangan dan kebesaran Umat Islam a.k.a "Aidil Fitri". Tidak terlambat lagi bagi penulis untuk mengucapkan Salam Lebaran buat semua.Penulis berharap agar teman2 semua bergembira dan telah mencapai 'target' puasa kita, walaupon kita tak mengetahui samaada "ijazah TAQWA" yang Allah sediakan telah mampu kita capai atau tidak, namun biarlah ada penghijrahan kita ke arah yang lebih baik berbanding hari2 yang lalu. Walaupon perubahan yang kita alami tidak dapat di kesan oleh teman2 lain, ttp dapat di rasai oleh diri kita sendri, tahniah penulis ucapkan kepada anda! Teruskan istiqamah dengannya dan ingatlah sentiasa, Allah alwaiz be there for u ..!! :)

Ha, sebelum penulis lupe, penulis nak rakamkan jutaan tahniah pada teman2 yang lulus dengan jayanya posting yang lepas.Moge kejayaan yang di berikan dapat memberi kekuatan untuk terus berjuang menuju cita2 sebagai seorang Dr Mukmin :) di samping dapat mendekatkan diri kepada Allah.Kepada teman2 yang kurang bernasib baik( senasib ngan penulis), tersangkut satu atau due posting, ingat lah bahawa ini bukan lah petunjuk bahawa anda seorang yan gagal, tetapi percayalah ini adalah ujian yang Allah berikan pada kita untuk menjadi Hambanya yang tabah dalam kehidupan. Penulis tertarik ngan satu msg yg di kirimkan oleh salah seorng sahabat penulis "Percayalah ini adalah satu ujian Allah bagi orang2 yang di sayangi Nya, Kamu ade kelebihan yang orang laen tiada pada mereka".


Dan satu lagi msg dr akak yang penulis sayang sgt2 sebagai seorang akak di medan perjuangan ini ialah "All these obstacles ar apart of tarbiyyah n kiffarah, insyaAllah if u keep on husnuzon ilallah,at da end of da journey dik..u will see how beatiful HIS planning upon us all with da eye's of iman inside" - Syukron penulis ucapkan atas ucapan2 ini Moge2 dapat memberi kekuatan pada penulis dan sahabat2 laen untuk meneruskan perjuangan ini. :)



So, sebagai penutup entry penulis pada kali ini, ske untuk penulis pesan pada diri penulis dan teman2 semua sebelum kita memulakan posting baru bermula esok (28/09/09) berkenaan dengan satu perkara. Penulis percaya mungkin teman2 semua sudah biasa mendengar pesanan ini, namun tidak salah untuk penulis sekali lagi memberi ingatan kepada semua kerana dalam satu Firman Allah yang bermaksud:

"Dan berilah kamu aka peringatan, Sesungguhnya peringatan itu adalah berguna kepada orang2 yang beriman"

Apa yang ingin penulis pesan kat sini ialah berkenaan dengan niat kita.Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan tidak lupe untuk negeri akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran atau mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang sejenisnya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya :


“Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau sorga pada hari kiamat”.( HR: Ahmad, Abu,Daud dan Ibnu Majah

Tetapi kalau ada orang yang mengatakan bahawa saya ingin mendapatkan pangkat (MA atau Doktor, misalnya ) bukan kerana ingin mendapatkan dunia, tetapi kerana sudah menjadi peraturan, kalau seseorang yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi, segala ucapannya menjadi lebih didengarkan orang dalam menyampaikan ilmu atau dalam mengajar (berdakwah). Niat ini, insya Allah – termasuk niat yang benar. wassalam

p/s : Kepada adik2 dan sahabat2 3rd year yang bakal menempu exam bermula esok, penulis berdoa semoga anda semua dipermudahkan Allah semua nya..Berusaha selagi masih ade waktu :)



0 comments: