ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Salahkah Bercinta?? ::

Salam sayang buat semua...

Alhamdulillah, penulis merase sangat teruja soalah2 memberi momentum baru kepada penulis untuk terus menjadikan blog penulis sebagai salah satu medan dakwah dalam menyampaikan informasi berguna kpd kita semua bila mana melihat kepada komen2 yang membina setiap kali entry terbaru penulis. Mungkin juga kerana isunya tentang CINTA yang mana sudah sebati dengan jiwa2 manusia terutamanya remaja bergelar Mahasiswa :) .Ucapan jutaan terima kasih kepada semua teman2 yang sentiasa melawat blog penulis dan insyaAllah penulis berharap agar sokongan ini berterusan agar penulis istiqamah dengan blog SAIF AL NIDHAM ini :)

Seperti entry2 CINTA sebelum ini, penulis akan sedaya upaya untuk menjawab persoalan yang di ajukan supaya kefahaman tentang CINTA ini dapat sama2 kita hadam sebelum menuju ke arah pembinaan Keluarga Bahagia, insyaAllah...


"Salah kah bercinta?remaja sering saja mempersoalkan isu ini..jika salah, masakan ALLAH mengurniakan rasa cinta? " -

Satu persoalan yang di ajukan oleh salah seorang komen blog penulis yang di kenali sebagai Tinta_hati. Tapi sebelum tu, penulis rakamkan terima kasih juga kepada tinta_hati kerana memberi kupasan yang panjang lebar tentang persoalan yang di ajukan dan insyaAllah penulis akan postkan kupasan tinta_hati bersama2 entry penulis pada kali ini. Tetapi suka untuk penulis menarik perhatian teman2 semua untuk kembali kepada persoalan pokok yang di ajukan iaitu salahkah bercinta?? Jawapan kepada persoalan inilah yang akan cuba penulis rungkaikan kerana penulis percaya inilah dilema remaja sekarang...

Dalam memberikan pendapat tentang cinta, Imam al-Ghazali dalam bukunya Kimia as-Sa'adah (Rahsia Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai "Satu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai.”

Manakali ilmuan tersohor, Profesor Dr Hamka dalam memberikan pendapat tentang cinta menyatakan bahawa, "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan menerimanya.

Jadi secara umumnya seperti yang kita sedia maklum, Cinta adalah fitrah Manusia yang telah di anugerahkan oleh Allah kepada Hambanya. Sebagai manusia yang bijak, kita hendaklah mengerti cinta yang mana harus diutamakan ataupon "priotity of love" . Jika kita seorang remaja, cinta yang manakah harus kita utamakan? Penulis sempat juga membaca beberapa artikel yang menerangkan tentang keutamaan cinta ini. Pertama, Pada kekasih atau pada Allah? Pada kekasih atau Rasul s.a.w.? Pada kekasih atau ibu bapa? Pada kekasih atau akademik? Penulis tidak berniat untuk mengupas panjng tentang perkara in. Cukuplah sekadar kita mengetahui Hakikat Cinta yang sebenarnya supaya kita tidak memandang bahawa Cinta itu hanya pada kekasih semata2.InsyaAllah jika diberi peluang, penulis akan kupas pada entry2 yang akan datang..

Berbalik kepada persoalan utama entry penulis kali ini, bila kita membincangkan isu cinta di kalangan remaja, adakah salah bercinta??? Jawapan ringkas dari penulis ialah TIDAK SALAH..Ini kerana seperti penulis nyatakan sebelum ini, CINTA itu adalah anugerah Allah, maka tidak salah untuk kita bercinta. Tetapi yang menjadi SALAHNYA ialah bagaimana cara kita mengzahirkan CINTA itu atau lebih mudah untuk kita faham ialah MEKANISME CINTA. Disebabkan itulah Allah mencipta beberapa peraturan CINTA supaya CINTA yang di cari bertepatan dengan syariat. Sebagai contoh, berlakunya kemalangan dan kecelakaan jalan raya, lebih2 lagi di musim perayaan adalah di sebabkan oleh sikap pemandu yang mengabaikan peraturan dan undang-undang jalan raya.Jadi samalah juga konsep nya dengan Cinta. Tidak mustahil wujudnya gejala2 maksiat di kalangan remaja khususnya yang terjebak dalam arena CINTA kerana tidak mengikuti peraturan yang telah di tetapkan...

Jadi suke untuk penulis mengambil kupasan dari tinta_hati berkenaan peraturan2 CINTA yang telah di gariskan oleh syariat agar CInta yang ita jalinkan menuju kebahagian Abadi dan mendapat ketenangan hati...

1.Ingatlah sahabat2, cinta itu hadiah Allah SWT kepada manusia. Akan tetapi wajarkah hadiah yang diberi dihargai lebih dari PEMBERI hadiah?
2.Ingat jua, jika kita mencintai ALLAH SWT nescaya ALLAH SWT memberikan lebih banyak cinta kepada pasangan kita supaya pasangan kita lebih cinta kepada kita.
3.Justeru, jika kita sudah terlanjur cinta..apa harus kita terus memutuskan tanpa berfikir panjang..aduh, kejam kah ISLAM?
4. tidak sahabat2...TIDAK..Islam tidak kejam~~da tentu ada caranya..
5. Cinta kurniaan ALLAH SWT ada peraturannya~~akar yang utama ialah HENDAKLAH CINTA KITA ITU DIDASARKAN KEPADA CINTA KEPADA ALLAH, dan PASTIKAN SEMASA MENJALIN HUUB TIADA HUKUM ALLAH YANG DILANGGAR...
6. Saya bukan lah terlalu arif tentang cinta, namun ingin juga saya kongsikan serba sedikit bahan bacaan saya supaya kita lebih kenal cinta..
7. Tentang Cinta..itulah bahan bacaan saya tinta dari Pahrol Mohd Juoi..mengupas tentang isu cinta kepada ALLAH SWT serta cinta sesama insan..
8.untuk memendekkan kata terus saya tuliskan disini tentang ..ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA...
  • a) niat untuk berkahwin demi menjaga agama & akhlak agar sentiasa terpelihara dan bukannya suka2 atau melayan nafsu semata
  • b) punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dgn perkara2 HARAM spt berdua2an ditempat sunyi, berpegangan tangan, atau apa2 yang membawa ke muqaddimah ZINA
  • c) sudah lepas 'fardhu Ain' serta mencapai tahap pencapaian akademik yang baik tau lebih baik kerja yang tetap
  • d)sudah beristiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha menjadi muslim dalam kata erti sebenar...

sahabat2 yang dikasihi...sebagai rakan, saya mmg sayang kalian semua dan mendoakan kebahagian kalian...secara tuntasnya, ingat lah ALLAH SWT itu pemberi cinta~maafkan sekiranya bicara hati saya mengguris perasaan penulis mahupun pembaca2 sekalian...yang baik itu teladan, yang buruk itu sempadan...sekian...salam

Inilah kupasan daripada tinta_hati yang mane penulis merasekan amat berguna uttuk tatapan kita bersama.Jadi penulis berharap kepada teman2 yang melawat blog penulis supaya dapt berkongsi seperti tinta_hati untuk same2 kita mendapat manfaatnya..


Sebagai penutup entry penulis kali ini, sekali lagi penulis mengucapkan terima kasih kepada teman2 yang sentiasa mengikuti entry2 terbaru penulis. InsyaAllah, segala persoalan yang di ajukan pada entry lepas akn penulis jawab dengan satu per satu. Jutaan terima kasi juga kepada teman2 yang sudi berkongsi pendapat mengenai entry CINTA sejak kali pertama penulis postkan tajuk ini..InsyaAllah untuk entry yang seterusnya selepas ini penulis aka cuba untuk mengupas tajuk berkenaan bagaimana bercinta mengikut ISLAM dan insyaAllah jika ade kesem[atan lagi penulis akan cuba untuk mengupas juga isu berkenaan dengan pasangan2 yang sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga walaupon masih lagi belajar..sekali lagi penulis memohon jasa baik teman2 untuk same2 memberi pendapat tentang entry2 yang bakal penulis terbitkan....insyaAllah.....

5 comments:

Anonymous said...

right..totally right..every relationship should have an objective at the end..which is marriage...and the truth is it is not like fairy tale story. I just can say that illegal relationship bet man and woman is just like fairytale....and in addition to that there is no blessing from Allah...just think whether we are well-prepare to live the real life of being in true "relationship".....if u think u cannot welcome the responsibility and burden in that true relationship..do not talk about love....enough with Love to Allah...even that we cannot afford to be responsible....T_T

tinta_hati said...

Segala pujian2 hanya untuk ALLAH SWT, pencipta cakerawala serta seluruh isinya...

Alhamdulillah kepada ALLAH SWT, tuhan yang Maha Esa..serta jutaan terima kasih juga kepada penulis kerna sudi membaca komen saya malahan menjadikan antara isu entry penulis kali ini...
semoga saya dan sahabat2 tergolong dalam insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat ALLAH SWT dan segera meminggir jauhlah sebarang rasa riak yang bertandang di hati..

~izinkan saya berbicara serta berkongsi lagi di blog penulis...moga2 perkongsian ini dapat menyisip masuk ke dalam jiwa saya serta sahabat2 tersayang sebagai makanan fikiran dan kita dapat menilai dengan mata hati....

CINTA..
jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA,
cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya..

Nabi SAW bersabda:
"barangsiapa yang diberi rezeki ALLAH SWT berupa isteri solehah bereti ALLAH telah menolong separuh dari agamanya, hendaklah bertaqwa kepada ALLAH untuk menyempurnakan yang separuh lagi"

_Hadis Riwayat Tirmidzi_

SUBHANALLAH~~~cinta nya ALLAH SWT kepada hamba-hambaNYA..

Akan tetapi sahabat2...Matangkah kita menilai dengan mata hati tentang cinta sesama insan kurniaan ALLAH SWT ini?...umur mungkin telah mencecah puluhan tahun , mungkin 20-an, 30-an atau 40an..tapi sejauh mana matangnya mata hati ini menilai perasaan indah itu, CINTA...

ingin saya kongsikan dari bahan bacaan saya tentang MATANGNYA mata hati mengenal cinta~~~dan kita BELUM MATANG sekiranya:

a)menghabiskan nilai kad telefon pra-bayar berbual dengan 'kekasih hati' sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu dan ayah

b)rela menunggu berjam2,atau lebih hebat lagi dalam basah kehujanan untuk melihat 'kekasih hati' sedangkan hanya solat secara express (kurang dari 2 minit untuk solat 4 rakaat)atau tidak solat langsung...

c)memarahi serta sanggup menampar adik yang tersilap kata sebaliknya hanya mampu tersenyum apabila dimarahi wanita yang anda minati

d)sanggup membaca novel cinta yang beratus2 muka surat namun tidak mampu menyelak atau membaca AL-QURAN walaupon satu muka surat sehari...

e)asyik terkenangkan wajah 'kekasih hati' yang baru berpisah tapi tidak pula muka ayah dan ibu yang berbulan terpisah...

f)susah hati jika tidak menerima SMS/surat/email dari 'kekasih hati' tapi diri sendiri tahu bahawa diri sendiri juga sudah lama tidak mengirim berita, menelefon atau memberi SMS kpd ibu ayah di kampung.

g)memakai pakaian sehabis cantik apabila bersama 'kekasih hati' namun hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat

h) lebih banyak kalimah ' I LOVE U' berbanding kalimah zikir sperti : SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH dan ALLAH HU AKBAR!

mmm..tidak bertujuan menggores hati2 sahabat tercinta akan tetapi cukuplah perkongsian ini dicerna diminda serta menjadi benteng2 kukuh sebagai ingatan yang ikhlas dari saya buat teman2 serta saya sendiri yang tidak terlepas dari ujian ALLAH SWT...maafkan saya sekiranya saya telah menerbitkan perasaan kurang senang di hati kawan2...kerana bahawasanya sebagai rakan saya sayangkan rakan2 sekalian~~salam

gym said...

Salam..
terima ksih sekali lagi kepada tinta_hati @ Cetusan minda_luahan hati atas perkongsian yang di berikan :)

tp siapakah anda sebenarnya? ape2 pon ahlan wasahlan penulis ucapkan kepada saudara/saudari ke arena Blogger :)

miashaf said...

Salam,
Wah2, ligat menulis. bagus2. memberi pencerahan pada remaja2 di luar sana tentang isu ini.

Realiti remaja sekarang kalau tidak ber'cinta' tak sah. Saya percaya ini adalah disebabkan propaganda dari Barat (read: Zionis) untuk memperdayakan remaja muslim di agar mabuk dengan dunia dan lupakan akhirat.

teruskan menulis bahan2 ilmiah.

Anonymous said...

bagus la tips yg tinta hati bagi..trime kasih..sesungguhnye godaan becinte sgt dahsyat kan