ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

Memburu Lailatul Qadar bukan sekadar menunggu..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam sayang buat semua....

Pejam celik,pejam celik,bukak pose, bangun
sahur,sedar tidak sedar, realitinya kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan, iaitu 10 malam terakhir.. Saya rase ada baiknya jika kita renungkan kembali, bagaimanakah puasa kita selama ini?Apakah puasa kita selamaa 20 ari yg lepas layak diberi ganjaran pahala dan taqwa oleh Allah? Atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?

Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya, suatu yang subjektif untuk kita nilai dengan kemampuan manusia..

Sabda Rasulullah s.a.w. :

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ".

Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " .

Jadi, adakah puasa kita selama ini penuh dengan keimanan dan mengharap keampunan Allah? Sama2 lah kita muhasabah kembali sebelum telambat

Sebenarnya fokus utama entry kali ini ialah berkenaan 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Berbicara sahaja mengenai 10 malam terakhir bulan ramadhan,dihati orang-orang mukmin pastinya berdetik keinginan untuk menemui malam lailatul qadar,malam yang penuh rahmat dan berkat, malam yang lebih baik daripada seribu malam (83 tahun) .Sebagaimana firman Allah:

"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan."(Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Seperti yang kita sedia maklum,Lailatul Qadar adalah malam yang hanya dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut hatta diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".

Maksudnya : " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " . ( Hadis riwayat bukhari )

Saya tidak berniat untuk mengulas panjang mengenai Malam Al Qadar ini kerana saya yakin sahabat2 semua sudah mempunyai informasi tentangnya. Tetapi apa yang saya ingin tegaskan ialah sekadar memberi peringatan kepada diri saya dan juga sahabat2 tentang kehadiran Lailatul Qadar ini.Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Dalam satu hadith nabi yang bermaksud :

“Sesiapa yang menghidupkan malam
al-Qadr dalam keadaan beriman dan ihtisab (ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah), diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.” (al-Bukhari dan Muslim)


Mengikut tafsiran ulama, maksud men
ghidupkan di sini ialah kita penuhkan malam itu dengan seberapa banyak yang boleh ibadah2 wajib dan sunat. Mengikut satu pendapat, jikalau pada malam itu kita hanya so
lat magrib dan isyak secara berjemaah, kita telah pon mendapat separuh daripada malam Al qadar tersebut. Bayangkan jikalau kita tambah pulak dengan solat terawih dan qiamullai pada paginya, amatlah besar ganjaran yang kita dapat, insyaAllah..

Cube kita renungkan, Betapa Mah
a Bijaksananya Allah,sesuai dengan zat-Nya yang Maha Agung, klu untuk berlakunya lailatul qadar ialah pada malam-malam akhir ramadhan.Kerana Allah sudah mengerti tabiat mahkluknya yang bernama manusia,hanya bersemangat diawal ramadhan,kemudian semangat pula untuk berhari raya dan melupakan istimewanya ramadhan.

Jika pada zaman sahabah ridhuanullah menangis apabila berpisah dengan ramadhan,kita dizaman ini bergembira dengan sungguh hati disaat berpisah dengan ramadhan. Dikala insan bermuhasabah tentang hakikat ini,alasan akal "oh,itu sahabah nabi,tidak sama dengan kita" tidak boleh diterima kerana kita dan mereka adalah sama manusia. Janganlah kita nafikan hakikat bahawa mereka-mereka itulah qudwah dan tauladan untuk ummat dulu kini dan selamanya.


Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya. Ini kerana hari raya adalah hari kemenangan kita ummat Islam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.

Cuma kita diberi peringatan agar jangan mengabaikan nilai dan roh Ramadan sehingga seolah-olah ibadah puasa yang kita kerjakan langsung tiada memberi kesan yang baik kepada diri kita. Sewajarnya sembahyang terawih yang dikerjakan setiap malam Ramadan dapat membiasakan kita mengamalkan sembahyang-sembahyang sunat yang lain.

Jadi, sebelum saya tutup entry kali ini, Salah satu doa yang dianjurkan Rasulullah saw. untuk dibaca pada Lailatul Qadar berdasarkan pertayaan Aisyah r.a :


Dari 'Aisyah r.a., katanya:

Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut:

(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))


(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."



Jadi sahabt2 semua, marilah kita sama2 merebut malam AlQadar ini sementara kita di beri peluang usia dan waktu pada ramadhan tahun ini kerana kita tidak pasti lagi samada kita sempat lagi atau tidak berjumpa dengan ramadhan pada tahun hadapan. Beramalah sebanyak yang mungkin pada 10 malam terakhir ini. Jikalau kita istiqamah sehingga kepada malam ke 30 ramadhan, sudah pasti dan pasti kita dalam satu malam itu kita berjumpa dengan LAILATUL QADAR. sama2 lah kita mencarinya..

" dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu mengenai aku, maka ( beritahu kepada mereka ) sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada Mereka ), aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku ( dengan mematuhi perintahku ), dan hendaklah mereka beriman kepada aku supaya mereka menjadi baik serta betul " . ( Surah al-Baqarah ayat: 186 )

p/s : Entry ini ditulis selepas berjaya menamatkan exam teori orthopedik, teori peadiatrik dan osce orth sementara menunggu satu lagi exam iaitu osce peads pada hari Jumaat ini..jadi, perjuangan saya di medan peperiksaan belum lagi tamat. Sekadar berehat sebentar bagi memberi laluan pada hati utk muhasabah mencari Lailatul Qadar...DOakan spya kita same2 bertemu ngan Lailatul Qadar dan berjaya dalam Exam.. :)

0 comments: