ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Exam..Exam..Exam....



Salam Peperiksaan untuk semua...

Demam peperiksaan sudahpun bermula. Minggu depan bermulalah perperangan dan jihad di medan perjuangan kita sebagai mahasiswa Perubatan Tahun 4. Peperiksaan akhir semester bakal menyerang kita semua.Sekadar untuk memberi semangat kepada sahabat2 semua yang tengah tension study untuk terus melangkah dengan semangat waja hingga ke garisan penamat di kala waktu study week ini..


Saya yakin dan percaya bahawa sahabat2 semua pernah mendengar "Islam agama yang cemerlang". Ya, Umat Islam dalam al-Quran disebut sebagai `khaira ummah’ (umat yang cemerlang). Justeru, kita perlu buktikan bahawa agama Islam adalah suatu yang cemerlang yang terdapat pada umatnya. Islam amat mengutamakan kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehidupan terutama dalam mendapatkan kejayaan hidup seperti peperiksaan. Ia amat juga berkaitan rapat dengan kehidupan seorang pelajar

Yusuf al-Qardhawi, dalam bukunya Fiqh Awlawiyyat (Memahami Keutamaan), mengatakan, untuk mendapatkan kejayaan cemerlang, manusia mesti tahu prioriti dalam hidup. Mana satukah yang perlu diberikan perhatian dahulu dalam kehidupan seharian.

Dalam Islam, perkara ini amat penting. Jika kita tersalah prioriti, kita akan menemui kegagalan dalam hidup. Misalnya, menumpu yang sunat dahulu daripada yang wajib. Contoh lebih jelas kepada golongan Mahasiswa, menuntut ilmu itu adalah wajib, justeru, ambil peluang ini untuk menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh. Lupakan dahulu soal cinta, pergaulan tanpa batas, membuang masa melepak dan lain-lain aktiviti yang mungkin tidak mendatangkan faedah di saat2 genting yang hanya berbaki beberapa hari saje lagi.


Saya yakin bahawa saat inilah merupakan saat penentuan. Ada yang terpaksa bercekang mata yakni berjaga malam sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Ada yang mungkin study sehingga sampai waktu sahur. Ada yang sanggup berkurung dalam bilik seharian suntuk. Malah pelbagai ragam lagi kita boley lihat sepanjang study week ini. Seperti saudara YDP PERSIAP kita, dapat kita lihat suasana beliau yang mane tidak mungkin dilihat sebelum tibanya study week.haha (kat blog die)


Sebagai Mahasiswa yang percaya bahawa I
slam adalah agama yang terbaik, sudah tentu persediaan kerohanian tidak dapat dipisahkan dari hidup kita. Persediaan rohani adalah proses menuju ketenangan dalam hidup. Kehidupan yang tenang akan melahirkan jiwa yang tenang jua. Perlu diingat, Allah akan sentiasa menolong hambanya yang tidak lupa kepadaNya sebagaimana firmannya:

Kerana itu ingatilah kepadaKu, nescay
a Aku ingat kepada kamu – surah al-Baqarah ayat 152.

Maka Sahabat2 sekelian diharapkan dapat menunaikan kewajipan sebagai hamba kepada Penciptanya. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang. Selalulah berdoa kepada Allah SWT, agar mendapat kejayaan di dalam peperiksaan. Lebih2 lagi kita berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Sebenarnya sembahyang dan doa adalah suatu lambang kekuatan jiwa.



Pepatah barat ada mengatakan kejayaan adalah hasil daripada 99 peratus kegagalan. Ini bukan bermakna, kita perlu gagal duhulu, baru boleh berjaya. Mak
sudnya di sini, jika kita boleh terus kekalkan kecemerlangan, maka terus beristiqamah untuk mengekalkannya. Ini adalah suatu yang ideal, tetapi jika sekiranya gagal, ambil iktibar dari kegagalan itu. Kembali bertikad, berazam dan berusaha. Semoga dengan itu akan berputik kejayaan yang bakal ditempuhi.

Jika ditakdirkan kita mendapat yang kegagalan, ingatlah bahawa kita tidak akan terus gagal selama-lamanya. Tetapi, kita tetap akan berjaya, kalau tidakpun dari segi akademik, pastikan akhlak kita cemerlang. Cemerlang akademik, gagal dalam akhlak, sebenarnya merupakan kegagalan dalam hidup kita. Sama2 kita renungkan...

p/s : Selamat menghadapi final exam buat semua..Moger Allah permudahkan semuanya..

0 comments: