ALLAH DIUTAMAKAN

AMAL DIPERTINGKATKAN



Peringatan….

Sebarang penulisan atau artikel di dalam blog ini tidak boleh dijadikan Rujukan Utama kerana penulis blog ini hanyalah insan biasa yang masih belajar mengenal erti hidup sebagai khalifah Allah..

Sebarang komen dan cadangan penambahbaikan sangat2 di alukan…Emailkan kepada marshall_niz@yahoo.com

:: Wujudkah istilah "Couple" sebelum ijabkabul?? ::

Salam sayang buat semua......

Selamat bertemu kembali penulis ucapkan pada teman2 semua.Rasenya hampir satu minggu penulis tidak update blog penulis semenjak terbitnya entry “CINTA 2-Cinta Terlarang” penulis. Agak terkejut dan terharu jugak penulis kerana entry itu agak mendapat perhatian ramai berdasarkan beberapa komen entry tersebut. Penulis tertarik dengan satu komen yang disertakan dengan satu soalan menyebabkan penulis terpaksa mencari beberapa bahan bacaan untuk menjawab persoalan tersebut. Sebagai tatapan umum, penulis mengambil keputusan untuk menjawab persoalan yang di ajukan dan meletakkannya sebagai entry ke-3 penulis kerana penulis beranggapan bahawa soalan yang di ajukan adalah lebih bagus jika di kongsi dengan teman2 semua supaya teman2 pon boleh turut sama dalam memberi respon kerana penulis bukanlah orang yang arif lagi bijaksana untuk memberi jawapan yang betul2 tepat, tetapi insyaAllah, berbekalkan ilmu dan pengetahuan penulis melalui pembacaan penulis,penulis akan sedaya upaya memberi respon yang terbaik.Berikut merupakan komen salah seorang pembaca blog penulis pada entry yang lepas :


congratz..good entry..
tibe2 saya tefikir sesuatu..
beberapa sahabat saya pernah berbincang ttg perkara ni..
persoalan yg sering ditimbulkn berbunyi begini:

''kalau kite tak cari pakwe/makwe,sampai bile2 pun kite sorang..sampai bile2 pun kite tak kahwin''
hmm..ape pendapat saudara ye?
mesti nak kenal hati budi dulu sebelum ijabkabul,mesti 'couple' dlu kan??or ada istilah/cara lain??
hmm..mcm mne nk cari bakal kite tu ye??


Suke untuk penulis nyatakan di sini bahawa jawapan penulis ini mungkin tidak menjawab sepenuhnya tetapi apa yang penting bagi penulis ialah untuk memberi kefahaman dahulu supaya kita semua lebih bersikap “open-minded”. Penulis tertarik dengan kate2 “mesti 'couple' dlu kan??or ada istilah/cara lain??” Secara peribadinya penulis berani untuk menyatakan tiada istilah lain atau “couple” sebelum di ijabkabulkan. Pendek kata, COUPLE ADALAH HARAM!!.
Tentu ramai teman2 yang tertanya-tanya, tidak kurang jugayang tidak berpuas hati dengan pernyataaan dan pendirian penulis di atas. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih- lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang seperti kita yang sentiasa inginkan reasons ke atas sesuatu perkara yang kita tidak suke.Itulah Generasi Y @ Gen-Y


Mengapa penulis begitu berani mengeluarkan statement Couple itu Haram.Ya, mengapa? Bagi yang ber'couple', sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta (kononnya) mereka itu.Penulis bukanlah untuk menghukum,tetapi ini adalah suatu perkara asas untuk kita fahami dahulu sebelum kita mélangkau jauh dalam arena Percintaan.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab sebarang persoalan termasuk persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual atau panduan kita yang telah digarisi oleh Allah S. W. T. iaitu Al- Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S. A. W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita samapai bebila.

Ada yang pandai berkata-kata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang- pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber'couple'? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin (36) ayat 36:

'Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.'

Dan juga firman-Nya dalam Surah Al- Hujrat(49) ayat 13:

'Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki- laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.'

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah,

'Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.' Surah An-Nur(24) ayat 30

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman,

'Katakanlah kepada wanita yang beriman: 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...' Surah An-Nur(24) ayat 31.

Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa'(17) ayat 32:

'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.'

Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,'Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je' , 'Kami keluar makan je' dan 'Kami main SMS je.' Dan pelbagai 1001 alasan lagi akan di berikan untuk mempertahankan institusi percintaan mereka.

Jom teman2kita sama2 menghayati maksud sebenar ayat Allah tersebut.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta..maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini.

Suke untuk penulis memberi contoh supaya kita lebih faham. Katekanlah jarak bilik penulis dengan Wad Psychiatry,( sb sekarang penulis berada dalam posting Psy,) adalah 50 meter. Apabila Penulis melangkah keluar dari bilik penulis setapak ke Wad, jarak antara Penulis dan Wad Psy adalah katankanlah telah menjadi 49.0 meter. Inilah dikatakan menghampiri Wad Psy. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r. a katanya, Nabi S. A. W. bersabda :

'Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.'*

Daripada hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian- bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina.

Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


Bagi yang belum terjebak dalam arena percintaan, Penulis nasihatkan jangan sekali-kali mencubanya. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap- silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi.

Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik. tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah,

'Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang- orang yang berpandangan tajam.' Surah Al-'ankabut(29), ayat 38.

Islam tidak menyekat untuk kita bergaul berlainan jantina,Tetapi mestilah pergaulan itu mempunyai keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting.

Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah,

'Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.' Surah Al-A'raf ayat 201.

Sekali lagi penulis ingin tegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM.

p/s : Maaf di pinta andai kate entry ini agak kasar kandungannya. Penulis alu-alukan sebarang komen yang membina daripada teman2 semua supaya kita sama2 mendapat manfaatnya..








10 comments:

Anonymous said...

waahh..dah ada jawapan rupenye..
thanks so much!!
tak sangka,dgn soalan simple yg 'saje2' tny tu begitu menarik perhatian saudara gym..
tak salah kalau kasar sedikit bahasanya,asalkan isi kandungannye tepat dan bernas..
tak perlu takut menyampaikan ape yg benar..
setiap insan ada pendapat dan pandangan masing2 dan yg membezakannye adalah betol atau tak pendapat tersebut..
sekali lg,saya nak ucapkan byk2 terima kasih atas jawapan yg begitu bernas dan jelas dr saudara..semoga usaha saudara di redhai.
amin..

Anonymous said...

salam...kupasan yg menarik..
pd sy, ayt yg diguna pakai tak terlalu kasar.. mayb, sapa yg mkn cili dia rs pedasnya..
bt teman2 lain..cuma nk syorkn... bc la buku 'tentang cinta' tulisan ustaz pahrol mohd juoi...sgt best!bley jd panduan tuk kita...

~ingat org tersyg (mak ayah yg penat2 hantar kta tuk blajar pndai2,last2 kita kecundang kerna cinta,habiskn duit yg mak ayh bg tuk insan yg xsepatutnya~xpatut2!)

yang menjadi mangsa gambar said...

salam.

tahniah saudara. hujah2 yang berhujah. namun, masalah couple ini, semakin ketara bagi golongan kita ini. mungkin sbb kita tak leh lari dari fitrah kita.

maka, sy ingin mempromosikan kursus kahwin yang akan diadakan di PPUKM 31 Oktober ini. sahabat2 dijemput hadir, moga saif pun dpt hadir.

Anonymous said...

saudara..kupas la pulak untuk mereka yang dah couple..dgn niat yg bkn untuk main2.berniat untuk mendirikan rumah tangga..dan mereka beruseha untuk tidak mengabaikan pelajarannye..tidak mengabaikan ibubapanye..nak keluar pon mintak izin mak ayah dulu..tetapi belum berape bersedia untuk berkahwin kerana bimbang gagal memikul 2 tangungjawab dalam mase yg same..(abeskan belajar dan kahwin)..bagaimana?xkan terus nak putuskan hubungan?

tinta_hati said...

alhamdulillah~~senang ati saya ble ader kawan yang mempunyai buah fikiran yang bernas...berserta dalil serta ayat al-Quran pengukuh bicara....~~sya tertarik dgn kata2 penulis mengenai kepada sesiapa yng terjebak segeralah meninggalkan perbuatan ini..saya tertanya2 sekiranya penulis menganjurkan pendapat sedemikian bagaimana pula caranya untuk menghindari cinta itu tanpa melukakan diri sendiri, pasangan serta mata2 org lain yang melihat.sbg cth, penulis selaku kawan2... Salah kah bercinta?remaja sering saja mempersoalkan isu ini..jika salah, masakan ALLAH ,mengurniakan rasa cinta? dan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih, rasa cinta pasti ada maksud dan tujuannya..mmm ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia,jiwa perlukan cinta seperti jasad perlukan mkanan..Namun Allah tidak mengurniakan cinta begitu sahaja. justeru Dia juga menciptakan peraturan cinta demi menjaga kemurniannya..pabila membaca blog penulis pasti ada sahaja rakan2 sahabat yang gelisah atinya...'aduhai ati sudah tertawan namun hati berbelah bahagi'...bagi saya apabila kita mahu mengajak insan ke jalan kebaikan, kita mesti dapat tunjukkan kan jalannya..ibarat apek Cina yang ditutup mata, masakan dapat melangkah longkang tanpa bantuan..oleh itu kawan2 yang tercinta..untuk pengubat hati yang gusar,,ingin saya cuba tenangkan ati kalian semua..semoga tenang jiwa hendaknya..
1.Ingatlah sahabat2, cinta itu hadiah Allah SWT kepada manusia. Akan tetapi wajarkah hadiah yang diberi dihargai lebih dari PEMBERI hadiah?
2.Ingat jua, jika kita mencintai ALLAH SWT nescaya ALLAH SWT memberikan lebih banyak cinta kepada pasangan kita supaya pasangan kita lebih cinta kepada kita.
3.Justeru, jika kita sudah terlanjur cinta..apa harus kita terus memutuskan tanpa berfikir panjang..aduh, kejam kah ISLAM?
4. tidak sahabat2...TIDAK..Islam tidak kejam~~da tentu ada caranya..
5. Cinta kurniaan ALLAH SWT ada peraturannya~~akar yang utama ialah HENDAKLAH CINTA KITA ITU DIDASARKAN KEPADA CINTA KEPADA ALLAH, dan PASTIKAN SEMASA MENJALIN HUUB TIADA HUKUM ALLAH YANG DILANGGAR...
6. Saya bukan lah terlalu arif tentang cinta, namun ingin juga saya kongsikan serba sedikit bahan bacaan saya supaya kita lebih kenal cinta..
7. Tentang Cinta..itulah bahan bacaan saya tinta dari Pahrol Mohd Juoi..mengupas tentang isu cinta kepada ALLAH SWT serta cinta sesama insan..
8.untuk memendekkan kata terus saya tuliskan disini tentang ..ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA...
a) niat untuk berkahwin demi menjaga agama & akhlak agar sentiasa terpelihara dan bukannya suka2 atau melayan nafsu semata
b) punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dgn perkara2 HARAM spt berdua2an ditempat sunyi, berpegangan tangan, atau apa2 yang membawa ke muqaddimah ZINA
c) sudah lepas 'fardhu Ain' serta mencapai tahap pencapaian akademik yang baik tau lebih baik kerja yang tetap
d)sudah beristiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha menjadi muslim dalam kata erti sebenar...

sahabat2 yang dikasihi...sebagai rakan, saya mmg sayang kalian semua dan mendoakan kebahagian kalian...secara tuntasnya, ingat lah ALLAH SWT itu pemberi cinta~maafkan sekiranya bicara hati saya mengguris perasaan penulis mahupun pembaca2 sekalian...yang baik itu teladan, yang buruk itu sempadan...sekian...salam

Anonymous said...

terima kasih tinta hati...semoga saya dan sahabat2 dapat memanfaatkan coretan tinta hati ini..smoge kite dapat mengawal batas2nye..tp btolkah persepsi yg mengatakan mereka yg terjebak ke 'kancah' cinta ini adalah mereka yg kurang ilmu agamanye?(lebih kurg biase org ckp, org yg xalim sgt la)

Anonymous said...

salam...setuju dgn tinta hati~
mg ALLAH menetapkan iman kte di jalanNYA..amin..
syabas pd penulis dgn keberanian melontarkn hujah berkaitan cinta~Ssguhnya cinta pd ALLAH itu la yg hakiki~..

-pinkhmuslimahdehearty09-

dre sy said...

Perkahwinan itu indah,tanpa iman dan ilmu,perkahwinan ibarat meniti jalan yang rapuh.
Cintailah yang memberi nikmat,semoga kelak kamu memperoleh cinta nikmat yang diberiNya.
Cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain,dan kamu hanya layak mencintai diri sendiri apabila kamu telah mencintai Allah s.w.t
Cintailah sesuatu tanpa bertambah dengan kebaikannya dan tidak jua berkurang kerana kebaikannya.
Carilah CINTA,semoga kelak menemui cinta dalam penuh cinta berperaturan.Semoga cinta membawa kepada lahirnya cinta ke arah tempat pertama yang melahirkan cinta,SYURGA.Amin.

dre sy said...

*Cintailah sesuatu tanpa bertambah dengan kebaikannya,dan tidak jua berkurang kerana KEBURUKANNYA

Anonymous said...

salam..saya suka dgn komen salah sorg anonymous yang berkata apa pendapat yang mengatakan orang yang bercouple dgn niat untuk mendirikan rumah tangga tp masih belum bersedia. Saya bukanlah tidak stuju dgn entry2 saudara saif, tp saya cadangkan saudara buat pulak entry2 yang menyokong mereka2 ini kawen awal.. kerana masyarakat sekarang ada yang berpandangan negatif terhadap orang yang ingin kawen semasa masih belajar di u/ipta. ada yang kata diorang ni gatal la. ada yang kata gelojoh la,x enjoy life la.
satu lagi,saya bukan nak kata golongan yang hanya pandai bercakap/pendakwah ni x betol,tapi sebahagian dari mereka ni x pernah rasa penangan 'fall in love' itu. mereka tidak faham adn hanya nak bantai je. jujur saya katakan orang2 yang bercouple takut untuk join halaqah/berusrah kerana antara perkara pertama yang para daie akan attack ialah couple. Nape mesti couple dlu yang di attack? adoi..

saya kagum dengan mereka2 yang kawen awal..kerana environment mereka yang memudahkan mereka.kawan2,family yang sentiasa support. Mari kita ajak mereka2 yang bercouple ni untuk kawen awal. x salah kan? itu sahaja dari saya. andai kata ni menusuk sebahagian rakan2, saya mintak maaf.itulah reality sekarang,ramai yang takut kawen awal kerana orang sekeliling yang tidak menyokong,no social support,no family support.saya cadangkan saudara saif buat entry cara2 kawen budget student,atau cara pujuk ibu bapa utk kawen awal.sekian.salam ukhuwah dari 'yang ingin kawen awal'