ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Dialog dan iftar bersama Ayahanda Tercinta.....


Salam sayang buat semua...


Akhirnya, terlepas jugak rindu penulis selepas sekian lama penulis tak berjumpa ngan ayahanda penulis yang penulis kagum dan hormati..Klu dulu semasa berada di terengganu, hampir tiap2 minggu penulis berpeluang berjumpa, bersalam dan mendengar kuliah dan jugak ceramah beliau di Masjid Rusila..tetapi sejak penulis berhijrah ke negeri orang demi perjuangan masa depan penulis untuk mengejar cita-cita bergelar seorang Dr Mukmin pada suatu hari nanti insyaAllah,, amat jarang sekali penulis dapat berjumpa dengan beliau.Klu berjumpa pon,ade la setahun tu skali...

Tetapi,Alhamdulillah..dengn perancangan yang telah di aturkan oleh Allah, semalam penulis dapat bukan sahaja bertemu, tetapi mendengar sedikit amanat daripada beliau untuk di jadikan kekuatan kepada diri penulis untuk terus gagah dan kuat berada di Medan Dakwah ini.. Program yang di beri nama "Liqa' Mawaddah" telah mempertemukan kami dan juga beberapa lagi sahabat2 penulis dari seluruh kampus bukan sahaja dalam negara, bahkan ade juga dari luar negara yang sanggup hadir semata2 untuk mendengar amanat yang akan di sampaikan oleh beliau..


Mungkin disini penulis dapat berkongsi dengan sidang pembaca sekalian mengenai apa yang penulis dapat.Secara umumnya, pada permulaan ucapa yang di sampaikan, beliau mengingatkan sidang dewan untuk same2 menghabiskan sisa-sisa ramadhan yag ade dengan mempertingkatkan amal ibadah, lebih2 lagi pada 10 malam yang teakir yang mane kita sedia maklum terdapat malam Al Qadar. Seterusnya beliau mengingatkan jugak tentang peranan Al Quran yang mane di turunkan pada bulan ramadhan adalah untuk dijadikan sumber rujukan dan panduan kpd manusia dalam segenap aspek kehidupan...



Seterusnya beliau mengimbau sejarah perjuangan nabi2 terdahulu. Kesungguhan para anbiya melaksanakan segala titah perintah Allah walau menghadapi segenap bentuk tribulasi adalah menjadi lumrah dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT, atau ia dikenali dengan istilah asam garam dalam berdakwah.

Kisah perjuangan para anbiya dalam menjalankan tugas sebagai para utusan daripada Allah diabadikan dalam al-Quran agar ia menjadi rujukan dan inspirasi kepada ummah hari ini untuk menjalankan tugas masing-masing sebagai golongan hamba Allah yang berhak meraih pahal sekali gus dijanjikan syurga Allah pada hari akhirat.

Firman Allah menerusi ayat 104 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan(ummah) yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Melihat realiti yang berlaku pada hari ini, khususnya remaja-remaja perempuan yang mendedahkan aurat begitu berleluasa khususnya di kalangan anak-anak orang Islam. Ia bagaikan mereka seolah-olah tidak mempunyai kedua ibu bapa yang sepatutnya menasihati mereka, membonceng motosikal dengan penunggang lelaki ke hulu dan ke hilir tanpa matlamat hidup yang jelas.

Justeru, bagi ahli-ahli gerakan Islam, ia merupakan satu tugas besar serta tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Kerahan tenaga perlu digiat dan dilipat-gandakan bagi menyelamat mereka yang telah tersasar matlamat hidup mereka yang sebenar,

Jika tugas dakwah tidak disampaikan, dikhuatiri ummah akan hanyut dalam arus kebendaan yang menjanjikan seribu pembohongan untuk berjaya, kerana kejayaan sebenar adalah menyampaikan 'amar makruf nahi mungkar' seperti dijelaskan dalam ayat di atas.

Jadi, penullis rase sekadar itu saja yang mampu penulis kongsi bersam teman2 semua. Mudah-mudahan kita di beri kekuatan oleh Allah untuk terus berjuang menegakkan Agama Islam bukan sahaja di kampus, negara, tetapi matlamat yang harus kita tetapkan ialah mewujudkan kembali "khilafah Islamiyyah"..InsyaAllah...

p/s : Entry ini di tulis sebelum penulis berlepas untuk mengikuti program " Ekspedisi Dak'wah MUjahideen Tegar bersama Us. Riduan Mat Nor di Perkampungan orang asli "



0 comments: